Laporan: Langkawi; percutian hebat tapi ekonomi
Posted by bersahaje on December 30th 2009

Langkawi: Percutian hebat tapi ekonomi
Kadang-kadang bila badan terasa letih minda terasa kekacauan, tiada apa yang boleh di lakukan selain bercuti dari kesibukan kota dan kerja. Percutian yang hebat mampu menenangkan fikiran dan melepaskan segala kekusutan di kepala. Berbeza rasanya bercuti dan duduk di rumah dengan bercuti ke tempat-tempat peranginan kan? Fikiran yang tenang dan semangat yang kembali pulih untuk berhadapan dengan kerja adalah hasil dari percutian yang hebat! So, aku, fruitheart dan teman-teman telah meluangkan 3 hari 2 malam mengahabiskan masa untuk berjoli sakan di Langkawi. Walaupun aku tidak mengalami apa-apa tekanan perasaan dan jiwa kacau, percutian mampu menjana keproduktivitian otak aku yang telah tercemar dek unsur-unsur kuning kemalasan. Perancangan yang teliti selama 2-3 bulan tanpa sebarang guidance melainkan mozilla firefox dan stremyx 356kbs; alhamdulillah percutian kami amatlah kesoronokanullazi
(seronok betullah tu kan
)
Pada awal pagi 25 Disember 2009 kami telah bertolak pergi ke Jeti Kuala Perlis. Tiket ferri jam 10AM. Apa yang melemahkan aku bercuti pada peak season ini adalah keramaian manusia bagaikan semut yang mencari makanan untuk princess nya. Tidak percaya? Haa tengok gambar bawah tu.

Dari kiri: boy_bersahaje, Wan, Lin and Amurl (Fruitheart ambik gambar)
Agak kelemasan aku kat jeti tu bersama teman. Tapi semangat balik bila ferri dah sampai
. Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Langkawi mengambil masa selama 1 jam 10 minit. Ferri agak selesa dengan penghawa dingin jenama York digunakan, mampu buatkan anda kekerasan sebentar.

Dalam ferri ke Langkawi
So, sesudah sejam dan 10 minit, kami pun tiba di Jeti Langkawi. Perut kelaparan, badan pula agak kelemahan. Kami singgah sebentar untuk menjamu selera di restoran mamak yang terletak di hujung jeti Langkawi. Harga makanan standard price mamak dan aku pekena nasi briyani ayam. Licin pinggan aku macam baru lepas basuh. Inilah akibat kerakusan dan kegelojohan aku pabila kelaparan.

Ngap-ngap!
Sesudah kami bersantap, proses mencari kereta untuk di lenjan pun berjalan. Harga time season peak sangat lah tidak masuk akal. Kereta sewa jenama Wira pada kadar RM100 sehari. Kalau hari biasa boleh dapat lebih kurang separuh je dari tu. Nak buat camana terpaksalah kami pasrah…
Untuk first destination kami adalah check in chalet. Chalet yang agak kemodenan di lengkapi dengan perabot dari IKEA, membuatkan aku dan Wan terkesima bila menjejakan kai ke dalam nya. Mana tak, harga yang sangat reasonable dan affordable; RM150 satu malam dilengkapi dengan TV LCD LG 32 inch, katil queen size dan suasana ala-ala Chalet 4 star. Kami melabuhkan badan ke katil yang cukup empuk. Rasa macam tak nak keluar dari situ.
Setelah berkendiri, kami meneruskan perjalanan kami dengan melawati Langkawi Cable Car. Macam biasa lah, manusia seperti semut. Harga tiket hanya RM15 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. jangan lupa untuk membawa Mykad anda untuk megelakkan dari di charge RM30. RM15 hanya diberikan kepada rakyat Malaysia sahaja. Aku agak gayat even dah pernah naik 2-3 tahun yang lepas. Rasa takut yang amat dek ketinggian yang mencecah 500-600meterketinggian dari aras laut; tapi aku tetap bersahaje

Masyarakat yang ramai di Langkawi Cable Car

Fruitheart menangkap gambar

5 sekawan seronok bergambar
Setelah kepenatan ber cable car, kami singgah melepak di sebuah gerai berhampiran. walaupun makanan dan minuman tak berapa nak sedap, tapi kami enjoy di situ.

Buah kelapa tua dan rojak western bersama Amurl yang menunjukan tanda ketenangan (Peace)
So, dah penat berjalan, masa untuk shopping barang-barang keperluan ke Pulau Payar (aktiviti keesokan hari) sebelum menjamu selera di Restoran RAsA. Pelbagai makanan eksotik dihidangkan tidak lupa makanan kebaratan dan juga ketimuran tengah. Aku hanyalah seorang pemuda jawa yang sejati, hanya makan nasi goreng.

Rambut dan fruitheart. Sayang kamu seh!
Pada keesokan, aktiviti utama kami ialah ke Pulau Payar. Pulau Payar ni tempat untuk snorkeling melihat keindahan di dalam laut yang cetek. Tengok-tengok ikan sambil menelan air laut yang masin
. Harga untuk ke Pulau Payar hanyalah RM100 dilengkapi dengan ferri pergi dan balik, launch, dan perlalatan snorkeling.

Proses pengambilan tiket ke Pulau Payar

Memasuki Ferri ke Pulau Payar

Aku yang bersahaje di atas ferri ke Pulau Payar

Sudah sampai! Yeba-yeba!

Mari bersnorkeling
So, bila dah sampai Pulau Payar, anda semua mestilah mengambil peralatan snorkeling dan juga makanan. Dah setlle semua urusan barulah boleh snorkeling dengan aman.

Tadaaaa!!!!
AktivitiĀ Pulau Payar ni mengambil masa seharian dari jam 10am ke 4 pm. So, kalau ada plan nak ke Pulau Payar ni kena lah rancang betul-betul masa anda. Takut ada pula aktiviti yang tak dapat nak buat disebabkan ke Pulau Payar ni. Masa dari jeti Langkawi ke Pulau Payar lebih kurang sejam. Jauh dia dari jeti adalah 35km ke selatan.
So, kejadian aku di Langkawi berakhir pada hari keesokanya pula. Kami sempat lah membeli gamat kiriman dari parents dan juga coklat kiriman dari teman-teman. Tak lupa juga berkaton-katon rokok yang murah.. Huhuhu.

Dinner di Sandy Beach Resort

Membeli-belah gamat sambil tawar-menawar. Mana boleh tak tawar kalau aku yang pembelinya. Kihkihkih

Amurl dan fruitheart di Dataran Langkawi
Kos? Dari segi kos yang telah dibelanjakan termasuk hotel, ferri pergi dan balik, Pulau Payar dan juga kereta sewa hanyalah rm320 untuk 3 hari 2 malam. Kira kos ni adalah agak murah disebabkan kami pergi pada peakĀ season. Tapi, bagi yang teringin untuk pergi ke Langkawi dan membuat pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik, pada bulan 5 (cuti sekolah dan juga cuti sem) aku ada menawarkan servis pekej ke Langkawi dengan harga yang tak masuk akal yang mampu dirasai oleh semua golongan pelajar dan juga masyarakat. Kalau pelajar pun dah mampu, memang murah la kan?
Apa kata anda pula berkongsi sedikit sebanyak pengalaman anda yang pernah ke Langkawi ni. Pengalaman pahit ke buruk ke apa-apa sahaja. Yang penting kita share dan merasai kehangatan nya bersama dengan bersahaje!
Salam bersahaje dari boy-bersahaje…Yeba-yeba.
Posted in Featured, Merayap

Best sangat sayang kan our trip. Takpe nanti kite gi perhentian pulak kan kan. Yang ney masuk contest manyak2 ni hehhee…
Hahaha, masuk je banyak2. Pasni, blog ling plak ade wat contest huhu
tu la…ada member yg cable bkn kecik anak x mo contact…nape x contact zamir tu?
ko nak gi perhentian kan?mau x ko snorkel melihat sepasang jerung yg sangat2 friendly ….lokasi dia dpn ocean blue chalet(ko dtg sini x checkin sini,mmg ko bkn peminat chelsea)
ko nak rasa jamming tepi pantai ko cari amy medicine kat fauna reef…..sebenarnya betul2 nak layan percutian pulau ni kena layan diving baru terangkat!!! tu ko kena masukkan dlm pakej percutian pulau.
Bro, sume tu kawan nak rase. Ade contact ka ke Perhentian? Dah tak sabar nak pegi ni. Huhu. Bukan kawan taknak contact Zamir, tapi takut nyusahkan dia la bro. Dia pun kerja kat Kuala Nerang dah tak dok Langkawi kan…
boy,tu bkn menyusahkan namanya,zamir call je kaum kerabat dia kat sana-dah cukup,lg satu ko nak wat bisnes kat langkawi kenalah berbaik2/bersuai kenal dgn anak watan kat situ yg terlibat dgn industri ni-bab transport ke,chalet ke makanan ke,dll yg berkaitan.
ko nak amek lesen diving ke(open water)?nak no contact jurulatih scuba ke?mau “dugong” ke “duyung”?…..wahkahkahkah…apa2 ko ym aku senangla…..mlm nnt sms aku id ko….boy,baik ko pilih “duyung” supaya latihan bantuan pernafasan nnt ko x nyosal….wahkahkahkah…ni x guna patung2 getah tu….kahkahkah
Hahahaha, duyung plak bro. ok2, nanti malam kita chatting2 k. Huhuhu
heh heh heh
ketenangan di riak wajahku sungguh terserlah!
hahaha..apakah…..
terima kasih sebab sudi jadi host kitorg kat sana
Sama-sama. jangan lupa Pulau Perhentian plak pasni mal
Sangat teserlah mal. Ko yang paling excited. Kalau ade orang nak wat advertisment gigi sila la panggil ko yer sebab ko senyum nampak gigi jewrr…hehehe.
Reza: yerp2. insyaAllah Pulau Perhentian pulak! yeshh! :p
Ash : heh heh heh gigi aku mahal ash. kalah gigi Pn.
Roebiah hokeyhh..hahaha..senyumanku menawan
beb.ahaha..aduhhh..mode perasan dah on. :p (sorry Reza.
lebih2 kat blog kamu pulak.huhuhu.)
Ko kejam weyh. Pn Robiah pulak yang kene. Tu gigi terbaik takde sape kot mampu lawan ehehehe. Please switch off your perasan mode. Teeettt….
Panas betul aku dengan aktiviti kamu semua nih!
Aku tak kira, aku akan ke langkawi jugak…
p/s: Nanti aku buat satu papan tanda di belakang rumah aku “Welcome To Langkawi”… I was here!
Hahaha, ko memang x agak2 la Jad.
Salam,
sy nie plan nk ke langkawi.. agak2 la.. bape habis tuk pegi lgkawi nie? agak2 la… accomodation, tiket feri, tiket2, mkn2.. huhu…
plannye ng g sorang2… xtaw la ok ke x…
raman,
fnrsecret@gmail.com
kalau nak pergi perhentian, bgtau la..member saye buat freelance punye travel agensi. Anak jati besut terengganu :p
salam, mcm mana nak pergi ke pulau payar? yg RM100 tu under pakej ke? travel agent mana ye yg buat pakej tu? n chalet korg tidur tu dkt mana? im planning to go to pulau payar on next 2 month. thanks for your reply. your helps are much appreciated.