RezaMohyinDotCom: Bila Berjauhan Dengan Si Bidadari

written by boy_bersahaje on July 5th 2011

DSC 6102 RezaMohyinDotCom: Bila Berjauhan Dengan Si Bidadari

Jam sekarang menunjukan pukul 8.23pm. Sementara menanti backlinks yang baru dibuat untuk dihantar ke RSS, aku meringankan beban jari untuk menulis luahan hati pertama kali berjauhan dengan si bidadari. Ya, bidadari setelah kami diijabkabulkan icon smile RezaMohyinDotCom: Bila Berjauhan Dengan Si Bidadari

Tak pernah selama ini aku rasa rindu sebegini rupa. Betul la kata kawan-kawan, lepas kahwin, perasaan akan menjadi lebih dahsyat. Rasa macam pertama kali bercinta. Betapa hangatnya cinta dan rindu ini, hanya tuhan sahaja yang ketahuan. Nak buat bersahaje, tapi tak terdaya. Hanya gambar dan telefon sebagai ubat rasa rindu.

Terhenti penulisan…baru je call si bidadari…uhhh kurang sikit rasa rindu… (more…)

Posted in Bersahaje, Diari

Perancangan: Selepas ini…

written by boy_bersahaje on July 4th 2011

rezamohyin nikah Perancangan: Selepas ini...

Alhamdulillah, selepas detik-detik yang paling indah pada bulan lepas- upacara pernikahan bersama isteri tercinta; kini hidup aku lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Rasa lebih tenang dan semangat kembali pulih dari hari ke hari. Motivasi yang sentiasa tinggi dalam hal kerja dan juga kehidupan seharian. terima kasih isteri yang sentiasa memberi semangat dan sumber inspirasi untuk otak aku kembali bekerja dan berfikiran lebih optimis.

Banyak try & error yang telah terjadi pada tahun lepas. Orang cakap kalau tak buat, kita tak akan rasa dan grab experience. That’s true. dari situ, lebih banyak aku belajar dari kesilapan. Kesilapan yang memberi 1001 jalan dan idea untuk terus berfikiran positif tanpa pandang belakang.

Mungkin entri ini bukanlah tip blogging terbaik yang aku kongsikan. Tetapi hanyalah sebuah diari yang lebih ke arah motivasi; sama ada untuk diri aku dan juga untuk pembaca rezamohyindotcom. (more…)

Posted in Arena Blogging, Bersahaje, tip blogging terbaik

Hidup tanpa masalah, hidup kah itu?

written by boy_bersahaje on January 27th 2011

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Sambil mendengar lagu Sungai Lui, nyanyian Aizat…aku menulis entri ini. Sungguh nyaman rasanya di malam Jumaat. Dah lama tidak update RezaMohyinDotCom. Berpuluh-puluh email sentiasa masuk bertanyakan khabar, ke mana menghilangkan diri, SEO dan perihal blogging. Maaf teman-teman, aku bukan seperti dulu lagi. Diri ini empunya si syarikat gergasi pembuatan komponen hard disk. Masa malam sahaja yang tinggal untuk menambah rezeki yang ada. Backlinks. backlinks dan blogging. Blogging, blogging dan backlinks. Keutamaan pada yang keperluan dan yang selebihnya adalah kemahuan.

kehidupan Hidup tanpa masalah, hidup kah itu?

Kadang-kadang, perancangan yang cantik, tidak memihak bila tiba di penghujung nya. Kita hanyalah manusia yang lemah yang melukut di tepian gantang. Dan Dia lah yang menentukan segalanya. Tetapi, berdoa tanpa usaha, tidak bermakna juga icon smile Hidup tanpa masalah, hidup kah itu? . Yang penting sentiasa berusaha tanpa jemu dan tidak mengabaikan setiap ciri-ciri kecerdikan, tawakkal dan rendah diri. Kadang-kadang, perkara yang kita tidak ingin terjadi lagi kepada diri kita, berulang untuk kali yang keduanya (banana fruit 2 times). Ini kah yang dinamakan takdir? Takdir yang mempunyai hikmah yang kita tidak nampak dengan mata kasar seorang manusia yang lemah. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha agar ia terjadi adalah untuk kebaikan icon smile Hidup tanpa masalah, hidup kah itu?

Tahun ini, I’Allah banyak perubahan yang bakal berlaku dalam hidup aku. Ada yang manis dan ada yang kusam telah pun berlaku. Biasalah, hidup seperti roda. Sekejap kat atas, lama di bawah- nak-nak lagi bila tayar tu berhenti berputar dek jalan jam lepas balik kerja. Kerja 9 jam sehari di bawah bumbung yang sejuk boleh mengubah cara kita berfikir. Dari seorang yang bebas kepada seorang yang patuh menurut kehendak bos. Dari seorang yang ikhlas, kepada seorang yang terpaksa. Dari seorang yang bersahaje kepada seorang yang kelam-kelibut. Itu lah hakikat permainan dalam dunia pekerjaan icon smile Hidup tanpa masalah, hidup kah itu? . Tapi, kita mampu untuk merubahnya. Tukar segala yang negatif kepada positif. Bisa?

Baru 3 bulan kerja, dah macam-macam bunyi kan…hehehehe. Jiwa blogger. Pantang betul dapat idea, ada saja yang ingin dibahaskan dalam blog cabuknya.

pening Hidup tanpa masalah, hidup kah itu?

Malam ini aku terpanggil untuk menulis kerana ingin melawan sakit migrain yang hinggap sebentar di tempurung kepala. Banyak hal yang difikirkan rasanya. Biasalah, hidup tanpa masalah, hidup kah itu? Sekurang-kurangnya, ada juga orang yang tahu aku sedang dihinggap migrain dan berdoa agar aku cepat sembuh icon smile Hidup tanpa masalah, hidup kah itu? . Macam mana rasa migrain? Kamu orang mesti tak nak rasa kannya hehehe.

Apa projek terbaru? Projek terbaru setakat ini hanya develop dan maintain niche blog yang ada. 5 blog baru dah masuk 1st page. Ada yang rank top 5 dan ada gak yang rank top 10. Sekarang ni aku masih lagi membina backlinks (1 bulan dah bina tak siap-siap lagi hehehe) untuk memantapkan lagi penguasaan ke 1st spot google US dan Canada. Blog yang aku bina semua 80% adalah untuk adsense dan 20% untuk affiliate; clickbank dan ….

Kamu orang pulak apa cerita? Rindu sama kamu di masa kehangatan Alexa RezaMohyinDotCom di tahap 100K++ hehehehe…

p/s:  RezaMohyinDotCom mencapai ranking #3 di google.com dan google.com.my. Tak caya? Try search icon smile Hidup tanpa masalah, hidup kah itu?

Posted in Bersahaje
Copyright © 2010 Reza Mohyin.