Killerbacklinkbuilding: Apa khabar?

Posted by bersahaje on July 21st 2010

kbb Killerbacklinkbuilding: Apa khabar?

Setiap hari, kami; team KBB sentiasa mendapat tempahan. Kalau masuk hari gaji, lagi banyak tempahan yang kami dapat. Pihak admin kami hanya terdiri daripada 3 orang, Reza Mohyin sebagai pengasas dan juga mastermind, Hafiz Arshad sebagai customer sales dan marketing dan akhir sekali bunga Team KBB, Nor Ashbahani menguruskan bahagian education department. Ke tiga-tiga orang yang telah disebutkan tadi merupakan tunjung utama Team KBB. Walaupun rase macam nak hired lagi 2 orang, tapi aku masih hold dulu niat tersebut. Rasa macam tak cukup tangan dan masa tapi itulah sebenarnya keseronokan yang tidak dapat aku tuliskan di sini.

Kita berniaga sebenarnya adalah kesibukan. Kalau tak sibuk bukan berniaga. Kata-kata papa aku selalu berlegar dalam kepala. Betul juga cakap papa aku tu. Atleast, kita jangan terlalu mengaggap sebagai boss. Overhead syarikat mesti dikurangkan semaksimum yang mugkin untuk meraih keuntungan yang optimum. Jadi, sebagai mastermind, pelbagai plan dibuat dari segi marketing, cost overhead, cash flow, maintenance fees macam paypal, autoresponder, billing, masa dan sebagainya mesti diambil kira sebelum sesebuah kempen dijalankan. Alhamdulillah, walaupun kami tidak mempunyai pejabat, rumah yang perlu di sewa, elektrik yang perlu dibayar, tetapi kami tetap mengira itu semua untuk planning yang lebih jauh.

Apa kerja aku sebagai mastermind? Pertama ialah account dan cash flow. Aku perlu pastikan Team KBB mempunyai fund yang cukup untuk membayar pekerja seramai 22 orang, dan 3 orang admin. Selain dari itu, aku akan design pakej-pakej yang bakal dan telah ditawarkan oleh KBB. Mencari sumber dan peluang yang baru pasaran dan yang paling berat menjaga dan meneliti setiap quality hasil daripada kerja-kerja pekerja kami. Tidak ketinggalan, mengadakan perbincangan bersama expert SEO seluruh dunia sekurang-kurangnya 2 kali sebulan untuk memastikan method dan skill yang kami gunakan tidak ketinggalan dan lapuk dek makan masa.

Hafiz Arshad? Dia adalah sebagai customer service dan juga sales. Customer adalah kerja nya. Sales juga adalah kerjanya. Kalau tak ada sales, dia kena jawab dengan mastermind. Memberi laporan secara bertulis setiap hujung minggu selepas menganalisa trend cash flow. Dia juga akan sentiasa berdepan dengan customer yang tidak puas hati atau laporan dari customer. Segala bentuk marketing dia akan handle. Tapi buat masa ini dia lebih banyak focus pada market luar negara. Dalama negara, mastermind yang selalu kena buat. Hafiz juga, mencari partner untuk bekerja sama untuk memastikan nama KBB kukuh dari segi kualiti dan juga harga.

Untuk cik bunga kami pula, Nor Ashbahani, kebanyakan kerja nya hanyalah menulis surat jualan, email follow up, menyusun ayat-ayat marketing dan pelbagai lagi cara untuk mengajar atau educate kan masyarakat mengenai backlinks dan SEO. Kalau kamu salah seorang yang telah membaca buku percuma keluaran kami iaitu AYD, mesti kamu kenal siapa Nor Ashbahani.

Alhamdulillah, 90% official site KBB telah siap. Web site pertama adalah untuk market luar selain dari Malaysia. Dan second website kami, iaitu untuk pasaran tempatan masih lagi dibangunkan dan kami telah mengambil Nurul Luvlee sebagai designer utama kami =). Tidak lupa juga, untuk website ini (pasaran tempatan) kami menggunakan sistem MiniNiaga yang telah dibangunkan oleh Flarebiz Network. Di situ, kami hanya menawarkan 3 pakej yang terbaik dari Team KBB. Bila nak launch? Bergantung pada designer dan juga sales letter =P.

Kepada kawan-kawan, aku harapkan support dan doa dari kalain agar Team KBB dan segala servis yang dilancarkan sentiasa segar dan terus maju. kalau ada apa-apa persoalan, cadangan dan sebagainya, boleh terus hantarkan email ke service[@]rezamohyin.com icon smile Killerbacklinkbuilding: Apa khabar?

Posted in Killerbackinkbuilding

Comments

  • sofian sofian http://sofiancheisa.com/blog Posted on: July 22, 2010 at 12:38 pm

    semoga berjaya dan terus berjaya :)
    asa jatuh, jangan putus asa..istiqamah tu penting :)
    ikhtiar+usaha+doa+tawakal=berjaya

    amin :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: July 22, 2010 at 6:36 pm

      Thanks ian…hang memang very supportive hehehhe

      • sofian sofian http://sofiancheisa.com/blog Posted on: July 28, 2010 at 10:54 pm

        hehehe..aku memang sentiasa support orang yang cekal :P takmau putus asa..sebab aku pernah rasa macam mana nak boleh dapat duit dengan tenet nih…bukan senang nak senang woo..tapi senang bila ada keyakinan…2002-2004 kegilaan zaman buat duit dengan IRC, ym and etc, pastu lain lak jadinya sampai tahap malaysia dibanned oleh clickbank pastu open balik, macam2 la eksperiment berjalan..hehehe..keyakinan tu la atasi segalanya…

        tapi sangat best bila dapat duit+tak lupa tuhan=Dia akan terus kurniakan lebih ilmu, lebih dugaan, lebih hasil…itu yang sentiasa diajar kat kita kan :)

        sekarang aku rasa nak upgred lak kuota kambing2 abang aku…nabi bela kambing supaya tahu rasa banyak bersabar…hehe..

        apalah aku merepek ni :P

        moral of story, if you get down at one time, don’t give-up, n stand still with your own way :)

        • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: July 30, 2010 at 1:30 am

          Dasat tol pengalaman ko. Sila tunjuk ajar saya =)

          • sofian sofian http://sofiancheisa.com/blog Posted on: July 30, 2010 at 4:52 am

            haha..takdak apa pun kat aku..simple pimple ja jah :P tak sepower hang tuh :)

  • Aqif Aqif http://www.aqifstrategi.com Posted on: July 28, 2010 at 9:55 pm

    Servis KBB memang terbaik dari ladang la! Tahniah diucapkan! :D

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.