written by boy_bersahaje on July 24th 2011

=)
Bagi mereka yang dah bekerja, hari Sabtu dan Ahad adalah hari terbaik untuk dihabiskan bersama keluarga tercinta. Ada juga pada hari Sabtu yang bekerja. Hari Ahad dan Sabtu adalah hari yang sangat dinanti-nantikan. Walaupun bidadari aku berada jauh dari aku, banyak juga aktiviti yang boleh aku jalankan di rumah. Hampir 90% waktu aku dihabiskan di rumah. Tengok movies, makan-makan, kemas rumah dan bilik, basuh baju dan yang paling utama, buat kerja naikkan ranking blogs dan juga client’s web.
Kalau dulu, masa remaja, masa sebelum kahwin, banyak masa aku dihabiskan untuk lepak luar dengan teman-teman. Tengok wayang, karoke, ngeteh dan paling banyak; main senuker. Kadang-kadang balik rumah lewat malam. Biasalah, darah masih muda, semua nak rasa. Bila fikirkan balik, rasa sayang pula masa yang telah dibazirkan. Kalaulah digunakan sepenuhnya kepada hal yang berfaedah, mesti banyak untungnya $$$. (more…)
Posted in Bersahaje, Diari
written by boy_bersahaje on July 5th 2011

Jam sekarang menunjukan pukul 8.23pm. Sementara menanti backlinks yang baru dibuat untuk dihantar ke RSS, aku meringankan beban jari untuk menulis luahan hati pertama kali berjauhan dengan si bidadari. Ya, bidadari setelah kami diijabkabulkan
Tak pernah selama ini aku rasa rindu sebegini rupa. Betul la kata kawan-kawan, lepas kahwin, perasaan akan menjadi lebih dahsyat. Rasa macam pertama kali bercinta. Betapa hangatnya cinta dan rindu ini, hanya tuhan sahaja yang ketahuan. Nak buat bersahaje, tapi tak terdaya. Hanya gambar dan telefon sebagai ubat rasa rindu.
Terhenti penulisan…baru je call si bidadari…uhhh kurang sikit rasa rindu… (more…)
Posted in Bersahaje, Diari
written by boy_bersahaje on July 4th 2011

Alhamdulillah, selepas detik-detik yang paling indah pada bulan lepas- upacara pernikahan bersama isteri tercinta; kini hidup aku lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Rasa lebih tenang dan semangat kembali pulih dari hari ke hari. Motivasi yang sentiasa tinggi dalam hal kerja dan juga kehidupan seharian. terima kasih isteri yang sentiasa memberi semangat dan sumber inspirasi untuk otak aku kembali bekerja dan berfikiran lebih optimis.
Banyak try & error yang telah terjadi pada tahun lepas. Orang cakap kalau tak buat, kita tak akan rasa dan grab experience. That’s true. dari situ, lebih banyak aku belajar dari kesilapan. Kesilapan yang memberi 1001 jalan dan idea untuk terus berfikiran positif tanpa pandang belakang.
Mungkin entri ini bukanlah tip blogging terbaik yang aku kongsikan. Tetapi hanyalah sebuah diari yang lebih ke arah motivasi; sama ada untuk diri aku dan juga untuk pembaca rezamohyindotcom. (more…)
Posted in Arena Blogging, Bersahaje, tip blogging terbaik