1 Ogos 2010: Harapan baru

written by bersahaje on August 1st 2010

harapan 1 Ogos 2010: Harapan baru

A ha…Dah sampai pun bulan kemerdekaan. Hari ini adalah hari Ahad. Hari ini tak sama seperti hujung minggu yang lepas. Internet kat rumah aku limited. Tak boleh nak surf youtube dan banyak lagi web yang selalu aku masuk. Disebabkan itu, aku pun menulis entri ini khas untuk tatapan semua pembaca blog ini. Entri ini akan meyimpulkan apa yang telah aku buat sepanjang bulan lepas; Julai 2010. Aku tulis mengikut apa yang telah achieved mengikut minggu demi minggu.

Minggu pertama – 1 Julai hingga 7 Julai

ebook3 1 Ogos 2010: Harapan baru

  • eBook Asas Yang diTindas telah dilancarkan – Alhamdulillah pada 1 Julai 2010, apa yang aku impikan utuk memberi sedikit sumbangan kepada peminat dan pengusaha internet, telah pun tercapai. eBook Asas Yang diTindas. Ini adalah antara whislist aku untuk tahun 2010. Setakat ini pembaca sudah mencapai ke 207 orang. Walaupun jumlah itu bukan lah jumlah yang besar, tapi sudah cukup buat aku tersenyum =). Hampir setiap hari, ada sahaja pertanyaan dan pendapat yang diberikan oleh pembaca sama ada  Group KBB di Facebook atau pun melalui email. Percayalah, aku pun masih lagi mencari dan belajar mengenai backlinks dan juga SEO. Cumanya, kelebihan adalah dari sudut kerajinan mencari dan membuat eksperimen sendiri. Mungkin sumbangan ini adalah titik tolak untuk aku terus menyumbangkan lagi sesuatu yang lebih berharga kepada masyarakat dalam dunia backlinks dan juga SEO(more…)
Posted in Featured, Killerbackinkbuilding

Killerbacklinkbuilding: Apa khabar?

written by bersahaje on July 21st 2010

kbb Killerbacklinkbuilding: Apa khabar?

Setiap hari, kami; team KBB sentiasa mendapat tempahan. Kalau masuk hari gaji, lagi banyak tempahan yang kami dapat. Pihak admin kami hanya terdiri daripada 3 orang, Reza Mohyin sebagai pengasas dan juga mastermind, Hafiz Arshad sebagai customer sales dan marketing dan akhir sekali bunga Team KBB, Nor Ashbahani menguruskan bahagian education department. Ke tiga-tiga orang yang telah disebutkan tadi merupakan tunjung utama Team KBB. Walaupun rase macam nak hired lagi 2 orang, tapi aku masih hold dulu niat tersebut. Rasa macam tak cukup tangan dan masa tapi itulah sebenarnya keseronokan yang tidak dapat aku tuliskan di sini.

Kita berniaga sebenarnya adalah kesibukan. Kalau tak sibuk bukan berniaga. Kata-kata papa aku selalu berlegar dalam kepala. Betul juga cakap papa aku tu. Atleast, kita jangan terlalu mengaggap sebagai boss. Overhead syarikat mesti dikurangkan semaksimum yang mugkin untuk meraih keuntungan yang optimum. Jadi, sebagai mastermind, pelbagai plan dibuat dari segi marketing, cost overhead, cash flow, maintenance fees macam paypal, autoresponder, billing, masa dan sebagainya mesti diambil kira sebelum sesebuah kempen dijalankan. Alhamdulillah, walaupun kami tidak mempunyai pejabat, rumah yang perlu di sewa, elektrik yang perlu dibayar, tetapi kami tetap mengira itu semua untuk planning yang lebih jauh. (more…)

Posted in Killerbackinkbuilding

Maafkan aku: KBB Benar-benar buat aku tak keruan!

written by bersahaje on May 28th 2010

KBB logo2 300x75 Maafkan aku: KBB Benar benar buat aku tak keruan!Hari demi hari, manusia sentiasa belajar dari kesilapan. Bagi yang keras hatinya, kesilapan sendiri memang susah untuk diterima. Kadang-kadang, aku sendiri ada bersifat sedemikian, mana tak nya, satu-satu ideologi atau teori yang kita dah pegang dan percaya sejak bertahun lamanya, tiba-tiba tidak dipersetujui oleh segelintir pihak. Memang sakit untuk terima hakikat ini, tapi percayalah, sakit itu sebenarnya ego yang dah lama bermaharajalela dalam pemikiran dan attitude kita. Tak salah untuk kita tundukkan sedikit ego demi kebagusan kita di masa depan kelak.

Minta maaf pada semua pembaca blog ini. Killerbacklinkbuilding (KBB) memang sentiasa membuatkan aku kekurangan masa untuk update blog ini. Buat pengetahuan kamu, KBB telah menembusi ke pasaran negara-negara Europe, UK, Canada dan juga America. Kebanyakkan clients lama datang lagi membuat repeat sales. Setiap hari, memang sibuk mengupdate dan membina backlinks hampir 10K backlinks. Rasa macam tak pernah impikan untuk terjerumus ke bidang yang membosankan ini. Apa maksud aku membosankan tu? Yela, membina backlinks adalah satu proses yang sangat membosankan bagi yang tak suka membuang masa menghadap computer berejam-jam lamanya. Setiap proses perlukan pendaftaran akaun baru, meletakkan links dan anchor text. Proses yang sentiasa kami ulang-ulang sehingga siap satu job. Dan sekarang, alhamdulillah; KBB telah mencapai ke 22 orang pekerja tidak termasuk aku dan juga Hafiz Arshad (adik). (more…)

Posted in Bersahaje, Killerbackinkbuilding
Copyright © 2010 Reza Mohyin.