Terima kasih: Khas untuk pembaca dan pengomen kental!

Posted by bersahaje on August 19th 2010

blog traffic Terima kasih: Khas untuk pembaca dan pengomen kental!

Siapalah blogger tanpa sifu dan pengalaman,
Siapalah si terdesak, tanpa si tersepit,
Siapalah blog, tanpa pembaca yang setia.

Selama lebih setahun semasa aku mula menulis di RezaMohyinDotCom, perkara utama yang dikongsi adalah berkaitan dengan perihal blogging dan juga sedikit personal. Ya, memang aku tak nafikan, aku begitu berat tulang untuk update blog ini ketika itu. Sebabnya, ini hanyalah mengisi masa lapang dan bersuka-suki. Aku terlalu menumpukan perhatian lebih pada blogging niche blog. Semata-mata kerna sesuap nasi sebagai seorang pelajar. Banyak pahit dan manis ketika itu perlu aku harungi seorang diri. Lepas blogging, aku mula menampakkan diri untuk melebarkan lagi pengisian internet dengan membuka beberapa jenis networking. Networking seperti servis, web development produk dan juga kenalan. Bagi aku, itulah hakikat hidup seorang blogger!

Tetapi, bermula awal tahun 2010, aku mula sedar bahawa telah bermula tanggungjawab aku sebagai blogger untuk merealisasikan perjuangan yang selama ini aku idamkan; perjuangan membuka mata masyarakat mengenai dunia blogging yang terlalu luas dan bebas dari scam! Alhamdulillah, perancangan selama lebih 3 bulan untuk memiliki theme baru untuk blog ini telah pun berjaya. Dan dari situ lah, bermulanya peningkatan yang sangat positif dari segi traffic, komen dan feedback. Semuanya dari pembaca setia dan pengomen tegar yang sentiasa memberi satu semangat baru untuk aku memerah minda menghidangkan penulisan yang terbaik untuk kamu orang semua.

blog traffic2 Terima kasih: Khas untuk pembaca dan pengomen kental!

Alhamdulillah, traffic pada ketika ini telah naik mendadak. Bermula pada 2 minggu lepas, alexa rank blog ini hanyalah 1.7 juta dan terus meningkat ke hari ini sehingga mencecah 552k (mungkin lebih dari itu). Setiap hari tidak kurang dari 130 pengunjung unik dan mencapai secara purata 700 pageviews icon smile Terima kasih: Khas untuk pembaca dan pengomen kental! . Mungkin ini adalah nilai yang enteng bagi sesetengah blogger yang sememangnya sudah stable dari segi traffiknya. Tetapi ia adalah satu pemangkin bagi aku untuk terus memburu dan mengkaji sesuatu maklumat untuk terus menulis dan mempersembahkan kepada kalian semua icon smile Terima kasih: Khas untuk pembaca dan pengomen kental! .

Kesempatan ini, aku tidak akan sia-sia kan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung dan pembaca blog RezaMohyinDotCom, sama ada kamu Ghost readers atau visible readers, entri ini adalah khas untuk untuk kamu orang. Berikut adalah senarai pembaca yang memang bersahaje memberikan komen dan pendapat serta support yang terbaik!

kawan kawan Terima kasih: Khas untuk pembaca dan pengomen kental!

Fruitheart, Abang mijie, Kak jie, Sufian, Zik, bro eTomyam, Kulanz, Suri, Naz, Azuan, adamfaiz, rara, yam, hanif, azizan, yonna, zida, liza razak, eizil, bujang, aiman najmy, madlut, abang joe, adek, mrnamie, ibnujusup, azfarol, acapz, kay, papabear, ijad, shaffik, boss, syahrilhafiz, donnyien, wanmus, maliq, ezad, een, Ismail N, Hadi Rofiee, Fazli, nuaeman, aziq, Wan perlis, reezluv, diden, hafidz, kak dila, mummynana, titan, ladfe amir, Melz, Uncle azhar, bluedianthus, kawan-kawan dari facebook, search engine dan ramai lagi yang tak mampu untuk aku kredit kan di sini. Harapnya, janganlah berkecil hati ya. Semoga persahabatan ini akan kekal selamanya dan terus berpanjangan hingga ke dunia realiti icon smile Terima kasih: Khas untuk pembaca dan pengomen kental!

http://www.bluedianthus.com/
Posted in RezaMohyinDotCom

Comments

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.