Monday blues: Adakah bloggers juga begitu?

Posted by boy_bersahaje on August 23rd 2010

monday blues Monday blues: Adakah bloggers juga begitu?

Aku belajar perkataan Monday blues ini daripada abang ipar aku, Ajis. Dia adalah seorang contractor yang bekerja sendiri. Selepas aku SPM, ke mana sahaja dia pergi, aku mesti follow. Kira aku ni dah macam anchor text dia. Banyak juga selok-belok contractor aku pelajari. Sama ada cara lurus mahupun melalui ‘pintu belakang’. Tapi itu semua adalah lumrah sebagai seorang ahli perniagaan.

Lepas sahaja menamatkan pengajian di Matriks pada tahun 2003, aku pun mengikut papa dan mama aku untuk menguruskan project landscaping Gerbang Selatan. Gerbang Selatan yang terkenal dengan isu jambatan pengganti Tambak Johor. Masih ingat?

Semasa family aku menguruskan project di sana, aku telah ditugaskan untuk menjadi mando kepada pekerja-pekerja yang menanam pokok. Masa tu memang aku sangat gelap dan kurus. Kerja di bawah terik matahari disusuli dengan keadaan yang agak pressure. Tapi aku seronok. Sebab itu adalah pendedahan dunia baru bagi aku.

gerbang selatan Monday blues: Adakah bloggers juga begitu?

Pokok-pokok kat sini semua aku yang tanam =)

Kerja aku menjaga tanaman yang ditanam mengikut spec yang telah diberi selain memberi makanan bila tiba masanya. Selain itu juga, antara tugas yang paling mencabar ialah menjaga disiplin dan kebajikan pekerja-pekerja. Masa itu, pekerja kami lebih kurang 33 orang. 90% daripadanya ialah warga Indonesia. Mereka sangat senang dengan aku. Dan aku? Tidak sesenang mereka. Papa aku cakap, kena pandai jaga pekerja. Kalau tak, susah untuk kita bagi arahan.

Pada tahun 2008, selesai tamat pengajian, aku mula menjaga Restoran Mai-Anggulia, juga kepunyaan keluarga tercinta. Macam biasa, aku menjadi mando kepada restoran tersebut. Kali ini lebih mencabar sebabnya, aku perlu menjaga pekerja dan juga pelanggan.

Apa kaitanya cerita ini semua dengan tajuk? Ya, MondayBlues bukan la hanya mitos semata-mata. Sebabnya, hampir keseluruhan pengalaman aku di atas, mesti mempunyai masalah dengan hari Isnin. Malas, malas dan malas. Setelah 2 hari bercuti, mood bercuti masih di bawa sehingga ke hari Isnin. Simptom The Monday Blues ni sama sahaja di mana-mana, iaitu:

  • Lambat bangun tidur
  • lambat ke tempat kerja
  • minda lembap berfikir
  • pergerakan yang lambat
  • kurang produktiviti

Pendek kata, semuanya lambat. Dan sekarang, penyakit Monday blues sering sahaja di alami oleh aku; hidup seorang blogger. Malas nak update blog? Apakah simptom Monday blues untuk kamu sebagai pekerja, pelajar atau suri rumah tangga? Aku pun kurang pasti akan hal ini icon biggrin Monday blues: Adakah bloggers juga begitu?

Posted in Diari

Comments

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.