written by bersahaje on July 24th 2011

=)
Bagi mereka yang dah bekerja, hari Sabtu dan Ahad adalah hari terbaik untuk dihabiskan bersama keluarga tercinta. Ada juga pada hari Sabtu yang bekerja. Hari Ahad dan Sabtu adalah hari yang sangat dinanti-nantikan. Walaupun bidadari aku berada jauh dari aku, banyak juga aktiviti yang boleh aku jalankan di rumah. Hampir 90% waktu aku dihabiskan di rumah. Tengok movies, makan-makan, kemas rumah dan bilik, basuh baju dan yang paling utama, buat kerja naikkan ranking blogs dan juga client’s web.
Kalau dulu, masa remaja, masa sebelum kahwin, banyak masa aku dihabiskan untuk lepak luar dengan teman-teman. Tengok wayang, karoke, ngeteh dan paling banyak; main senuker. Kadang-kadang balik rumah lewat malam. Biasalah, darah masih muda, semua nak rasa. Bila fikirkan balik, rasa sayang pula masa yang telah dibazirkan. Kalaulah digunakan sepenuhnya kepada hal yang berfaedah, mesti banyak untungnya $$$. (more…)
Posted in Bersahaje, Diari
written by bersahaje on July 5th 2011

Jam sekarang menunjukan pukul 8.23pm. Sementara menanti backlinks yang baru dibuat untuk dihantar ke RSS, aku meringankan beban jari untuk menulis luahan hati pertama kali berjauhan dengan si bidadari. Ya, bidadari setelah kami diijabkabulkan
Tak pernah selama ini aku rasa rindu sebegini rupa. Betul la kata kawan-kawan, lepas kahwin, perasaan akan menjadi lebih dahsyat. Rasa macam pertama kali bercinta. Betapa hangatnya cinta dan rindu ini, hanya tuhan sahaja yang ketahuan. Nak buat bersahaje, tapi tak terdaya. Hanya gambar dan telefon sebagai ubat rasa rindu.
Terhenti penulisan…baru je call si bidadari…uhhh kurang sikit rasa rindu… (more…)
Posted in Bersahaje, Diari
written by bersahaje on September 17th 2010
Setelah membuang masa selama lebih setahun di nun jauh utara sana, kononya untuk melanjutkan pelajaran, akhirnya aku mengalah dengan takdir. Takdir yang sentiasa tidak dijangka. Ini lah kehidupan sebenar.
Salah percaturan buruk padahnya
Tapi, dalam hal kehidupan aku sebagai boy_bersahaje, keburuk padahnya masih belum pada tahap kritikal. Alhamdulillah, setiap gerak hati daripada Nya, dapat aku tafsirkan dengan cepat.
Niat untuk meneruskan pangajian sampai ke peringkat lebih tinggi, terpaksa dihentikan sementara. Bukan bermakna aku sudah padam niat untuk meneruskan pelajaran. Ini adalah salah satu golden dream dan tidak mungkin untuk aku kuburkan begitu sahaja.
Setiap yang datang ada hikmahnya. Bermula selepas aku graduasi pada 2008, pelbagai perit dan jerih terpaksa aku hadapi. Dan semua yang terjadi memang mempertaruhkan masa depan aku! (more…)
Posted in Bersahaje, Diari