Takut: Tidak perlu rasanya

Posted by boy_bersahaje on January 17th 2010
takut seh Takut: Tidak perlu rasanya

Waaa!

An aversion to a person, place, activity, event, or object that causes emotional distress and often avoidance behavior. healthline.com

Takut. Semua orang ada perasaan takut. Cumanya, perasaan itu mampu dikawal oleh mereka dengan baik atau tidak. Kita mampu untuk mengawal dan menguasai takut andai semangat kita kuat. Takut lawanya berani. Berani ini umpama hero yang menyelamatkan perasaan takut itu. Cuba hayati gambar di atas, takut betul budak hitam itu kan. Aku sering tergelak andai melihat saje gambar itu. Sepanjang penulisan entri ini, gambar tersebut sentiasa di tutup untuk mengelakkan hati aku jadi gelap disebabkan terlalu banyak ketawa.

Takut menyebabkan kita berhenti melakukan sesuatu yang kita minat atau lebih buruk lagi menjauhkan dari peluang yang terbuka. Apa maksud nya? Sesuatu peluang yang terbuka tetapi ia pernah menjadi igauan ngeri untuk seseorang itu mencuba dan terjebak. Ada juga perasaan takut timbul disebabkan cerita-cerita dari mereka yang dah berpengalaman atau prediction semata-mata. Prediction yang salah umpama ‘kalau aku buat nanti..’ mestilah kita buang jauh-jauh. Belum cuba belum tahu. Dah cuba baru tahu. Kadang-kadang perasaan ini yang menyebabkan kita tak pergi jauh dan sukar untuk menempa kejayaan. Mereka yang berani cuba dan gagal adalah mereka yang disanjungi.

Takut. Dalam dunia internet, banyak masalah dan komplikasi akan berlaku. Berani berhadapan dengan sebarang masalah dan tegar untuk menyelesaikanya dengan berfikiran terbuka. Takut untuk memulakan langkah pertama hanyalah amat merugikan semata-mata. Takut untuk berhadapan dengan advertiser luar, berkongsi idea-idea, meluahkan pendapat dan tentangan, berkawan dan melakukan sesuatu yang baru. Tapi kenapa takut yang anda fikirkan? Cuba kita tinggalkan perasaan takut tu sebentar dan merenung sejenak…Bila perasaan takut tiada, dapatkah anda bayangkan kejayaan dan hasil yang bakal kita rasai di kemudian hari? Hasil titik peluh dan keberanian kita, kita bukanlah lagi di takuk yang lama. Buangkan sikap ‘kalau’. Pedulikan dengan sebarang komplikasi yang akan berlaku. Kita punyai otak untuk berfikir dengan baik dan bersahaje. Tiada apa yang perlu di kusutkan. Just do it and feel it! Dah buat baru kita dapat improve sama ada sistem, customer service, kekurangan produk dan sebagainya. Tiada perniagaan atau kehidupan yang sempurna. Kesempurnaan atau hampir sempurna terjadi bila kita belajar dari kesilapan yang lepas.

Takut. Takut dimaki, diherdik, dikutuk, gagal, diketawakan,tersungkur…Ahhhh persetankan semua itu. Apa yang mereka dapat. Mahu kah kita membenarkan semua telahan dan tindakan dengan membiarkan diri kita tersungkur dan mendapat benjol di kepala? Tidak kan? Jadinya, dari herdikan itu semua, membuatkan ketakutan sudah tiada lagi kerana, kerana kita dapat menukar dari ketakutan kepada pengalaman yang sangat berharga, dari kebencian dan kemakian kepada sanjugan dan kepuasan hati mereka. Nahhh! Ini barulah betul. Dari langsung takut untuk mencuba sudah menjadi berani untuk menerima kekalutan yang akan terjadi. Sebabnya, kita telah mulakan langkah pertama iaitu…

BERANI

Posted in Featured

Comments

  • Jmay Jmay http://www.jmayz.com Posted on: January 17, 2010 at 12:06 pm

    Fuh..rasa cm baca buku motivasi plak..hehe..btul tuh boy..rmai yang takut nak mengambil risiko..padahal..disebalik risiko tuh la terletaknya kemanisan berusaha.. :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: January 17, 2010 at 12:10 pm

      @Jmay, Perasaan takut mengalahkan perasaan untuk rasa kemanisan tu sume.So, bantai je. Biaq pi apa yang akan jadi. Yang penting plan mestila yang terbaik dari ladang!

  • booguestwarrior booguestwarrior http://www.cheaptravelstyle.com Posted on: January 18, 2010 at 6:50 pm

    “you become what you think”…anda setuju x?

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: January 18, 2010 at 7:39 pm

      @booguestwarrior, Yup, betul tu :)

  • Wan perlis Wan perlis http://kemanaarahkita.blogspot.com/ Posted on: January 18, 2010 at 10:29 pm

    jangan takut nnt kita susah nak maju.
    lebih parah lagi bila takut + pengecut.
    takut adalah perkara yg terbawah dalam kamus hidup ak

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: January 19, 2010 at 1:06 am

      @Wan perlis, bagus tu Wan. Tapi, kadang2 cakap tu lebih mudah dari nak lakukan. Yang penting semangat kene kuat :)

  • Shaffik Shaffik http://shaffik.com Posted on: January 19, 2010 at 12:36 am

    Pergh best gila baca entri ni. Memang, perasaan takut untuk bersaing itu harus di buang dalam diri kita. Kenapa takut untuk bersaing? Mereka juga manusia biasa kan? Apa masalahnya? Jika takut mencuba memang tak ke mana beb.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: January 19, 2010 at 1:08 am

      @Shaffik, Betul tu Shaffik. even kite ni kecil, kita kene bersaing dengan bijak. Jangan membabi buta sahaja. Yang penting planning mesti kukuh dan sedia dengan kekautan mental dan fizikal.

  • titan titan http://earncent.com/blog Posted on: February 20, 2010 at 12:35 am

    takut bini. hehe..

  • yazidyahaya yazidyahaya http://www.strategiblog.com Posted on: April 19, 2010 at 11:19 pm

    berani buat ,berani tanggung…berani ambil risiko,hati mahu kering!

  • mijie mijie http://www.muhammadtarmizi.com Posted on: May 04, 2010 at 8:14 am

    “jangan berumah ditepi pantai kalau takut dilanda ombak”

    pepatah tu mungkin masih relevan lagi…takut? pecahkan perasaan tersebut

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.