ROI: Penting untuk menelitinya.
Posted by boy_bersahaje on July 18th 2010
Kebanyakan rakyat Malaysia sangat gemar berbisnes. Sama ada full or part time. Ada juga yang membina bisnes dengan tujuan untuk mendapatkan passive income. Dan tidak kurang hebatnya membina bisnes sebagai main income. Ternyata, ramai yang berbisnes atau kerja sendiri mempunyai masa yang yang tiada had bersama keluarga dan teman-teman. Tapi adakah itu yang kamu cari selama ini atau berteraskan kewangan semata-mata? Kalau aku, sudah pasti kewangan. Mata duit? Sekarang semuanya adalah duit kalau bukan duit,emas. Tapi ia tetap berorientasikan kewangan. So, tak menjadi masalah kalau aku berbisnes semata-mata untuk kahwin mencari sesuap nasi kan =).
Untuk memulakan bisnes,apa yang perlu kita lakukan ialah mengkaji pasaran. Tiadak semestinya kita meneliti, membaca buku, surat khabar dan sebagainya untuk kajian tersebut. Cukuplah dengan hanya memerhati persekitaran kita. Sebagai contoh, pada umur aku 9 tahun; darjah 3, aku telah membuka sebuah kedai basikal dengan hanya beroperasi di rumah. Idea itu aku dapat bila kampung halaman aku (kg Majidee) tidak ade sebiji pun kedai basikal. Modal permulaan ketika itu ialah serendah rm350. Aku bermula dengan membeli free wheel, rantai, ball bearing, getah brake, tali brake dan sedikit tayar. Modal permulaan aku keluarkan dari tabung simpanan Nuri; bank Rakyat. Selama lebih kurang sebulan, aku telah berjaya membuat untungĀ sebanyak rm280. Dan modal aku simpan kembali ke dalam tabung simpanan. Simple bisnes but highy demanding dan juga tinggi keuntunganya. Bermula dengan rm280, aku terus menambah pelbagai jenis barangan dan aksesori basikal seperti handle, bar, brake set, body GT dan HARO, sit, sport rim dan banyak lagi. Dan pada masa itu, aku dan papa telah berjaya menjumpai satu supplier yang boleh memberikan harga yang sangat-sangat rendah.
Bermula dari saat itu, aku hanya meraih keuntungan demi keuntungan. Tiada lagi istilah modal. Dan hasilnya, ke semua ke untungan tersebut telah aku gunakan semasa belajar di asrama selama 5 TAHUN! Apa yang aku nak tekankan di sini ialah, modal yang sangat kecil dan pasaran yang tinggi demand nya mampu buatkan ahli perniagaan tersenyum dalam masa yang sangat singkat. Inilah kata-kata hikmat papa ku selaku mentor utama aku dalam meniaga. Papa selalu cakap, elakkan dari menyewa, membuat pinjaman kewangan dan membina perniagaan dengan modal yang di luar kemampuan. Dan sampai sekarang aku masih lagi pegang kata-kata papa. Apa yang penting ialah modal dan juga sumber. Sumber yang bagus adalah sumber atau supplier yang tidak pernah putus bekalan dan juga mampu memberikan harga yang sangat teristimewa. Maaf, aku tidak pernah percaya, harga adalah penilaian kepada kualiti sesuatu barang atau servis. Bagi aku, semua supplier dan juga service provider mampu untuk memberikan harga yang terbaik kepada clients yang mereka kehendaki. Dan kita, perlulah pandai mencari dan meneliti dari segi harga dan juga kualiti setiap supplier.
Sekarang, aku lebih banyak fokus pada bisnes online rather than offline. Even bisnes offline jambu aku still running, tapi aku telah menjadikanya sebagai salah satu passive income. Apa yang sekarang aku sedang bersengkang mata ialah bisnes online. Hari demi hari, aku akan merancang dan mengemaskini dari segi modal, pasaran, demand, perlaksanaan, pekerja, sumber dan juga cash flow. Sangat penting untuk memantau bisnes yang baru lahir dan belum sampai ke peringkat matang. Dan konsep LOW CAPITAL adalah prinsip aku dalam membina setiap bisnes untuk memastikan aku tidak tertekan dalam menanti ROI.
Buat pengetahuan kamu, satu lagi bisnes baru akan aku lancarkan next year. Still online dan bukan berkonsepkan Internet Marketing seperti eBook, courses dan sebagainya. Ia adalah bisnes yang kamu sudah maklum tetapi aku baru sahaja jatuh cinta denganya =). Masih lagi di dalam kajian dari segi modal, designing, man power dan marketing. Dan ia adalah salah satu projek di bawah naungan RMTS (Reza Mohyin Trading & Service) selepas projek Langkawi, web directory dan juga KBB.
Apa pendapat kamu orang dengan ROI???
Posted in Featured

ROI=return of investment. Setiap bisnes yang kita jalankan perlu selalu beringat pada ROI, kalau tak untung baik tak payah berniaga..buang masa shaja.. Jika anda berniaga online or offline keuntungan bersih kamu hanya sekitar 3%, ye benar kamu membuat keuntungan dari perniagaan itu.. akan tetapi lebih baik anda simpan sahaja duit itu dalam ASB keuntungan sudah tentu lebih 6%.. lebih baik simpan sahaja duit itu..
Bagus dan logik betol cara ko boss. aku sangat tertarik. tula, ada orang dia tak takut dengan modal yang besar untuk memulakan bisnes…tapi bukan bagi aku. maybe belum ada sifat kamikaze kot kat jiwa ni =P
Bagi saya sebelum melangkah ke alam pernigaan perlu dulu buat on paper apa yg ingin kita lakukan, tgk ROI yang kita jangka akan dapat supaya ianya tidak tersasar dan yang penting adakah ianya berbentuk jangka panjang.
Business plan memang sangat penting untuk tentukan hala tuju perniagaan. Kadang2 on paper dah cun, tp bile run macam tak sama je dengan plan awal. Tu yang kite kene ambik perhatian
Pergh tahniah..aku sangat kagum dengan ang..memang darah yang mengalir dalam tubuh ang memang berDNA bisnes…aku yang baru menjengah umor 25 baru nak merangkak memahami selok belok biz…byk bnda yang xtau lg dan kena belajar..
mi, ramai lagi yang lebih hebat di luar sana =). Minat mengatasi segala-galnya. Semua orang boleh lakukanya =). yang penting eager to learn something new.