Forums Kami: ResmiPadi.com Satu Alternatif Baru Untuk Kamu

written by boy_bersahaje on October 22nd 2010

Masih ingat lagi entri Forum Survey: Kawan-kawan Tolong Saya Boleh?

Setelah berhempas pulas bersama mengharungi badai yang menggila (cewah ayat macam penyajak!) akhirnya, satu forum khas yang membincangkan mengenai webmaster dan blogging telah berjaya ditubuhkan. Berkat kerjasama rakan-rakan dan bloggers pakar yang lain icon smile Forums Kami: ResmiPadi.com Satu Alternatif Baru Untuk Kamu

Oh ya, janganlah kamu orang berfikiran ini bukan untuk kamu. Walaupun kamu masih baru dalam bidang ini, inilah peluang untuk bertanya dan berkongsi apa jua permasalahan dan pendapat. Dari sini I’allah aku sebagai founder akan berusaha mencari mereka yang lebih arif untuk menyelesaikan permasalahan atau apa jua bentuk perkongsian.

Setakat ini, ada lebih kurang 15 moderator yang akan memantau segala aktiviti kita di forum tersebut. Memantau bermakna meihat dan membantu, menulis dan berkongsi, bersosial dan mengeratkan silaturrahim sesama bloggers dan webmasters.

(more…)

Posted in Arena Blogging, Google, Killerbackinkbuilding, RezaMohyinDotCom, SEO

Boleh Saya Bantu?: Tiba Masa Kamu Bertanya Sekarang (Part 2)

written by boy_bersahaje on October 12th 2010

Maaf beribu-ribu maaf aku pohon di atas kelewatan mengemas-kini RezaMohyinDotCom. Ini disebabkan pelbagai urusan kehidupan duniawi telah berlangsung selama hampir 2 minggu. Selain daripada sambungan Internet yang baru sahaja masuk di rumah. Walaupun begitu, setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada semua pengomen dan yang sudi bertanya dengan lebih lanjut sama ada di kotak komentar untuk entri yang lepas, email mahu pun di Formspring.

Ok kita teruskan sesi kali ini dengan menjawab pertanyaan daripada Azrol. Soalan beliau berbunyi begini:

Kalau blog kita mendapat result macam ni di google “Page 4 of about 8,450,000 results” apakah yg perlu kita lakukan supaya blog tu dapat tersenarai di first page? (more…)

Posted in Google, SEO

Persoalan SEO & Backlinks: Ini Jawapanya

written by boy_bersahaje on September 27th 2010

Entri ini adalah kesinambungan untuk entri yang lepas. Walaupun sambutan tidak berapa menggalakkan, tapi cukup lah untuk kemampuan aku seorang yang akan menjawabnya. Terus terang aku katakan, ada juga beberapa soalan yang memerlukan untuk aku mengkaji dan meneliti dari sumber-sumber lain untuk menjawab soalan-soalan kamu orang dengan sebaiknya icon smile Persoalan SEO & Backlinks: Ini Jawapanya . I like this kind of challenge.

SOALAN PERTAMA:
Antara software dengan manual submit untuk dapatkan backlink, mana lebih bagus?…sofiancheisa.com/blog

JAWAPAN:
Di awal penglibatan aku dalam dunia SEO dan backlinks, aku sangat skeptikal dengan auto generate backlinks. Sebabnya, kebanyakkan backlinks yang terhasil adalah berbentuk spam. Ini sangat merbahaya dari segi Google trust dan boleh menjatuhkan ranking sesebuah web.

Tetapi, pertemuan (dalam YM) aku dengan seorang uncle bernama John dari US yang kepakaranya adalah dalam pembinaan software backlinks, telah merubah perspektif aku tersebut. Beliau ada menyenaraikan beberapa software yang sangat baik dalam penghasilan backlinks seperti, xrumer, senuke, Backlinks Index Express, Demondbookmarking dan beberapa yang lain sebagai software yang terbaik untuk penghasilan backlinks. (more…)

Posted in SEO
Copyright © 2010 Reza Mohyin.