Blog: Bagaimana boleh hasilkan duit dari blog?

Posted by bersahaje on September 10th 2009

duit dari blog Blog: Bagaimana boleh hasilkan duit dari blog? A’kom sahabat di luar sana. Harapan aku agar kamu orang berpuasa hendaknya icon smile Blog: Bagaimana boleh hasilkan duit dari blog? . Tidak lupa juga bersahaje dalam berbuka. Yela, bulan puasa ni macam-macam hidangan istimewa dijual, semuanya akan kelihatan sedap dan meggiurkan hingga mampu merangsang untuk mengalirkan air liur tanpa anda sedari kihkihkih. Aku? Macam biasa lah, berbuka dengan seteguk air masak dengan separuh buah tamar kekekeke.

Alhamdulillah, setelah hampir 5 bulan aku berblogging dengan teknik yang betul, pendapatan pun makin bertambah. Sebenarnya, tidak terduga dik pemikiran ini untuk sampai ke peringkat seperti sekarang. I’Allah, setakat $200-$300 sebulan boleh aku perolehi melalui dunia blogging ni. So, tidak salah rasanya untuk aku berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang aku ada untuk memberi pendedahan yang lebih meluas mengenai dunia blogging.Seperti di entri yang berda pada page ‘Blogger Kental’ di atas tu, aku telah menekankan bahawa dunia blogging di peringkat antarabangsa adalah sangat luas industrinya. Lebih luas dari industri perfileman Malaysia ini. Kamu orang dapat tak imagine betapa besar peluang kita untuk menjana pendapatan dari situ? Aku dah dapat dah imagine…ha besarkan? Ke tak nampak lagi? Tak pe, biarkan aku bukak kan sedikit demi sedikit minda kamu orang yang agak sempit tu.

Blogging ni sebenarnya adalah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan blog. Aku ada menerangkanya secara kasar di sini. Hampir 60-80% penjanaan pendapatan dari dunia blogging adalah datang dari industri advertisement atau English nya ‘Pengiklanan’ icon smile Blog: Bagaimana boleh hasilkan duit dari blog? . Ya, contoh terdekat adalah seperti Nuffnang, Bidvertiser, Adsense dan seumpama denganya. Ya, itu semua hanyalah sebahagian sahaja dari beberapa peratus yang aku sebutkan tadi. Kuasa pengiklanan di internet adalah jauh lebih berpengaruh dan berbisa dari pengiklanan konvesional. Masakan tidak, dalam hanya sekelip mata, sesuatu iklan dapat disebarkan ke seluruh pelusok dunia tanpa sepadan! Itulah sebabnya, General Motor sanggup menghabiskan jutaan dolar semata-mata untuk pengiklanan syarikat tersebut di internet.

So, pengiklanan ni pula ada terbahagi kepada beberapa tujuan dan motif. Biar aku ringkaskan. Kebiasaanya, syarikat-syarikat besar di luar negara mempunyai sebuah laman web. Mereka akan mempromosikan syarikat mereka melalui penyebaran link website mereka ke seberapa banyak tempat dan lokasi bagi tujuan promosi. Semakin banyak link mereka disebarkan, kebarangkalian untuk web mereka popular adalah sangat tinggi. Ini adalah salah satu dari teknik SEO. Sama juga seperti mana kamu orang mempromosikan personal blog dengan meninggalkan komen yang dikempilkan bersama link ke blog kamu. Itu kan untuk tarik traffik. Bukankah begitu? Bezanya dengan pemilik web syarikat di luar sana, mereka sanggup menghabiskan duit berjuta-juta dolar setahun semata-mata untuk tujuan promosi tersebut. Maka, siapa yang untung? Sudah semestinya pakar-pakar SEO dan juga mereka yang mempunyai blog atau website yang sama niche dengan kehendak pengiklan tersebut. Faham? Sudak kenampakan apa yang aku maksud kan di situ? Itu baru aku cerita pasal promosi link, belum lagi hal lain seperti flipping site, domainer, SEO service, content creation, review site dan juga designer.

Cukup dulu setakat ini, aku akan sambung lagi hal yang berkaitan dengan teknikal serba-sedikit mengenai dunia blogging ini. Penat juga menulis artikel yang agak keberatan isi nya hehehe. Ada apa-apa yang ingin diutarakan, sila lah. Ruangan komen di bawah tiada had untuk kita berdiskusi sesama. Aku pun masih mentah dengan dunia blogging ni. Memane antara kamu yang sudi berkongsi, silakan icon smile Blog: Bagaimana boleh hasilkan duit dari blog? .

Yang penting kita bersahaje la…Wassalam

Posted in Arena Blogging, Featured

Comments

  • naz naz http://aenaz.com Posted on: September 10, 2009 at 9:56 pm

    salam bro, aku berminat jugak sebenarnya nak monetize blog, tapi aku tak pasti dan tak yakin samada personal blog macam aku boleh monetize dengan baik, since niche aku pun tak sesuai dgn monetizing ni.agak2 boleh ke pegi jauh personal blog, utk dptkan passive income mcm bro. =)

    • naz naz http://www.nazaiman.com Posted on: August 29, 2010 at 2:22 am

      hahaha. takbleh blah sial. tgk aku time noob dulu. hahaha. byk tanya siak aku time tu. hahaha. tapi ko sempoi boy, byk memberi inspirasi :D

      • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 29, 2010 at 5:37 am

        hahahaha, aku ingat lagi ko sampai sekarang. masa tu kita berbalas comment waktu subuh kihkihkih

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 10, 2009 at 10:25 pm

    Maksud kau aenaz.com? Bagi pendapat aku, boleh tapi lebih bagus kalau ade PR(page rank). Boleh masuk program2 rasmi jual link atau review cam TNX, TLA, sponsoreview dan sebagainya, hasil pun ok la juga. Lagi satu, kalau nak dapat duit dari advertisement Asia Pasifik macam nuffnang dan sebagainya, traffik kene power la. Tapi kalau nk main advertiser International, PR tu adalah salah satu syarat terpenting selain dari English. Buatla satu blog English, baru syok :)

  • naz naz http://aenaz.com Posted on: September 10, 2009 at 10:36 pm

    haah,aenaz.com.tu ah psal,PR aku hancus lg,still baru blog ni 2 bln lbih camtu.nak cr backlink yg gempak skit nih.hehe.stakat ni adsense n nuffng je la yg ok incme.TNX,TLA aku dah register gak semua.haha.tamak gile.tp aku xfhm sgt gune.mmg cadang nak bukak company satu lg.wakaka.tgk ah camne,cr mbr manage lg satu ke pe.

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 10, 2009 at 10:44 pm

    Eh buatla sendiri. Bukan susah monetize blog pun bro. Just disiplin kan masa. Dalam 10-15 minit je untuk monitize and update 1-2 blog. Takde masalah melainkan dengan alasan je la timbul masalah :) . Barulah dinamakn blogger kental!!! Kihkihkih

  • naz naz http://aenaz.com Posted on: September 10, 2009 at 10:55 pm

    wahaha.tu la.agak kurang free time.lagi satu nak letak iklan kat personal blog ni,rase laen macam.takut org cakap. “budak ni gile iklan/duit btul”,lain la klau niche blog aku marketing.ok la skit.hoho.btw, wonder la satu benda.bro monetize kat blog mane eh?tak nmpak ape2 iklan kat blog ni.

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 10, 2009 at 11:03 pm

    Letak iklan tak salah Naz. Tapi bagi aku berpadalah. Ikut masing2 punya imej blog. Ada yang memang target buat blog utk affiliate dan sebagainya. Tapi x salah rasenya kalau kte mencari duit halal dengan letak banner tu semua. Just boleh mempengaruhi keselesaan visitor kite. Macam aku, blog melayu ni sekadar luahan pendapat dan tempat utk berkongsi idea. So, aku x tekankan sangat pencarian duit dalam blog ini (untuk mase ni). Niche blog network aku semua ada Naz. Tapi, buat apa nak tayang kat orang. Tiada faedahnya huhuhu :)

  • JHafiz JHafiz http://www.jhafiz.com Posted on: September 10, 2009 at 11:09 pm

    rasanya, kalau susah² sangat, blurr nk bisnes tenet, g amik masuk kelas coaching la. masuk je kusus smart blogging ngn Bro Ijad.. tak gtu bro? tapi bg yg ada duit la, dan yang memenuhi syarat jugak…

    boy bersahaja bisnes ape ek kencang sgt tu? tulis review eh?

  • naz naz http://aenaz.com Posted on: September 10, 2009 at 11:13 pm

    hehehe.menyimpan rahsia.blog lagi satu bro ni mesti otai gile ni.aku pun tak sabar nak bukak lg satu.mmg english blog je yg bleyh monetize dgn baik.btw,klau tak keberatan dan ada free time, aku nk tgk blog niche lg satu bro tu.heheh.thanks fer opinion.all the best k. =)

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 10, 2009 at 11:14 pm

    J.Hafiz:Hahaha betol tu. Itu lah sifu aku :) . Rohaizad.com. Review tu salah satu daripadanya. Aku jual link je. Xde lah kencang sangat pun Fiz. Kau pegi tak kelas Ijad coming soon ni?

  • naz naz http://aenaz.com Posted on: September 10, 2009 at 11:16 pm

    @Jhafiz.aku mmg cadang nak pg.tgh kumpul duit.saving gyler ni.wahaha =)

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 10, 2009 at 11:17 pm

    Naz: Boleh I’Allah. Xde hal punya :) . Tapi kan Naz, aku ada 11 niche blog. Yang mana 1 yang ko nak tgk tu. Hahaha.

  • naz naz http://aenaz.com Posted on: September 10, 2009 at 11:19 pm

    aku tau sponsoredreview tu.review produk org nthen diorg bg duit.wahaha.byk gyler niche,bg tgk yg plg masyuk satu.=)

  • luthtextile luthtextile http://luthtextile.com Posted on: September 11, 2009 at 2:23 am

    salam.
    bagus la artikel karangan mu bro..
    kalau cari duit melalui pengiklanan tak pe la.. kalau benda lain susah mau percaya..

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 11, 2009 at 10:16 am

    luthtextile: Thanks Luth. Betol tu, jangan masuk skim cepat kaya dah la :) .

  • kay kay http://khairolghani.blogspot.com Posted on: September 11, 2009 at 11:15 am

    pergh..ni kena masuk kelas juga aku..banyak benda nak kena belajar ni..

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 11, 2009 at 11:28 am

    Hahaha, Kay, datangla ke kelas Smart Blogging Rohaizad.com. Memang sangat berbaloi kalau nak buat side income kat internet ni.

  • wanmus wanmus http://www.wanmus.com Posted on: September 11, 2009 at 6:31 pm

    Banyak sebenarnya peluang buat duit dengan blog ni kan Boy? tapi dengan hanya gunakan 1% dari cara ni, dah boleh tampung hidup anda. Nak tahu? kenalah sertai seminar bro ijad tu..

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 11, 2009 at 8:48 pm

    wanmus: Betol tu mus, rugi lah rasenye kalau tak pergi kelas ijad sementara ada peluang lagi ni kan :)

  • ash ash http://www.ashoney.com Posted on: September 11, 2009 at 11:14 pm

    congratz dear…i wish u’ll success in ur blogging career :)
    xlame lg saye dapat handbag baru yeayeay!!

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 12, 2009 at 5:54 pm

    Ash: Thanks honey, this is all for you sweetheart :)

  • wanwma wanwma http://wanwma.com Posted on: September 13, 2009 at 1:03 pm

    Tahniah, nak ikut jejak langkah bro jugak!

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 13, 2009 at 6:22 pm

    Boleh Wan. Yang penting teknik dan usaha :)

  • nuaeman nuaeman http://blog.nuaeman.com Posted on: September 14, 2009 at 3:25 pm

    Nak belajar jugaklaa dengan bro ijad nih.. bila next seminar..? hehehe..

  • kay kay http://khairolghani.blogspot.com Posted on: September 14, 2009 at 6:08 pm

    bila next seminar?kat mana?aku nak gak merasa duit dari blog..

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 14, 2009 at 6:22 pm

    Nuaeman: Bro, kan dah hotaimer. Nak belajar memasak leh la :p
    Kay: Kat JB 18 Okt 2009. Kay, rujuk kat cni. I’allah berbaloi bro.

  • naz naz http://aenaz.com Posted on: September 15, 2009 at 4:41 am

    hohohoh! makin ramai minat, klau bwat affiliate artikel ni dah tmbah income ko bro.wakaka

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 15, 2009 at 5:27 am

    Naz: Hahaha belom lagi into affiliate. Pelan2 kayuh Naz :p

  • TanyaLelaki.com TanyaLelaki.com http://tanyalelaki.com Posted on: October 14, 2009 at 1:54 pm

    eh.. tak sangka blog biasa2 boleh buat duit ye bro.. malangnye dh tutup dh seminar tu.. huhu nangis aku.. TL

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: October 18, 2009 at 9:27 am

    TanyaLelaki.com: Takpe, lain kali mesti ada peluang nye :) .

  • MyDailyBlog.Info MyDailyBlog.Info http://mydailyblog.info/blog Posted on: October 20, 2009 at 5:10 am

    hahaha…nape time seminar ko tak pakai kacamata…huhuhu

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: October 20, 2009 at 2:54 pm

    Mydailyblog.info: hahaha kacak sgt beb. X leh la camtu :p

  • Nozi Nozi http://www.gedungilmu.com Posted on: October 25, 2009 at 11:12 pm

    Salam Boy,

    Tahniah sbb dapat jana duit dari dunia blogging. Memang dpt hasil jika kerja kuat. Mula-mula kena keje kuat. Bila dah stabil,baru jadi ringan. Susah-susah dahulu,senang2 kemudian.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: October 26, 2009 at 12:03 am

      Betul tu Nozi, yang penting fokus dan struggle. Dah stabil pun still kene sentiasa mencari peluang2 yang ada :)

  • huza huza http://huzret-resources.com Posted on: August 19, 2010 at 11:05 am

    Salam,

    Byk betul yg kena belajar ni….silap teknik kira buang masa jer la yer.

    Byk info berguna sy peroleh di sini….TQ

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.