Forum Survey: Kawan-kawan, tolong saya boleh?

Posted by boy_bersahaje on August 29th 2010

blogger dan forum Forum Survey: Kawan kawan, tolong saya boleh?

Sudah hampir sebulan Poll atau undian kat sidebar sebelah kanan dipasang. Tujuan aku cipta poll tersebut adalah untuk mengumpul suara ramai berkaitan dengan penubuhan forum yang bakal aku lancarkan.

Tetapi bukan dalam masa terdekat. Matlamat utama forum tersebut ialah sebagai one stop center kepada bloggers dan juga webmaster.

Boleh tak kamu orang menolong aku dengan hanya thick mana-mana niche yang kamu orang rasakan perlu dan terbaik untuk forum tersebut?

Ini bukanlah paksaan ya. Andai perlu aku akan tubuhkan. Kalau tidak mendapat persetujuan ramai, mungkin akan difikirkan kembali mengenai perancangan ini.

Mengenai forum tersebut, perancangan awal aku ialah untuk menyediakan satu forum yang sangat-sangat khusus kepada dunia blogs dan web. Tidak kiralah sama ada kamu ingin berkongsi ilmu atau ingin membeli perkhidmatan atau yang terbaik menyediakan perkhidmatan dan barangan. Sebabnya, aku belum jumpa forum yang berbahasa melayu yang fokusnya pada dunia webmaster.

Sudah semestinya aku memerlukan beberapa orang moderator dan rakan untuk manage forum ini. Tiada langsung unsur-unsur skim cepat kaya atau scam seperti cerita hidup seorang blogger; blogger yang terdesak.

Contoh-contoh topik thread yang akan dibangunkan ialah seperti:

  • Themes
  • SEO
  • Copy-writer
  • Blogging
  • WordPress, blogspot, joomla dan lain-lain
  • web development
  • marketing

Kemungkinan ini hanyalah idea sahaja. Yang menjadikan ia kenyataan ialah support dan permintaan dari kalian. Jadinya, aku meminta jasa baik kamu orang untuk meluangkan masa selama kurang dari seminit untuk menjawab survey di bawah ini. Aku dulu kan dengan ribuan terima kasih icon smile Forum Survey: Kawan kawan, tolong saya boleh?

RezaMohyin.com akan membuka forum. Niche apakah yang anda ingin dipertengahkan untuk forum itu? (Boleh memilih lebih dari 1 jawapan)

View Results

loading Forum Survey: Kawan kawan, tolong saya boleh? Loading ...

Posted in RezaMohyinDotCom

Comments

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.