Keywords research: 4 perkara yang terpenting

Posted by boy_bersahaje on August 27th 2010

kajian Keyword Keywords research: 4 perkara yang terpenting

Kajian demi kajian mengenai keywords memang sangat penting. Kajian keywords memerlukan masa yang agak lama untuk pastikan keywords tersebut benar-beanr lubuk emas. Tetapi, sering kali kita gagal dalam menjalankan proses ini. Sebabnya, terlalu mudah mengalah dan tidak menjalankan dengan teknik yag betul. Apakah asas utama dalam pencarian keywords yang bermutu?

Setelah menulis beberapa entri berkaitan dengan On-page SEO seperti :

Asas SEO bahagian 1
Asas SEO bahagian 2

meta tags bahagian 1
meta tags bahagian 2

Sepatutnya, entri ini ditulis lebih awal daripada entri-entri di atas. Sebabnya, kajian keywords perlu dibuat sebelum sesebuah web dibangunkan. Nasi dudah menjadi bubur, entri sudah di published. Jadinya, aku teruskan entri kali ini dengan 4 perkara paling penting dalam memilih keywords.

1) Competition

search engine result page Keywords research: 4 perkara yang terpenting

Menceburi sesuatu niche yang tiada persaingan, atau pesaing yang mudah dikalahkan, adalah sesuatu yang sangat bagus. Ini kerana kos wang dan masa dapat dijimatkan.

Apakah persaingan di dalam internet? Sudah semestinya persaingan untuk merebut kedudukan terbaik di Search engine. Umum telah pun maklum bahawa, page pertama di Google hanya menyenaraikan 10 web sahaja. Page pertama yang akan membawa banyak traffic ke web jualan.

Ada 2 jenis persaingan yang perlu diambil perhatian iaitu:

  1. Jumlah persaingan

Semakin ramai persaingan dalam sesuatu niche, semakin payah untuk kita mendapat pada kedudukan pertama di search engine result page (SERP). Ini kerana, ke semua pesaing akan berlumba-lumba untuk menempatkan web mereka pada kedudkan yang terbaik di SERP.

Sebagai contoh, keywords Hidup Seorang blogger icon smile Keywords research: 4 perkara yang terpenting . Hampir 80-90 blogs telah memasuki pertandingan SEO ini untuk menaikkan kedudukan blog mereka di kedudukan yang teratas. Jadinya, persaingan semakin mencabar dan perlu menggunakan banyak usaha. Inilah faktor yang perlu kita jauhkan.

2.  Kekuatan pesaing

Bayangkan jika niche yang kamu pilih mempunyai pesaing gergasi daripada syarikat-syarikat computer dari Dell, Apple dan Asus. Adakah mampu unutk kita mengalahkan syarikat sebegini yang telah berpuluh-puluh tahun bertapak dalam industri mereka?

Same goes here. Kita tidak akan terlawan jika tidak mempunyai modal yang ‘kasar’ . Ini kerana, web mereka telah lama bertapak pada muka surat pertama dengan mempunyai beratus ribu backlinks, highly SEO optimized, beribu-ribu pages dan domain yang sangat lama. Lupakan sahaja niche yang mempunyai persaingan sebegitu rupa. Ia sangat tidak bersahaje.

2) Tahap Komersial @ conversion rate

tahap komersial Keywords research: 4 perkara yang terpenting

Tahap komersial yang tinggi atau high commerciality intention adalah dilihat dari sudut sama ada sesuatu niche itu mampu membuat jualan yang banyak atau tidak. Bahasa mudahnya ialah coversion rate (kadar menukar traffic kepada pembeli). Tahap komersial sesuatu keywords diukur berdasarkan permintaan pasaran melalui jumlah carian dalam masa sehari dan berapa banyak barangan yang terjual.

Mempunyai kadar conversion antara 0.65 hingga 1.0 adalah kadar yang terbaik untuk membangunkan sesebuah niche. Conversion rate boleh diukur dengan menggunakan web tools percuma seperti di sini Adcenter Lab.

3) Traffic

trafik clicks ratio Keywords research: 4 perkara yang terpenting

Trafik adalah peneraju utama dalam keywords research. Tidak ada maknanya kalau sesuatu niche dibangunkan mempunyai traffic yang rendah. Traffic = $$$. Siapa yang akan membeli barangan atau servis di web kalau bukan traffic? Jadinya, kamu perlulah meneliti berapakah anggaran capaian traffik dalam sehari atau sebulan. Keywords yang baik mempunyai jumlah carian yang sangat tinggi dan ini menjamin kemasukkan traffic pada web jualan yang bakal dibangunkan.

Kajian jumlah clicks pada setiap kedudukan dalam SERP telah ditunjukan pada gambar di atas. Setiap ranking mempunyai kadar clicks yang tersendiri. Betapa bertuahnya kepada mereka yang telah pun mempunyai keywords yang tinggi traffik nya dan mendapat ranking pertama pada SERP!

Bagaimana untuk melihat traffic pada satu-satu keywords? Kamu boleh gunakan web tools percuma di google adwords external keywords tools.

4) Relevance

relevance Keywords research: 4 perkara yang terpenting

Walaupun seuatu keywprds mempunyai capaian traffic yang sangat tinggi, tetapi belum tentu ia mampu untuk bertukar kepada jualan atau pun $$$. Ini adaah disebabkan faktor kurang relevan pada isi kandungan web jualan tersebut. Bermakna, keywords yang di target kan bukanlah keywords yang relevan dengan permintaan traffic.

Jadinya, jangan terkejut, andai sesebuah web yang mempunyai traffic yang tinggi tetapi tidak mendapat sales yang diharapkan. Faktor relevan ini berkait rapat dengan ketiga-tiga faktor yang telah diterangkan seperti di atas.

Bagaimana? Sudah faham secara kasar elemen terpenting dalam kajian keywords? Kalau ada yang kurang jelas, boleh kita bincang bersama di bawah icon smile Keywords research: 4 perkara yang terpenting


p/s: Akan datang, bagaimana untuk mengenali kekuatan pesaing dan juga teknik mengkaji keywords yang betul

Posted in SEO

Comments

  • zool zool http://ligakampung.com/blog/ Posted on: August 27, 2010 at 10:40 am

    Sikit2 dapat tangkap.. Tengah mengejor blog niche aku yang tersangkut2 ni.. huhuhu

  • zik zik http://zikrihusaini.com Posted on: August 27, 2010 at 10:49 am

    owh macam tuh…. paham cikgu.. katanya kalau nak dapatkan ranking page 1… boleh beli , bayar dekat google…kalau tak silap lah…

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 27, 2010 at 5:47 pm

      oppssss, yang ni aku x sure. maybe betul gak. apa sahaja duit zaman la ni

  • Hadi Rofiee Hadi Rofiee http://www.hadirofiee.com Posted on: August 27, 2010 at 10:52 am

    Salam.

    BEst maklumat ni, secara kasar nya, dpt faham.. pengetahuan baru lg. :mrgreen:

    kalau blog peribadi pula?

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 27, 2010 at 5:41 pm

      kalau blog peribadi. terpulang masing-masing. dan teknik ini juga bagus untuk menulis satu2 topik atau entri pada blog

  • ishak ishak http://www.ishakhasimi.com/ Posted on: August 27, 2010 at 11:29 am

    aku tengah membuat kajian keyword jugak ni.tapi kadangkala takut nak menguji lebih

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 27, 2010 at 5:35 pm

      takut nak uji dari segi pe tu ?

  • suri suri http://cahayacinta.com Posted on: August 27, 2010 at 11:40 am

    masih baharu lagi hee..skdar menyumbangkan ilmu pada org shja..

    rasanya msh byk pkra yang perlu di pljari..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 27, 2010 at 5:36 pm

      sama-sama la kita belajar. saya pun banyak lagi yang dicari :)

  • mijie mijie http://www.muhammadtarmizi.com Posted on: August 27, 2010 at 1:04 pm

    tahniah boy sebab sanggup berkongsi ilmu seperti ini, tak ramai orang yang akan share ilmu sebegini

    boy kalau untuk keyword hidup seorang blogger tu boleh ke kita optimakan juga related keyword dengan hidup seorang blogger? adakah ia membantu untuk kedudukan di search engine google?

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 27, 2010 at 7:06 pm

      OK bang, camni. kita optimize related keywords adalah untuk dapatkan relevan klik dan traffic seperti blogger, blog dan blogging.

      Tapi dalm kes contest ni, xperlu sebab nya, kita memang dah diberi keywords untuk di rank kan. dan kita hanya focus pada keywords tersebut sahaja.

      ok x bang penerangan ringkas tu?

  • madlut madlut http://www.madlut.com Posted on: August 27, 2010 at 2:52 pm

    thanks boy…setiap kali ko bg artikel, mesti ada 1 benda yang aku kurang, mcm kali nie…bab relevence..huhu, ptt la website aku kurang dpt klik, walaupun trafiknya sudah ditarik

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 27, 2010 at 5:37 pm

      Kurang klik dekat mane lut? ads ke?

  • Dila.13 Dila.13 http://www.writer-4-hire.net Posted on: August 27, 2010 at 3:05 pm

    adeh.. menariknye kelas keyword research hari ni.. nak memudahkan pemahaman kena baca berulang-ulang kali biar dapat tangkap kaedah penggunaan yang paling betul. thanks ye boy :)

  • hafizmd hafizmd http://www.hafizmohd.com Posted on: August 27, 2010 at 6:50 pm

    thanks bro..aku kene bace ulang-ulang lagik..insyaAllah..slow-slow..nanti tak faham aku tanye cikgu boy yer..hehe

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 27, 2010 at 7:07 pm

      boleh pis. xde hal :) . kita sama2 bincang ye :)

  • naz naz http://www.nazaiman.com Posted on: August 27, 2010 at 10:59 pm

    bagus boy, kongsi ilmu camni. kalau goo roo, dah nak jual dah ilmu camni. aku mnat yg competition tip ko tu, bagus. aku slalu follow rules google sniper je, klau ade lbih dr 3 authority site kat 1st page lupekan keyword tu. btw, aku ingat kat akhir phrase ko nak promote market samurai. hoho :D aku dah pkai, mmg sng, xpnat bwat research

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 27, 2010 at 11:01 pm

      hehehe, xpe lain kali aku akan review macam mana nk pakai M.S ni. waa ko pun dh pakai. congratz naz. memang terbaik kan..

      I’allah pasni akan lebih detail macam mana nk research guna free tools dulu

  • sofian sofian http://www.sofiancheisa.com/blog Posted on: August 28, 2010 at 6:50 am

    ni yang aku jadi melekat kat blog hang nih..haha..aku suka orang bercerita benda-benda yang orang payah nak cerita-kepentingan asas yang orang kebanyakan jual dengan buat ebook..teruskan lagi boy..hehe..cayolah

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 29, 2010 at 3:57 pm

      Thanks yan…hehehe nak jual tu x masuk lagi dalam to do list aku hehehe

  • Maliq Maliq http://drmaliq.com/ Posted on: August 28, 2010 at 4:19 pm

    bro boy..yang belah nak tengok competition tuh..aku suka cara tengok kekuatan site di first page sahaje..dulu aku tengok jumlah competition..tapi sekarang aku suka tengok kekuatan di first page sebab actually kita ada potensi untuk lawan even competition ada 10 juta..

    Dan ada masa juga kita akan jumpa Keyword low competition dari segi jumlah tapi kekuatan first page amat2 lah tinggi..

    hurmmm…apa2 pun..thanks bro…

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 29, 2010 at 3:59 pm

      uhhh nice commnet liq…thanks too. betul tu, jangan tengok sangat pada result search. pasal tu semua bukan penentu sebenar dalam mengukur tahap competition

  • boss boss http://www.hujanbatu.com Posted on: August 29, 2010 at 2:56 pm

    satu artikel yang baik, pekongsian yang mendalam..
    tahniah boy buat artikel yang berguna begini.. sebab itu aku gemar baca blog ko ni.. banyakkan2 lagi dimasa2 hadapan..

  • Adlan Khalidi Adlan Khalidi http://adlankhalidi.com Posted on: September 21, 2010 at 5:09 pm

    oh. macam tu ke. kena cuba pelajari benda ni. nak main SEO jugak. thanks for sharing :D

  • slimdiet2 slimdiet2 http://nas-alphalipid.blogspot.com Posted on: November 16, 2010 at 12:43 pm

    aku memang kurang paham benda-benda cenggini.tapi aku cuba utk paham.aku baca banyak kali baru bleh paham sikit-sikit.yang aku konpius ni,kalau kita guna niche yang kurang persaingan camna nak dapat page utama?

  • Zainol Rashid Zainol Rashid http://zainolrashid.com Posted on: January 01, 2011 at 9:18 am

    Bro ada wat service utk SEO kew??? Kalo ada PM me. TQ

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.