Laporan: Hujung minggu yang ber ‘Google’
Posted by bersahaje on February 27th 2010SEO atau Search Engine Optimization adalah perkara yang sangat penting bagi mendapatkan kedudukan yang cemerlang di dalam SERP; Search Engine Result Page. Dan hampir ke semua penggiat tegar online mengoptimasikan SEO page atau site mereka untuk engin carian Google. Kenapa bukan Yahoo, Bing dan what so ever? Kerana hampir majoriti pencari tegar internet menggunakan Google sebagai enjin bantuan mencari maklumat. Maka, peluang ini digunakan sepenuhnya untuk meraih traffic yang sekaligus menukarkan ia menjadi $$$. Aku tidak menyebut bahawa traffic adalah segala-galanya tetapi segala-galanya adalah bermula dengan traffic. Walaupun kita dapat menjana pendapatan yang lumayan tanpa perlu ada traffic, tetapi tidak salah kalau kita mengaplikaiskan pepatah ‘sambil selam minum air’. Lihat kembali apakah tujuan kamu membina sesebuah website atau blogs? Maka dengan meneliti tujuan ini, barulah kita dapat mengorak langkah seterusnya sama ada perlu atau tidak mengoptimasikan SEO secara besar-besaran pada site tersebut.
Jadi, pada 27 February 2010, aku telah menghadiri sebuah seminar yang telah diadakan oleh Encik Azman. Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau. Tapi, apa ada pada nama kalau ilmu yang diajarkan mengatasi kepopularanya kan? Ilmu SEO yang aku ada masih cetek. Tetapi beberapa exsperimen yang aku belajar sendiri membuahkan hasil yang cemerlang sebelum ke kelas beliau. Berapa cemerlang? Sangat cemerlang! Competitor sebanyak 155,000,000 dan tahu kah kamu bahawa blog aku dapat ranking yang ke-2 dari 155,000,000? Tak percaya? Nak kan bukti ke? Hehehehe…
Kata orang bijak pandai, ilmu itu seluas lautan dan apa yang kita ada hanyalah setitis dari itu. Maha besar tuhan yang Esa. Oleh sebab itu, bagi mendalami dan memantapkan lagi ilmu SEO ini, aku dengan bersahaje pergi menghadiri kelas ‘Bengkel 4 6 jam bersama Google‘.
Dari Perlis ke Ibu Kota bukanlah sesuatu yang rare yang pernah aku buat. Walaupun terpaksa meninggalkan fruitheart yang tersayang, aku menggagahkan diri juga. Setakat untuk mendapatan ilmu yang sangat berharga ini, terpaksalah aku bekorban. Yuran serendah Rm100 beserta dengan sarapan, sangat berpatutan. Tapi agak malang, aku kelewatan hampir setengah jam dek kesesatan mencari Wisma Norbaya bersama Yam dan callister. Tapi aku bernasib baik kerana, Encik Azman baru sahaja memulakan sesi ice breaking bersama peserta bengkel yang lain…Huh lega…
Bengkel bermula dengan penerangan ringkas 2 teknik utama utuk mendominasi Google iaitu; On-page dan off-page. On-page adalah pengoptimasian keywords dalam site kita iaitu pada header, title, keywords density dan sebagainya manakala off-page pula adalah proses link building atau backlinking. Alhamdulillah, aku barulah faham teknik yang sebenar-benarnya untuk mendapatkan ranking yang cemerlang. Bukan susah seperti yang digembar-gemburkan. Cukuplah sekadar 2 teknik tadi sudah memadai untuk sesebuah site menjadi mantap!
Dari segi modal? Beberapa bahagian dalam optimasi SEO ini memerlukan kita mengeluarkan modal untuk menjimatkan masa dan tenaga. Benarlah, pelaburan mana yang tidak memerlukan modal? Tetapi modal kita hanya keluarkan sekali sahaja untuk ranking yang berpanjangan. Jadi, tiada apa yang merugikan
kerana 80% traffic datang dari kedudukan yang pertama hingga ke 5. Traffics ini lah yang mampu convert kepada sales. Dan dari sales ini dapat kembalikan pulangan dan keuntungan hasil pelaburan yang telah kita keluarkan. Rugi ke? Tidak kan…
Start dari hari ini, aku boleh tersenyum bila bangun tidur. Pasal apa? Aku dah dapat tahu dengan jelas teknik link building yang pasti dan bukan ragu-ragu. Korang pula? Apa teknik yang dah pakai untuk dapat kan rank best kat SERP? Ada berani mau kongsi????
p/s: Aku menaip sambil Yam tidur kepenatan diatas katil depan aku. Hahahaha
pp/s: Tak sabar nak balik Perlis esok pagi; aku kerinduan fruitheart tersayang (maaflah, jadi mat bunga sebentar ye
)


Hi abg bunge, panjang lebar penerangan abg yer. Seronok betol abg dapat ilmu baru smpi terpakse meninggalkan saye kesepian hukhukhuk. I juz cant wait to c u tomorrow dear. Come back! Cepat2!
@ash, Thanks for the support sweetheart! Kite jumpe esok tau yang epat2…
aku sampai sekarang terkial-kial pasal seo ni,ko ada buat tak servis ni,boy?
Setakat ni, submit link ke directories ade. Tapi full SEO service aku x berani nak ambik. 1st sebab costing yang tinggi dan 2nd sebab risiko nak menjawab dengan client. Kalau setakat on page optimization boleh lagi.
mcm best jer topik ni.hopefully klu ad lg sminar cmni leh inform x bro.tgh pk nak up http://anaroza.net/blog ni.hope u can help me
@anaroza, Boleh. Kalau nak discuss bout your site, just email pkai form kat cni http://rezamohyin.com/hubungi/
salam… bro…aku pun nak tahu gak.. teknik utk optimasi seo…… kalau kena bayaran pun takpa… sama2 kita belajaq..
jinggo
Hahahaha. SEO ni klau nk belajar dengan aku memang salah tu. Carilah orang yang lebih power cam En Azman tu. Kalau setakat untuk buat sendiri dan servis bolehla
Bro boleh kasi website En Azman tu tak..memang kena blajar SEO nie..
digital-reader.com. Ni plak no hp dia: 0166573485
perghhh…dah offer servis wc!!! tahniah:)
Biasalah bang, kawan cari makan nk bayar yuran sem
. Thanks! free2 roger la aku kalau nak servis tu. Jangan malu2 huhuhu
Memang bagus ilmu SEO ni. Tapi nak mencarinya jauh la pulak. huhu
Kalau minat, tiada masalah. Hasil dia yang kita inginkan. Belajar informal ni tiada siapa memberi tekanan. So, enjoy and relax
fuhyoo no 2 tuh…
@zik, Hahaha, ada yg 1st rank utk carian 40 million. Niche fashion and shopping