The Arrival: Siri dokumentari yang WAJIB ditonton!

written by bersahaje on August 21st 2010

wake up project The Arrival: Siri dokumentari yang WAJIB ditonton!

Pernah kah kamu orang terfikir, kenapa sejak kecil lagi kita di momokkan dengan budaya barat, budaya barat dan budaya barat? Budaya barat yang penuh dengan keburukkan dan tidak bertamadun dari segi etika. Mengapa mereka begitu? Dan apa modus operandi sebenar mereka?

Ok, jika jawapan kamu ialah untuk memesongkan akidah dan haluan pegangan kita, tapi mengapa? Apa yang mereka dapat? Masa kecil lagi, ustazah dan para penceramah sering mengingatkan kita bahawa masyarakat barat akan terus menyuntik dan mempengaruhi untuk mengikut rentak dan cara mereka berfikir, berpakaian, bersosial dan berfesyen. Sekali lagi aku bertanya, untuk apakah semua ini? Pernah kah kamu orang terfikir? (more…)

Posted in Featured

Rumah Rasulullah: Tinggalan sejarah yang mesti dilihat!

written by bersahaje on August 20th 2010

Baru-baru ini aku berpeluang untuk melihat tinggalan tapak rumah Rasulullah. Bila terlihat rumah baginda, hati aku terasa sangat sebak, terharu dan sedih. Sangat sukar untuk gambarkan perasaan tersebut dengan kata-kata. Tanpa berlengah lagi jom kita lihat sama-sama tingalan tapak rumah tersebut.

Kredit to abang belalang, owner isuhangat.net

rumah nabi Rumah Rasulullah: Tinggalan sejarah yang mesti dilihat!

tapak-rumah-nabi

(more…)

Posted in Featured

Ringgit Malaysia: Paras tertinggi untuk 13 tahun

written by bersahaje on August 19th 2010

ringgit malaysia Ringgit Malaysia: Paras tertinggi untuk 13 tahun

Alhamdulillah, kini rakyat Malaysia boleh tersenyum setelah 13 tahun, ringgit Malaysia kini berjaya pada kedudukan tertinggi, RM3.18 berbanding dolar Amerika . Pengumuman ini dibuat oleh Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz semalam (18 Ogos 2010).

Kita haruslah berbangga kerana pengukuhan nilai Ringgit ini berlaku semasa dunia sedang mengalami masalah kegawatan ekonomi. Kadar tinggi nilai ringgit ini memberikan kuasa membeli yang tinggi kepada rakyat.

Tetapi, apakah maknanya jika tahap inflasi negara kita ini semakin meningkat?

Jauh di sudut hati aku agak kecewa sedikit dengan berita ini. Walaupun ia adalah berita yang sangat baik. Sebabnya, sudah pasti penukaran duit paypal akan bertambah kecil nilainya dengan nilai sebelum ini. Pada sebelum ini perbezaan antara ringgit Malaysia dengan USD ialah setinggi RM3.2++.

Hendak mengetahui perkembangan USD semasa beserta dengan konsultasi ringkas? Boleh layari blog Boss. Lihat pada sidebar blog terebut, dan kamu akan jumpa ‘Notis Board‘  yang memberikan idea, sama ada, telah tiba masa untuk cash out duit paypal atau tidak, bergantung pada tukaran mata wang Amerika yang terkini icon smile Ringgit Malaysia: Paras tertinggi untuk 13 tahun . Sungguh bersahaje! (more…)

Posted in Bersahaje, Featured
Copyright © 2010 Reza Mohyin.