Kini Ku Bahagia dan Bersahaje

written by bersahaje on August 14th 2009

Huh!!! Rasanya dah dekat sebulan aku berada di Perlis. Macam-macam perkara aku lalui dengan hanya waktu yang singkat. Ada manis dan ada juga yang memeningkan kepala. Walaupun bergelar student, akan tetapi kepala aku masih ligat mencari lagi peluang-peluang yang ada untuk berniaga. Sama ada online mahu pun offline. Project-project online telah diatur secara kasar dari segi pergerakan, operasi, modal dan juga management. Untuk bebarapa project tersebut, aku akan bergabung dengan rakan online aku. Mungkin kalian kenal mungkin tidak. Identiti rakan online aku tersebut masih lagi menjadi Misteri Nusa Jaya. Hahaha. Project ini bukan la secara besar-besaran, hanyalah untuk duit sampingan menampung perbelanjaan aku di sini seperti minyak kereta, sewa rumah, sewa astro, api air, streamyx dan juga bil-bil yang lain. Aku tidak mahu mengusik langsung segala duit peniagaan aku yang telah berjalan di Johor Bahru. Mungkin itu semua adalah untuk perkara yang telah aku rancangkan. Tetapi, di sini, duit pencarian aku baru bermula untuk dilaksanakan. (more…)

Posted in Bersahaje, Diari, Duit punya hal, Featured, My Study

Perlis Darul Sunnah. Apakah?

written by bersahaje on July 23rd 2009

Fuh!!! Setelah lebih setahun aku berhempas pulas membina dan mengatur kembali segala perjalanan perniagaan di JB, kini masanya untuk aku berehat. Ya, berehat sambil belajar di Negeri Perlis. Lebih kurang 900+ km dari kedudukan tempat tinggal aku. Dari hujung selatan hingga ke hujung utara. Di Perlis, kediaman aku adalah terletak di dalam Kolej Kediaman Kg Wai, Kuala Perlis Unimap (Universiti Malaysia Perlis). Tempat yang pernah aku tinggal selama lebih 4 tahun (2004-2008). Di sini, culture dan susun atur masyarakt adalah berbeza dari JB. Tapi aku sangat seronok di sini dengan keadaan dan suasana perkampungan disulami dengan bendang dan juga masyarakat nelayan. Macam tengok dalam filem-filem melayu tempatan, di mana kanak-kanak bermain layang-layang sementara mak dan bapa mereka sedang menuai padi. Ohhh indahnya dunia. (more…)

Posted in Bersahaje, Featured, My Study
Copyright © 2010 Reza Mohyin.