written by bersahaje on November 7th 2010
Oppsss! Aku minta maaf di atas keterlanjuran sikap aku yang membiarkan RezaMohyinDotCom ini menjadi pusat ternakan burung merpati dan juga tikus
. Bukan disengajakan, maklumlah sekarang aku sudah pun mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pekerja kilang. Masa sangat lah suntuk aku meng online kan diri.
Masuk kerja bermula jam 8.30am dan berakhir pada jam 6.00pm. Itulah rutin harian aku bekerja sebagai seorang pencacai di kilang milik warga Amerika. Bukan bermakna aku sudah hilang minat dengan dunia bisnes online, tetapi bagi aku belum masanya untuk aku menyerahkan sepenuh masa aku bekerja sendiri sebagai usahawan internet sepenuh masa. Sampai masa dan target, I’allah segalanya akan terjawab.
Namun begitu, beberapa siri eBook percuma telah pun bermula penulisanya. Ya, masih lagi dalam niche SEO tetapi aku akan mengetengahkan eCommerce atau shopping cart sebagai satu medium terbaru dalam penulisan tersebut. Mungkin ia adalah sesuatu yang agak mencabar untuk aku yang masih terkial-kial, tetapi itulah cabaran yang membuatkan ia lebih seronok untuk diteroka
. (more…)
Posted in Arena Blogging, Bersahaje, Shopping cart
written by bersahaje on October 26th 2010
Kamu orang dah daftar forum resmipadi.com? Belum kan? Terus daftar di sini
Ada sahaja masa dan detik tertentu sifat kemalasan menghantui diri kita. Walaupun di awal langkah, kita begitu bersemangat dan mampu menidakkan sifat malas, tetapi seringkali juga kenalsan datang menyerang bertubi-tubi. Ahhh! Malasnya…apa yang nak aku buat ni. Sampai satu tahap kita semacam tidak mampuĀ nak buang jauh-jauh sifat dan sindrom tersebut. Walaupun sebenarnya kita sendiri tahu, keburukan dari sifat malas, kebencian kita pada sifat malas. tetapi, kita susah untuk membuang nya dengan bersahaje.
Ya, aku pun selalu juga dijangkiti sifat keji ini sedang kan idea bertimbun-tuimbun datang untuk melakukan sesuatu. Tetapi sifat ini mampu untuk aku menidakkan idea dan seterusnya melumpuhkan perancangan yang baik. Baiklah, pada pendapat kamu orang yang lebih arif dari aku, bagaimana cara kamu orang menepis sifat malas ini dan mampu untuk menyiapkan satu tugasan atau perancangan? Macam biasa lah, perangai aku memang suka mendengar dan membaca pendapat yang pelbagai.
Cara aku pula simple but not available. Aku tidak melayan perasaan malas. Au melawan kata hati yang malas. Aku buat ‘dunno’. Tetapi kadang-kadang tumpas juga dengan nya. Berikut adalah beberapa faktor yang menundang kepada kemalasan yang biasanya datang menziarahi aku: (more…)
Posted in Bersahaje
written by bersahaje on September 17th 2010
Setelah membuang masa selama lebih setahun di nun jauh utara sana, kononya untuk melanjutkan pelajaran, akhirnya aku mengalah dengan takdir. Takdir yang sentiasa tidak dijangka. Ini lah kehidupan sebenar.
Salah percaturan buruk padahnya
Tapi, dalam hal kehidupan aku sebagai boy_bersahaje, keburuk padahnya masih belum pada tahap kritikal. Alhamdulillah, setiap gerak hati daripada Nya, dapat aku tafsirkan dengan cepat.
Niat untuk meneruskan pangajian sampai ke peringkat lebih tinggi, terpaksa dihentikan sementara. Bukan bermakna aku sudah padam niat untuk meneruskan pelajaran. Ini adalah salah satu golden dream dan tidak mungkin untuk aku kuburkan begitu sahaja.
Setiap yang datang ada hikmahnya. Bermula selepas aku graduasi pada 2008, pelbagai perit dan jerih terpaksa aku hadapi. Dan semua yang terjadi memang mempertaruhkan masa depan aku! (more…)
Posted in Bersahaje, Diari