Boleh Saya Bantu?: Tiba Masa Kamu Bertanya Sekarang

written by bersahaje on September 24th 2010

Selepas kejayaan beberapa entri lepas yang banyak menceritakan mengenai backlinks dan SEO, sedikit kepuasan telah pun tercapai. Apa yang aku tahu, tanpa segan silu aku luahkan. Perbincangan demi perbincangan mengenai keywords, Meta Tags, bounce rate dan asas SEO telah pun berlangsung.

Tetapi, timbul juga beberapa kesangsian dalam hati aku mengatakan bahawa, ada lagi perkara yang masih lagi kabur. Tidak kira lah sama ada skop tersebut melibatkan produk, SEO, backlinks atau blogging.

Maka dengan itu, terbitlah entri ini dalam membantu aku dan juga kamu-pembaca RezaMohyinDotCom; untuk membincangkan beberapa topik yang bakal diterbitkan di sini. Topik tersebut adalah mengenai permasalahan kamu yang berkaitan dengan SEO, produk mahu pun blogging. (more…)

Posted in Arena Blogging, RezaMohyinDotCom, SEO

Keywords Research: Bila Dan Bagaimana, Sambungan…

written by bersahaje on September 22nd 2010

Ho yeah! Memang terbaik semua pandangan pembaca RezaMohyinDotCom. Kamu orang telah membantu salah seorang pembaca blog ini. Memang tiada jawapan yang salah dan ke semua idea dan komen yang telah diberikan adalah terbaik dan aku sangat menghargainya. Baiklah, kita mulakan satu demi satu bagaimana perspektif aku pula berkaitan dengan research keywords untuk personal blog.

Yang pertama, secara kasar sahaja.

Kebiasaanya, untuk keywords jenis ini tidak melibatkan banyak tools. Hanya melihat pada perkembangan semasa isu-isu yang hangat. Tujuan utama keywords research ini adalah hanya untuk menarik traffic semata-mata tanpa ada tujuan SALE.

Apa yang biasa kita lakukan hanyalah dengan membaca dan mendengar berita yang panas sama ada bermusim atau tidak. Sebagai contoh entri ini Bayar Zakat Online: Teknik Mudah Dan Pantas. Entri ini ditulis untuk raya 2010 dan berkemugkinan besar mendapat traffic juga untuk raya tahun hadapan. Bukan kah ini adalah isu hangat jenis bermusim? Tidak rugi menulis entri sedemikian kerana traffic akan berduyun tiba setiap kali Aidilfitri akan tiba. Bermakna, keywords ini adalah baik untuk returning traffic di masa hadapan. (more…)

Posted in SEO

Keywords research: Bila dan di mana?

written by bersahaje on September 20th 2010

Pada Keywords Research: Apa ada padanya? Hadi Rofiee telah mengemukakan soalan mengenai; bila perlunya kita membuat rejim research keywords? Aku rasakan soalan ini adalah satu soalan yang sangat baik untuk mengelakkan kita; bloggers dan pencari makan tegar di internet daripada membazir wang dan masa dalam mencari keywords emas.

Baiklah, sebelum kita meneruskan perbincangan yang bersahaje ini, apa kata kita mulakan dari asas.

Pertama, apakah tujuan kita sebenarnya mengkaji kata kunci (keywords research)?

Sudah semestinya adalah untuk menarik traffik.

Banyak saja keywords yang boleh membawa traffik yang banyak, kenapa mesti sehingga begitu teliti mencari keywords emas? Sampai ada yang sanggup berhabisan wang dan juga masa. (more…)

Posted in SEO
Copyright © 2010 Reza Mohyin.