Aku yang bersahaje…
Posted by boy_bersahaje on October 11th 2009

Aku dan Frutheart di majlis raya Unimap
Fuh! Pelbagai pahit dan manis aku tempuhi sepanjang Syawal yang lepas. Yang pahit jadikan pengajran dan pengalaman yang manis adalah untuk aku meneruskan perjuangan hidup sebagai seorang yang bersahaje. Mungkin ini adalah detik awal kehidupan yang mencabar untuk aku. Banyak lagi pengalaman dan rintangan yang berjaya aku lalui, banyak lagi kejayaan yang bakal aku tempa di masa depan. ‘Kita kan belajar dari pengalaman’. Even, dalam arena blogging, blog yang paling lama adalah blog yang paling disukai oleh advertiser
. Yeke? Yelah, blog yang lame menunjukan blogger itu adalah serius dengan apa yang di blogging kan. Aku? Belum lagi mencapai tahap itu. Tunggu la bila blog ni dah sampai ke tahap matang (1 tahun).
Maaflah kepada pembaca blog ni yang sudah berulang kali melihat blog ini tanpa sebarang entri baru. Mungkin masa itu adalah waktu ku berkabung. Insya-Allah, selepas ini aku akan update sentiasa dengan memberikan informasi dan juga cerita-cerita terkini
. Tapi, sepanjang aku berkabung, blogging untuk arena antarabangsa tidak pernah aku abaikan. Buktinya, sekarang aku telah memiliki 20 niche blog yang aku sendiri tidak terpikir untuk memilikinya. Aku sangat sayang dengan semua blog-blog yang aku ada. Semuanya umpama harta aku. Tetapi itu adalah harta aku di internet. Percayalah, dalam masa seminggu dua lagi, aku akan menambah lagi 2-3 blog yang baru. Mungkinkah disebabkan IMPIAN aku itu menyebabkan aku berusaha seperti ini?
Sekarang ini, relation aku bersama fruitheart sudah pun di upgrade dari 2.80 kepada 2.8.4 (eh dah macam version wordpress plak). Aku sudah bertunang
. Hidup aku sekarang dah naik ke level yang lebih tinggi bila mana segala perbuatan aku pemikiran aku lebih kepada penyimpanan duit untuk alam perkahwinan aku nanti. Usaha dulu 1, so sekarang kena berusaha 10 kali ganda dari dulu. Bukan apa, cita-cita aku adalah untuk membina karier bersama orang yang tersayang. Biar susah dan senang aku jatuh dan bangun dilihat dan dirasai bersama-sama dengan isteri tercinta. Itulah value sebenar perkahwinan yang aku cari.
Alhamdulillah, buah jambu aku di JB semakin memberangsangkan. Telah membuka sebuah kedai di Kg Melayu sebagai pusat stokis di sana. Stokis ini bertujuan untuk memudahkan dan menambah-baik kepada sistem perjalanan dan susun-atur harian. Di situlah letaknya stok untuk buah, asam dan disitulah tempat pertemuan bersama customer dan pusat untuk kami (Sebulat Suara Ent) bermesyuarat. Selain daripada itu, Insya-Allah produk air jambu aku akan menembusi pasaran koperasi di sekolah-sekolah menengah tidak lama lagi. Bagi yang berminat tu, sila-sila lah hubungi saya dengan menggunkan page ini.Bukan apa, nak juga dengar pendapat dari kamu orang mengenai rasa buah jus buah jambu aku tu kihkihkhih.
Minggu ini? Mungkin antara minggu aku yang paling bz selama aku di Perlis ini. Ada task baru yang perlu diaksanakan untuk pengajian aku. Mungkin aku agak kesibukannullazi di dalam Lab. Pada hari Khamis ini, aku akan bertolak ke kampung halaman aku (JB) seorang diri tanpa ditemanai oleh friutheart aku
untuk menghadiri seminar blogging di Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu, aku perlu melihat perkembangan jambu aku dan juga berbincang sedikit sebanyak bersama Mama dan Papa megenai peluang-peluang baru perniagaan yang ada di Perlis ini.
Penat? Tiada dalam diari aku
. Kalau hendak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Biar aku penat sekarang. Tapi penat akan hilang bila mana kamu orang ada fruitheart atau orang yang tercinta yang akan menghilangkan semua rasa yang tak sepatutnya kamu rasa. Penat, boring, preassure, tensen dan sewaktu dengan nya
. Dengan itu, salam bersahaje dari aku boy_bersahaje untuk pembaca blog ini. Selamat hari raya dan selamat berblogging untuk masa depan.
Posted in Featured


Comelnye syg ney ni. Ape pun yang ling wat ling sentiasa ade ney kn
Kite same-same kumpul duit ntok kahwin kn. Besnyer! Love u so much syg! Sorry coz I cant be with you to JB. Wish I could
It’s ok yang. Ling paham
. Luv you so much!!!!
boy..lalu KL angkat aku,boleh?aku terlibat ngan seminar tu..hehe..minyak aku kaver,ok?
Kay…Aku naik bas. X sound awal. Sori sangat2! Leh tdo umah aku. huhuhu. Dah la lame x jumpe.huhu. best2!
chantekk..aku gi ngan bas juga la..hehe..nanti aku kontek ko..
Cun la tu. Leh jumpe pokbear klau dia x bz. KO geark dri kl hari pe kay?
Ling pun paham..hahahahahahahahahahah…:)
Ling??????????
Uweeeerkkkkkkkkkkk….
Begini bapaknya… dalam dunia blogging, istilah Link itu tidak bisa ya… yang bisa di perkatakan hanyalah Link dan Backlink.
Sekali lagi, wujudnya hanyalah Link … bukan Ling!
Cehhhh…
Hahaha, jahat siot ko Jad. Perkataan Ling wujud b4 aku jumpe Link tau :p
Amboi….ling lagi power dr link tau. Saye sayang ling!
Amboi…ling saye lagi power tau. Saye sayang ling!
Amboi…ling saye lebih power dr link. Saye sayang ling!