Boleh Saya Bantu?: Tiba Masa Kamu Bertanya Sekarang (Part 2)
Posted by bersahaje on October 12th 2010Maaf beribu-ribu maaf aku pohon di atas kelewatan mengemas-kini RezaMohyinDotCom. Ini disebabkan pelbagai urusan kehidupan duniawi telah berlangsung selama hampir 2 minggu. Selain daripada sambungan Internet yang baru sahaja masuk di rumah. Walaupun begitu, setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada semua pengomen dan yang sudi bertanya dengan lebih lanjut sama ada di kotak komentar untuk entri yang lepas, email mahu pun di Formspring.
Ok kita teruskan sesi kali ini dengan menjawab pertanyaan daripada Azrol. Soalan beliau berbunyi begini:
Kalau blog kita mendapat result macam ni di google “Page 4 of about 8,450,000 results” apakah yg perlu kita lakukan supaya blog tu dapat tersenarai di first page?
Seperti yang biasa telah ditekankan dalam eBook AYD (Asas Yang diTindas), ibu kepada segala kerja-kerja untuk menaikkan kedudukan pada SERP adalah BACKLINKS, BACKLINKS dan BACKLINKS. Tetapi sebelum kita memulakan kerja-kerja pembinaan backlinks, pastikan ON-PAGE SEO telah dilengkapkan pada web tersebut. Berikut adalah beberapa siri entri berkaitan dengan ON-PAGE SEO:
- Tips SEO: Asas Yang Perlu Kita Ketahui (Bahagian 1)
- Tips SEO: Asas Yang Perlu Kita Ketahui (Bahagian 2)
- Meta Tags: Apa, Bila Dan Bagaimana?
- Meta Tags: Teknik Berkesan Menulisnya
Selepas ON-PAGE lengkap, barulah tiba masanya untuk melebarkan sayap dengan membina backlinks. Pastikan backlinks kita menggunakan keywords/ anchor text yang hendak di OPTIMIZEKAN.

SOALAN KEDUA dari Abang Mizi:
Pembinaan backlink, apakah cara yang terbaik untuk melakukannya?
Soalan ini agak umum sebenarnya. Bagi aku, tiada backlinks yang terbaik melainkan backlinks dari in-content-links. Apa itu In-contents-links? Ia adalah backlinks yang terdapat pada isi kandungan dalam entri blog mahu pun dalam sesebuah artikel di dalam web atau direktori. Sebabnya, ia adalah link yang sangat-sangat relevant dengan isi kandungan. Google sangat sukakan links yang berada di dalam isi kandungan kerana memberi banyak faedah kepada pencari info dalam menyelesaikan masalah mereka.
Suka untuk aku ingatkan di sini ialah, Google=RELEVANT. Jadinya, mana-mana web atau blog yang sangat-sangat relevant adalah web yang sangat disukai oleh Google.
SOALAN KETIGA dari DnoBiz:
Untuk 1 blog boleh gunakan beberapa keyword, tapi adakah kesemua keyword tu dibuat untuk satu entri atau setiap keyword memerlukan satu entri yang berlainan? Adakah 1 keyword untuk 1 page?
Keywords boleh digunakan di mana-mana sahaja di dalam blog kita. Persoalan keywords hendak diletakkan di mana dan bila telah pun terjawab sebenarnya.
Tetapi dalam persoalan Dino, aku anggapkan ia berkaitan dengan blog personal. Seperti blog ini. Untuk blog ini, setiap entri atau post adalah terdiri daripada keywords yang berlainan dan mempunyai target yang tersendiri. Bermakna, ia bercampur aduk. Kamu orang boleh lihat sendiri dengan setiap entri yang telah diterbitkan. Tetapi rata-rata entri adalah berkaitan dengan blogging dan SEO.
Jadinya, untuk persoalan Dino tadi, ia terpulang apda empunya blog sama ada untuk menggunakan keywords pada setiap entri, page atau keseluruhan blog tersebut. Sebaik-baiknya, jika kamu orang membina niche blog, gunakanlah hanya satu jenis keywords sahaja untuk keseluruhan blog. Boleh teruskan pemahaman dengan membaca entri Keywords Research: Bila dan bagaimana, Sambungan…
SOALAN KE-EMPAT dari AimaNajmy:
Kalau kita berforum di forum high atau low pr.. dan kita letak signature link blog kat posting..pastu kalo kita kerap buat posting..misalnya 100 posting..maknanya akan keluar 100 backlink ke bila check backlink?
Ho ho ho yeah. Ini soalan perangkap dan soalan yang boleh mendatangkan kebingunggan sebenarnya. tetapi secara asasnya backlinks forum boleh diterangkan seperti berikut:
- Satu backlinks di 1 forum, sama juga nilai backlinks dengan 100 backlinks di forum yang sama. Ini kerana ia terletak pada IP address yang sama.
- Cumanya, jika kita letakkan hanya satu backlinks sahaja, kebarangkalian untuk di index oleh google adalah sangat rendah. Sebab itu kita perlukan backlinks yang banyak.
- Backlinks yang banyak dibina pada forum sebenarnya lebih di khaskan untuk menarik traffic dari forum tersebut. Dan bukan ia bertujuan untuk menaikkan ranking pada SERP.
- Ini kerana, backlinks pada signature mempunyai high visibility pada pembaca-pembaca forum.
Jelas tak dengan konsep dan tata-cara backlinks forum? Bermakna, backlinks yang banyak, yang terbina pada satu IP address sahaja tetap dikira satu backlinks sahaja:). Jadinya, ubahla persepsi backlinsk pada forum adalah untuk menarik traffic dari forum tersebut dan bukan untuk tujuan dominasi SERP.
p/s: 2-3 hari lagi, satu contest akan dianjurkan. So, harap nya kamu orang dapat bersabar akan pengumumanya nanti ye =)
Posted in Google, SEO

pergh…memang lengkap lah jawapan yg diberikan…relevant…itu perkataan yg paling sesuai utk backlinks. hehe…ini tak…sibuk buat backlinks…tp content tak relevant…mmg google anggap spammer backlinks la…google tak suka kan…btl tak boy?
Relevant backlinks adalah the ebst. tapi kalau x dapat yg relevant takpe. Yang penting anchor text dan keywords backlinks tersebut. focus pada keywords yang kita nk rank kan.
Spam backlinks memang tak berapa bagus. Silap2 boleh jatuhkan rank sesebuah web huhu
itulah pasal, kadang2 aku risau gak sibuk duk buat backlinks. tersilap langkah. hehe
Erm. Nice info Bro…… Keep it up……
Thanks uncle =)
boy, berkaitan persoalan aiman tue..adakah konsep yang sama diaplikasi pada blog, katakan link hasil dari pada sesebuah blog adalah dofollow, jadi sebab dofollow, kita pun selalu la komen, dalam 100 komen di blog tersebut katakan.
Adakah ia hanya dikira sebagai satu? sebab komen pada blog yang sama, no 1P pun sama. Macam tue ke?
yup, 1 IP 1 backlinks =)
ip address yang berlainan… owh mcam tuh…kalau sama tak dikira lah ek..
dikira sebagai satu zik.
OO silap besarlah kalau harap backlink dari forum sangat la ek boy.. baru tau…
Yup. kalau forum tersebut adalah daripada niche yg kita nk develop xpe. tapi hanya bergantung pada satu jenis backlinks apda satu forum, amatlah tidak berkesan walaupun backlinks kita beribu dalam forum tersebut
Memang jawapan tu dari pakar ..
Saya belum pakar =). Masih lagi belajar =)
ok sekarang aku dah faham boy, maknanya backlink ni kena jaga dari segi relevant yer…
bermakna kalau lah dapat anchor text dalam artikel…memang sedap la yer keyword untuk backlink tu
thanks boy
Yup, incontent links memang terbaek setakat ini =)
Lama ko menghilang.. hehe.. wah.. apakah contest itu?? anyway, perkongsian yg menarik ni..
ekekekeke…bese la dah ade komitmen baru. dah adapt nanti i’allah aktif kembali. Contest tu, masih lagi dalam perbincangan =))
akhirnya terjawab juga hehehe,
terima kasih bro
same2 kasih =)
Terima kasih untuk jawapan yg jelas dan nyata…
same2 azroll
ermm rasanya macam tak kenyang jer ilmu yang di berikan,..kalau dibanyakkan sesi soal jawap macamni kan bagus,..mungkin bro boleh bukak sekolah seo online..ermm
Saya dah buka forum. Boleh rujuk kat latest punya entri =)
Macam2 maklumat yg dapat. Terima kasih Bro.
p.s: t’nanti2 contest & tema blog. Hehe..
hehehe..sabar ye di…dah x lame dah tu
erm..baik ni..boleh disedut..
thanks bro..
p/s lama ak tak singgah sini..
banyak yang miss =)
Hehehehe, xnk miss subscribe je feedburner
dah subcribe..
ak je kot terlepas pandang..
banyak sangat yg sucribenye..hehehe
Hang mmg bagus la.. banyak info yg bermanafaat. wajib lawat blog ini.
Thanks mir…silalah datang lagi dan manfaatkan ilmu yg telah dikongsi =)
hehe, boy dah bz keje, same la geng. part time blogging la style gak.
ekekekeke…x sperti dulu naz =P
hehe, tapi ko still berblogging part time kan? lek ah boy, geng ah weh, ssh nak cr skunk org keje bleh blogging part time. agak2 byk ke? hoho
haish…manalah si boy ni…bz yerk dah keje ni…
hehehe aku ade leee…bz tu biasa lah sa
ko dah duk jb ke? bila nak balik perlis lg?
Tq boy aku dh paham huhuhu..terlmbt plak baca blog ang huhuhu…lagi byk different IP sumber backlink lagi terbaek laa kan… so kalo gigih berforum tuh just worthless ja la noh utk dr segi backlink
Yup, tapi bagus untuk direct traffic man
baru aku faham.nak tanya1 soalan.camna nak buat atau pastikan blog kita do follow.konpius la.
Ada plugins untuk tetapkan kawasan no or do follow blog. tapi klau blogspot tu aku x sure. leh search kat google
tq bro