Bounce rate: Apa dan bagaimana?

Posted by boy_bersahaje on September 2nd 2010

bounce rate Bounce rate: Apa dan bagaimana?

Traffic yang tinggi tidak bermakna ia adalah satu petanda yang bagus dan boleh untuk dibanggakan oleh seseorang blogger mahupun webmaster. Hidup seorang blogger adalah lebih kepada memberi daripada menerima. Setuju tak dengan apa yang aku perkatakan? Sebabnya, kita; bloggers sentiasa memberikan entri dan pendapat yang terbaik untuk pembaca.

Dan daripada situ akan wujud hubungan antara penulis dan pembaca. Tetapi, pernahkah kamu orang terfikir, bagaimana pula traffic yang datang bukan daripada hasil hubungan tersebut? Traffic dari search engine.

Ok, kita mulakan entri ini dengan pengenalan Bounce Rate. Secara kata mudah nya, bounce rate ialah pengukur kepada tahap berapa lama visitors ‘duduk’ pada sesebuah web. Nilai bounce rate yang rendah menunjukan web kita memang sangat relevant dan diminati oleh visitors.

bounce rate blog Bounce rate: Apa dan bagaimana?

Sebagai contoh. Aku mencari artikel berkaitan dengan ‘persiapan majlis perkahwinan’. Bila melihat pada hasil carian (SERP) aku berminat untuk klik pada Blog A. Sebabnya, Meta tags description yang dipaparkan sangat-sangat relevan dengan apa yang aku perlukan.

Tetapi dengan hampanya, bila mana aku masuk ke Blog A tersebut, apa yang diceritakan ialah mengenai persiapan perjalanan untuk ke majlis perkahwinan rakanya. Bermakna tiada langsung kaitan dengan apa yang aku cari. Jadinya, apakah tindakan aku? Aku akan terus keluar dari blog  tersebut dan mula mencari lagi.

Pada situasi seperti di atas, kamu orang boleh anggarkan berapa lama aku duduk pada blog A tersebut. Lebih kurang 10-15 saat sahaja. Maka, dengan bersahaja bounce rate Blog A akan melunjak naik.

Setelah aku mencari dan bermain dengan keywords yang sesuai, akhirnya aku berjumpa dengan fruiheart Blog B. Blog B menerangkan persiapan perkahwinan secara detail dari sebelum kenal fruitheart sehinggalah menimang cahaya mata.

Jadinya, berapakah angaran masa untuk aku ‘duduk’ di Blog B. Sekurang-kurangnya 15-30 minit. Sebabnya, contents sangat relevant dengan apa yang aku cari. Kata mudahnya, Blog B telah menyelesaikan masalah aku. Maka, dengan bersahaje bounce rate Blog B menurun.

Kamu jelas tak dengan penerangan tersebut mengenai idea bagaimana bounce rate diukur?

bounce rate Bounce rate: Apa dan bagaimana?

Bagaimana untuk mengurangkan Bounce Rate?

Jawapanya terletak pada contents dan juga appearance blog kamu. Tetapi untuk kali ini, aku akan menunjukan dengan lebih jelas mengenai pengaruh contents untuk mengurangkan tahap bounce rate blog.. Berikut adalah beberapa cara yang aku praktikkan:

  1. Meta description yang relevant dengan topik yang ditulis

Ada sesetengah bloggers, kerana ingin mendapatkan hits yang tinggi daripada Search engine, sanggup optimize meta tags description dan juga title blog dengan keywords yang tiada kaitan dengan contents. Bermakna, apabila visitors masuk ke blog tersebut, maka sepantas kilat mereka akan keluar kerana tiada langsung apa yang mereka inginkan.

Dalam hal ini, elakkan dari menipu visitors. Paling tidak pun, buat la satu entri khas yang berkaitan dan letakkan links  ke web lain yang lebih relevant untuk mereka meneruskan pembacaan.

2. Meletakkan entri yang berkaitan di sidebar blog atau di penghujung entri

Yup, ini adalah salah satu teknik yang terbaik untuk mengurangkan bounce rate. Gunakanlan plugins yang sesuai seperti related contents plugins.

Selain dapat mengurangkan bounce rate, ia dapat meningkatkan page views.

Tahukah kamu bahawa, titik terbaik untuk  kadar klik tertinggi adalah di mana titik tersebut adalah titik berhenti seketika. Iaitu di bawah setiap penghujung entri.

3. Gaya penulisan yang bagus

Agak sukar untuk bloggers memiliki tahap penulisan yang baik. Tetapi ini semua hanya perlukan latihan. Penulisan yang baik adalah penulisan yang mampu membuatkan pembaca mambaca entri dari pembuka hinggalah penutup. Bukankah penulisan adalah segala-galanya dalam blogging?

4. Interlinking

Interlinking adalah teknik yang terbaik dalam On page SEO untuk mengurangkan bounce rate dan meningkatkan page views. Apakah interlinking? Link bait adalah links entri-entri lama blog kamu yang diselitkan ke dalam entri dengan menggunakan keywords yang sesuai. Untuk memudahkan proses meletkakkn link pada keywords yang bersesuian. Aku sangat galakkan kamu untuk gunakan plugin Insight. Ada di ceritakan pada entri Blog: Adakah blog anda benar-benar blog?

Nah…Adakah kamu orang benar-benar faham dengan bounce rate? Bagaimana untuk melihat perkembangan bounce rate blog kamu? Pertama sekali kamu perlulah mendaftar kan diri di Google Analytics. Kemudian? Adakah perlu untuk aku menulis entri cara menggunakan Google anlytics selepas ini? Itu semua bergantung pada permintaan kamu orang di kotak komentar di bawah icon smile Bounce rate: Apa dan bagaimana?

Posted in SEO

Comments

  • Eizil Eizil http://www.eizil.com Posted on: September 02, 2010 at 12:12 am

    Macam terasa fikiran dibaca jer, sedang dalam usaha memperbaiki bounce rate untuk blog. setakat ni sudah menampakkan penurunan, google analytics banyak membantu untuk mengenalpasti entri yang agak bermasalah yang perlu diatasi…

    Dalam usaha untuk memperbaiki point 2,3 dan 4. Semoga bulan september ni akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 02, 2010 at 4:31 am

      Uhhh nice! Memang kena tengok once a week google analytics. Perlu untuk perbaiki macam2. memang terbaik la GA ni :D

      • Eizil Eizil http://www.eizil.com Posted on: September 02, 2010 at 1:12 pm

        aku GA ni memang dah jadi sebahagian daripada aktiviti bila takder kerja… :D kalau seminggu tu rasanya banyak kali gak tgk, terutama sejak blog masuk makmal tempoh hari

  • topo topo http://cisdel.com Posted on: September 02, 2010 at 12:26 am

    hohohoho tq bro.. dah lama aku cuba fikirkan apa maksud bounce rate ni.. jadi maknanya kalau bounce rate tu rendah lagi bagus ye.. okok terima kasih atas ilmu ini.. :D

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 02, 2010 at 4:26 am

      Yup, semakin rendah semakin bagus :) . Range terbaik untuk blog dalam lingkungan 0-45%. kalau dah sampai tahap 68% tu dah tahap yg membimbangkan :)

  • Billy Shaun Billy Shaun http://www.grinshare.com Posted on: September 02, 2010 at 1:44 am

    Bounce Rate is not how long visitor stays on site (thats called Visit); bounce rate tells you the percentage of people who have visited your site only once in a given period of time instead of repeat visits, it is very good measure for improving your site or blog performance.

  • Maliq Maliq http://drmaliq.com/ Posted on: September 02, 2010 at 1:47 am

    Yer bro..bounce rate amat penting bagi aku..kalo boleh lepas visitor baca..dorang terus bookmark entry aku..hehe

    p/s: Delete komen atas bro, tertekan pulakk

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 02, 2010 at 4:28 am

      Itu lagi terbaik. dapat return visitors

  • mijie mijie http://www.muhammadtarmizi.com Posted on: September 02, 2010 at 2:44 am

    aku suka sgt entri ni, boy ko dah jelaskan apa yang aku dah kabur

    aku nyer blog bounce rate 67.50

    time on site 3 minit

    huhuhu tgh nak kurangkan bounce rate lagi, tapi penat sbb nak buat entri sesuai dgn keyword yg dtg :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 02, 2010 at 4:29 am

      Aah bro, tinggi nilai tu. Better antara range 0-45%

  • boss boss http://www.hujanbatu.com Posted on: September 02, 2010 at 3:37 am

    tak update blog pun dapat bounce rate.. he he.. :P

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 02, 2010 at 4:27 am

      bounce rate x kire update ke x. dia ukur pada brape lame visitors tu stay

  • Hadi Rofiee Hadi Rofiee http://www.hadirofiee.com Posted on: September 02, 2010 at 8:20 am

    Salam.

    Fuh..berharganya info ini bg saya..

    Jika ditanya, saya ingin mengetahui cara menggunakan Google anlytics. :-)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 02, 2010 at 3:38 pm

      OK di, I’allah akan dijelaskan dalam entri yang akan datang ye :) . Thanks di

  • Shafawi Shafawi http://shafawi.com/blog Posted on: September 02, 2010 at 8:23 am

    Very good info bro. Cheers!

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 02, 2010 at 3:38 pm

      Thanks bro :) . Semoga dapat manfaat ya

  • bluedianthus bluedianthus http://www.bluedianthus.com Posted on: September 02, 2010 at 8:30 am

    Blog saya lagi teruk..bounce rate 75%, huhu..
    Terima kasih di atas info yang berguna ni ye boy..:)

  • azhar azhar http://letstayhealthy.net Posted on: September 02, 2010 at 8:55 am

    Wah. satu article yang sangat berguna ni. Dari post ni, saya dah boleh cari keyword/s yang lebih relevant bagi blog saya. Keywords yang relevant akan di transform kepada bounce rate yang rendah kan…

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 02, 2010 at 3:40 pm

      Yup tepat sekali tu uncle. keywords yang relevant dan contents, sangat2 penting untuk turunkan BR

  • meminlo meminlo http://www.meminlo.com Posted on: September 02, 2010 at 8:58 am

    Salah satu teknik adalah dengan meletakkan video bagi visitor tidak tekan exit button bila masuk web kita

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 02, 2010 at 11:57 pm

      betul tu man, dan teknik ni leih keapda visitor yang dah biasa masuk ke blog kita. nice man!

  • zam zam http://mrzamri.com/ Posted on: September 02, 2010 at 9:01 am

    huhu… aku nyer bounce rate mesti teruk kan…hehehe..nanti check

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 02, 2010 at 11:58 pm

      so cene? dah cek lom? kalau lebih daripada 65%, better cari solution untuk turunkan. kalau dah rendah, uuhhh terbaik la tu :)

  • HIDUP SEORANG BLOGGER HIDUP SEORANG BLOGGER http://blog.mohdisa.com/ Posted on: September 02, 2010 at 9:10 am

    Jadinya, berapakah angaran masa untuk aku ‘duduk’ di Blog A. Sekurang-kurangnya 15-30 minit. Sebabnya, contents sangat relevant dengan apa yang aku cari. Kata mudahnya, Blog A telah menyelesaikan masalah aku. Maka, dengan bersahaje bounce rate Blog B menurun.

    tu ada content salah, blog A ke blog B yang untung? hehe, sila betulkan ye sahabat.

    baru aku faham sekarang mengenai bounce rate, bounce rate aku tinggi lg, 63% tak silap aku. maybe sebab apa yg dorg cari terus ke page 404 hasil database lama aku yg tidak diselamatkan. memang sedih gila. plugin page 404 apa yg display related post? selamat skit…

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 02, 2010 at 11:59 pm

      Thanks sa…ang memang fokus tol ape yg aku tulis :) . Aku x jumpe lagi ape plugins yg boleh guna, kalau jumpa aku roger. X pun, mane tau kita boleh buat plugins sendiri kan :) . ramai je programmer kat luar tu, upah aje

      • HIDUP SEORANG BLOGGER HIDUP SEORANG BLOGGER http://blog.mohdisa.com/ Posted on: September 03, 2010 at 1:42 am

        sama2 bro, aku tau ko sibuk. mana ada masa nak semak balik apa yg tertulis. hehe, aku pun kadang2 camtu gak. itulah, aku ingat nak wat sendiri. itu pun kalau mampu. before tu kena search dlu. mana tau terjumpa ke plugin tu. hehe

  • zik zik http://zikrihusaini.com Posted on: September 02, 2010 at 9:39 am

    owh macam tuh… lagi rendah lagi bagus…. terima kasih boy…

  • Rushaidin Rushaidin http://rahsia-ebook.com/blog/ Posted on: September 02, 2010 at 10:16 am

    Terima kasih kerana sudi berkongsi berkenaan bounce rate…. satu info yang berguna…. kalau nak share tentang google analytics apa salahnya

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 03, 2010 at 12:01 am

      ur welcome :) . I’allah post akan datang akan diterangkan mengenai GA :)

  • syahir syahir http://syahir6339.blogspot.com/ Posted on: September 02, 2010 at 10:43 am

    blog saya 72 %..
    ahhh. parah ni

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 03, 2010 at 12:01 am

      xpe, boleh diperbaiki. Dulu blog ni 100%! lagi lah teruk hahaha

  • reezluv reezluv http://reezluv Posted on: September 02, 2010 at 11:02 am

    first time aku dengar apa itu bounce rate..selama ni taktau pun pe ke benda tuh..:P

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 03, 2010 at 12:02 am

      hahaha, ok la kan, at least dah dapat something new :D

  • Tukang Review Tukang Review http://amboazhan.com Posted on: September 02, 2010 at 12:16 pm

    Akhirnya.. Ilmu analytics akan semakin lengkap dari kelas boy :-) Mantap bro.. Terbaik ni..

    Ini bounce rate blog saya, Time on site – 00:02:39, Bounce rate – 62.26%

    Maknanya, kena tulis dengan sangat relevan la ek untuk keyword yang ingin digunakan. Susah gak nak turunkan sampai below 45% tu huhu..

    TQ sooo much boy untuk info ni ya!

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 03, 2010 at 12:06 am

      xpe han, jangan terlalu kejar. nanti takut bosan. cool and steady je. i’allah kalau rajin menulis, mesti turun punya satu hari nanti :)

  • naz naz http://www.nazaiman.com Posted on: September 02, 2010 at 1:10 pm

    bagus boy, penting utk bagi visitor lepak lama kat blog kita, guna plugin yarp mcm ko tu pun okay xpun exitsplash. hoho. (email aku xreply boy? :P )

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 03, 2010 at 12:07 am

      uuh plugin baru tu. leh gak aku try nanti. adeh lupe lak aku nk reply. ok sat e lagi k nazaiman :)

  • Dila.13 Dila.13 http://writer-4-hire.net Posted on: September 02, 2010 at 2:14 pm

    Satu lagi pertambahan ilmu yang penting untuk para bloggers dan web owners.. saya ada analytics tu tapi semata-mata tengok trafik dari mana & berapa ramai aje.. thanks again ye boy. nak letak entri A-Z pasal analytics pun ape salahnya.. saya tak tahu pasal goal setting (berterus terang betul!) :P

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 03, 2010 at 12:08 am

      uuhhh goal setting eh…ok gak idea tu kak. I’allah saya buat satu entri khas pasal GA ni :)

  • Ladfe Amir Ladfe Amir http://ladfeamir.com Posted on: September 02, 2010 at 5:18 pm

    thank boy.
    hang dah bagi aku ilmu yg bermanafaat hari ni.
    ia membuatkan aku fikir blog bukan untuk ditulis je. byk benda yg pelu dipelajari n dilakukan utk betul2 berjaya jadi blogger yg kental.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 03, 2010 at 12:09 am

      same2kita bljar mir :) . blog ni, kalau rajin update dan tulis, I’allah banyak elemen aku improve :)

  • MR.Z MR.Z http://www.akupenglipurlara.com/ Posted on: September 02, 2010 at 9:29 pm

    info yang berguna ni..
    dulu masih kabur2 dengan bounce rate ni..
    btw kalau bounce rate 29.73% ok tak?
    tapi tengok visitor pun tak la lebat sangat..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 03, 2010 at 12:12 am

      Uiikkk ok sangat2 dah tu. Bounce rate ni tak kira berapa ramai visitors. So, keep it up. target sampai bwah 10% pulak :)

  • denaihati denaihati http://denaihati.com Posted on: September 02, 2010 at 10:20 pm

    Bounce rate aku menurun dari 90% ke 67% harap boleh turun bawah 45% dalam tampoh 1 tahun akan datang.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 03, 2010 at 12:15 am

      boleh bro. x yah sampai setahun pun boleh :)

  • etomyam etomyam http://myjazmanie.com Posted on: September 03, 2010 at 1:44 am

    terima kasih atas info ni..aku pun selama ni dok nganga dan buat andaian sendiri jer menda bounce ni hehe :D

  • suri suri http://cahayacinta.com Posted on: September 03, 2010 at 3:52 pm

    blogku seperti teruk sahaja..huhu… betul tak..

  • sofian sofian http://www.sofiancheisa.com/blog Posted on: September 05, 2010 at 3:28 am

    hehe…nice one..bulan lepas aku dapat dalam 30%, bulan ni sebab kurang post agaknya jadi la 57%…ish2…

  • Mat Kaypo Mat Kaypo http://YourWebsite Posted on: September 05, 2010 at 3:46 pm

    Salam,
    kenapa saudara punya link masih PR1?

  • syahrilhafiz syahrilhafiz http://syahrilhafiz.com/blog Posted on: September 23, 2010 at 3:02 pm

    kalau sy pulak Bounce Rate dalam 54.64%..
    perlukan kesungguhan yg lebih lagi nih…=)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 23, 2010 at 4:28 pm

      Itu pun dah cun sebenarnya fiz. BR below 70% untuk sesebuah blog boleh dikatakan sebaai baik. Tetapi kita mesti nak yang lebih baik kan? =)

  • dedoku dedoku http://contengs.com/blog Posted on: September 24, 2010 at 3:25 pm

    owh..baru faham..kalo pakai linwithin tu kira boleh membantu kurangkan bounce rate la kan? tapi yang utama tang meta-tag ngan content entry kena relevan ngan tajuk post. tq bro :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 24, 2010 at 7:38 pm

      Yup, tepat sekali. Cross linking ke entri2 lame yang berkaitan bleh menurunkan BR =). Selamat mencuba

  • Khidhir Khidhir http://www.khidhir.co.cc Posted on: September 26, 2010 at 2:17 pm

    baru la faham apa tu bounce rate. selama ni tak pernah sedar pun kewujudan istilah bounce rate. Tq bro

  • ProfHariz ProfHariz http://profhariz.com Posted on: October 23, 2010 at 4:10 am

    Salam Bro Kalau 3.19% Bounce Rate Kira okey la kan?
    Ini merupakan 00:03:34 Avg. Time on Site saya..

  • chengai bay chengai bay http://www.chengaibay.blogspot.com Posted on: February 26, 2011 at 12:47 am

    good entri..tq..camner nk tgk bounce rate ni kat blogspot??

  • myvitrd myvitrd http://www.myvitrd.com Posted on: March 01, 2011 at 10:48 am

    wah baru ku tahu.. so kalau nak bagus biar bounce rate tu rendahlah.. maknanya pelawat duduk lama dalam blog kita ni

  • MDHAFiZ.NET MDHAFiZ.NET http://www.mdhafiz.net Posted on: March 06, 2011 at 12:41 pm

    info menarik bro..keep it up :)
    As-Salaam… :) :)

  • fendidahada fendidahada http://fendidahada.com/ Posted on: March 20, 2011 at 8:53 am

    baru aku tahun..anyway nak tanyer skali ni..
    kalu negative pulak bound rate tu mean bagus ke tak bagus?

    dia warna merah

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: March 22, 2011 at 9:46 pm

      hurmmm…macam xpena nampak pulak -ve bound rate. kalau % visit change adalah =)

  • naz naz http://www.blog.nzcyber.com Posted on: March 26, 2011 at 11:27 pm

    nk tnye. camne plak goal kt dlm google analytics tu.. aku kurang phm… tgk ade simbol $.. blh buat duit ker?

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.