Penggiat Jual Barang Online: Kamu Orang Memang Sempoi!

written by boy_bersahaje on November 18th 2010

Sekarang, pelbagai jenis barangan dijual secara online dengan sangat bersahaje! Aku memang teruja dan kagum dengan sifat usahawan yang ada pada diri mereka. Mana kan tidak, pembeli dan juga permintaan yang sangat menggila untuk pasaran online, sangat-sangat la tinggi dan mereka pandai mengambil kesempatan ini untuk mencari rezeki.

Ok, bagi pendapat kamu, apakah medium yang sedang hangat digunakan oleh usahawan-usahawan ini? Antaranya ialah Facebook dan juga blogspot. Bijak dan sangat terbaik untuk permulaan menjalankan bisnes secara sampingan. Tetapi, kenapa tidak sahaja gunakan eBay atau mudah.my sebagai tempat untuk kita menjual secara online? Bagi aku, semestinya bagus. Tetapi, pelbagai rules yang ketat dan juga kekangan dari segi produk dan juga kuantiti menyebabkan ramai golongan ini lebih memilih kepada medium percuma. Selain daripada kekurangan knowledge dan skill untuk menjual di situ.

Tetapi, tahukah kamu orang, bahawa, sekarang ini terdapat beberapa sistem eCommerce yang sangat mudah dari segi installation mahupun pengurusan (management). Semudah kita mengendalikan blog wordpress! Dari segi cost dan juga friendly SEO sudah terbukti amat berkesan dan memuaskan hati. Ada juga para usahawan penjual barangan secara online mengeluh dengan sistem terkini eCommerce yang menelan belanja yang sangat tinggi. Sehingga bagi mereka, lebih baik jika membuka kedai secara offline dengan menyewa sebuah kedai. (more…)

Posted in eCommerce

Pasaran Malaysia: Sudah Tepu Ke?

written by boy_bersahaje on November 7th 2010

Oppsss! Aku minta maaf di atas keterlanjuran sikap aku yang membiarkan RezaMohyinDotCom ini menjadi pusat ternakan burung merpati dan juga tikus icon razz Pasaran Malaysia: Sudah Tepu Ke? . Bukan disengajakan, maklumlah sekarang aku sudah pun mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pekerja kilang. Masa sangat lah suntuk aku meng online kan diri.

Masuk kerja bermula jam 8.30am dan berakhir pada jam 6.00pm. Itulah rutin harian aku bekerja sebagai seorang pencacai di kilang milik warga Amerika. Bukan bermakna aku sudah hilang minat dengan dunia bisnes online, tetapi bagi aku belum masanya untuk aku menyerahkan sepenuh masa aku bekerja sendiri sebagai usahawan internet sepenuh masa. Sampai masa dan target, I’allah segalanya akan terjawab.

Namun begitu, beberapa siri eBook percuma telah pun bermula penulisanya. Ya, masih lagi dalam niche SEO tetapi aku akan mengetengahkan eCommerce atau shopping cart sebagai satu medium terbaru dalam penulisan tersebut. Mungkin ia adalah sesuatu yang agak mencabar untuk aku yang masih terkial-kial, tetapi itulah cabaran yang membuatkan ia lebih seronok untuk diteroka icon smile Pasaran Malaysia: Sudah Tepu Ke? . (more…)

Posted in Arena Blogging, Bersahaje, Shopping cart

Malas: Apa Penyebabnya?

written by boy_bersahaje on October 26th 2010

Kamu orang dah daftar forum resmipadi.com? Belum kan? Terus daftar di sini

Ada sahaja masa dan detik tertentu sifat kemalasan menghantui diri kita. Walaupun di awal langkah, kita begitu bersemangat dan mampu menidakkan sifat malas, tetapi seringkali juga kenalsan datang menyerang bertubi-tubi. Ahhh! Malasnya…apa yang nak aku buat ni. Sampai satu tahap kita semacam tidak mampuĀ  nak buang jauh-jauh sifat dan sindrom tersebut. Walaupun sebenarnya kita sendiri tahu, keburukan dari sifat malas, kebencian kita pada sifat malas. tetapi, kita susah untuk membuang nya dengan bersahaje.

Ya, aku pun selalu juga dijangkiti sifat keji ini sedang kan idea bertimbun-tuimbun datang untuk melakukan sesuatu. Tetapi sifat ini mampu untuk aku menidakkan idea dan seterusnya melumpuhkan perancangan yang baik. Baiklah, pada pendapat kamu orang yang lebih arif dari aku, bagaimana cara kamu orang menepis sifat malas ini dan mampu untuk menyiapkan satu tugasan atau perancangan? Macam biasa lah, perangai aku memang suka mendengar dan membaca pendapat yang pelbagai.

Cara aku pula simple but not available. Aku tidak melayan perasaan malas. Au melawan kata hati yang malas. Aku buat ‘dunno’. Tetapi kadang-kadang tumpas juga dengan nya. Berikut adalah beberapa faktor yang menundang kepada kemalasan yang biasanya datang menziarahi aku: (more…)

Posted in Bersahaje
Copyright © 2010 Reza Mohyin.