Backlinks: Masih ramai yang keliru
Posted by boy_bersahaje on July 15th 2010Backlinks dan SEO. Ada ke beza? Ada sebab backlinks adalah nadi SEO dan SEO ada pelbagai cara dan teknik. Backlinks juga sebahagian dari SEO tetapi ia dah merangkumi 80% daripada SEO. Kenapa masih ramai yang amsih keliru dengan backlinks dan SEO? Mungkin kerana mereka masih kurang membaca dan ada juga yang tidak kurang mengganggap dirinya dah mengetahui segala-galanya atau mungkin juga yang malas nak ambil tahu.
Aku sendiri admit, bahawa banyak lagi ilmu SEO yang masih aku perlu pelajari. Sebab itu, aku masih lagi selalu membuat appointment secara online setiap minggu bersama orang yang lebih pakar dan telah lama berkecimpung dalam dunia SEO. Buat pengetahuan kamu, teknik SEO ini tidak akan kekal. pelbagai teknik dan algorithm baru yang diperkenalkan Google hampir setiap bulan. Mengapa ini berlaku? Jawapanyaialah untuk menyekat kepada spammers di luar sana yang sangat licik dan pandai dalam mengatur strategi meningkatkan ranking web mereka.
Kepada mereka yang masih terkapai-kapai dan buntu mengenai backlinks, aku sarankan buang la sikap ego dan malas kamu, download la ebook Asas yang ditindas yang aku sendiri tulis. Sangat rugi kerana ia ditulis dengan cukup lengkap setiap elemen dan kepentingan backlinks seperti kepentingan backlinks, kepentingan anchor text, jenis-jenis backlinks, apa itu page rank, apakah perkara yang menyumbang kepada pagerank dan apakah yang menyumbang kepada peningkatan ranking dalam SERP. Mungkin mereka merasakan produk PERCUMA tidak memberikan faedah seperti produk berbayar =). Terpulang pada kamu. Ini salah satu cara aku menyumbang sesuatu yang bermanfaat pada masyarakat.
Jangan kita melakukan sesuatu tindakan bodoh kerana kekurangan ilmu. Belanja besar tapi hasil sangat menyedihkan. Dah pernah baca eBook Asas yang ditindas (AYD)? Apa pandangan kamu orang?
Posted in Google


Thanks bro.. aku dah download..
@samdaddycool, Xde hal boss!
thanks bro.aku baru nak try download.harap-harappandai la aku. skang ni aku memang dah jadi pengunjung setia blog ni.hehehe