Keywords Research: Bila Dan Bagaimana, Sambungan…
Posted by bersahaje on September 22nd 2010Ho yeah! Memang terbaik semua pandangan pembaca RezaMohyinDotCom. Kamu orang telah membantu salah seorang pembaca blog ini. Memang tiada jawapan yang salah dan ke semua idea dan komen yang telah diberikan adalah terbaik dan aku sangat menghargainya. Baiklah, kita mulakan satu demi satu bagaimana perspektif aku pula berkaitan dengan research keywords untuk personal blog.
Yang pertama, secara kasar sahaja.
Kebiasaanya, untuk keywords jenis ini tidak melibatkan banyak tools. Hanya melihat pada perkembangan semasa isu-isu yang hangat. Tujuan utama keywords research ini adalah hanya untuk menarik traffic semata-mata tanpa ada tujuan SALE.
Apa yang biasa kita lakukan hanyalah dengan membaca dan mendengar berita yang panas sama ada bermusim atau tidak. Sebagai contoh entri ini Bayar Zakat Online: Teknik Mudah Dan Pantas. Entri ini ditulis untuk raya 2010 dan berkemugkinan besar mendapat traffic juga untuk raya tahun hadapan. Bukan kah ini adalah isu hangat jenis bermusim? Tidak rugi menulis entri sedemikian kerana traffic akan berduyun tiba setiap kali Aidilfitri akan tiba. Bermakna, keywords ini adalah baik untuk returning traffic di masa hadapan.

Kita lihat pula untuk entri Kes Datuk Sosilawati: Adakah Ini Wajah Pembunuhnya? Apa pendapat kamu berkiatan dengan entri ini pula? Ya, ia adalah keywords yang sangat panas tika ini. Bukan sahaja Malaysia, bahkan hampir seluruh dunia mengetahui kes sadis ini. Buktinya, hampir 300 traffic masuk ke RezaMohyinDotCom untuk mengetahui wajah pembunuh tersebut.
Ini adalah teori atau study case secara tidak langsung yang telah aku buat. Keywords yang aku perolehi adalah daripada news paper dan juga daripada Buletin Utama. Mudah dan hanya perlukan sedikit variasi untuk menarik tarffic ke dalam blog kita.
Yang kedua, secara detail.
Baiklah, untuk keywords research secara detail, kita mempunyai beberapa cara untuk mengimplimentasinya. Antaranya ialah:
- Jadikan keywords tersebut sebagai domain name
- Niche kita hanya tertumpu kepada keywords tersebut sahaja
- Traffic kita target hanya untuk keywords tersebut sahaja.
- Sale adalah tujuan utama
OK, seperti yang telah dijelaskan di atas, adakah kita sanggup untuk menjadikan domain name dan segala isi kandungan dalam personal blog kita hanya menceritakan berkaitan dengan keywords tersebut sahaja? Aku rasa macam tidak sesuai bukan?
Tetapi, jangan di salah sangka. Kita boleh sahaja menggunakan keywords hasil research untuk ditulis pada entri-entri di dalam personal blog. Cumanya, hasil adalah jauh lebih kurang daripada menulis blog double niche.
Sebagai contoh, ada beberapa entri di dalam blog ini ditulis untuk berkongsi sekali gus menjual kepada pembaca. Tetapi cara penulisan pada blog personal dan blog niche adalah jauh berbeza. Pada blog personal, apa yang aku sering guna pakai adalah teknik soft selling atau soft marketing. Dan entri tersebut ditulis adalah hasil daripada keywords research secara kasar sahaja.
Komen-komen pembaca untuk dari entri Keywords Research: Bila dan di mana?
- Eizil, Hirman, Madlut, Mijie, Sofian dan XPO
Mereka berpendapat bahawa keywords research adalah perlu untuk menarik traffic. Ya, seperti yang telah aku perjelaskan pada point no 1 di atas, keywords research jenis ini adalah secara kasar sahaja dengan melihat perkembangan semasa dan cerita-cerita panas. Tetapi masih di tahap mudah dan bukan secara kritikal.
Eizil juga ada menekankan untuk penjenamaan diri sendiri. Uhhh sangat nice idea tersebut. Sebabnya, personal blog adalah blog untuk memperkenalkan kebolehan dan talent diri sendiri untuk ‘dijual’ kepada umum. Mungkin keywords ini akan digunakan pada meta tag title dan juga description sebagai pengenalan diri kita kepada khalayak ramai. Betul tak Zil?
2. Boss
Boss berpendapat bahawa, personal blog adalah blog yang bukan untuk mencari duit. Maknanya, blog tersebut hanya bercerita mengenai kehidupan penulis dan pendapat. Bermakna, keywords research memang tidak diperlukan. Yup, aku juga setuju dengan pendapat full time blogger ini.
Jadinya, dengan semua pendapat-pendapat bernas ini, aku kira sudah pun menjawab persoalan Hadi Rofiee
. Bukan apa, seperti dalam entri lepas, aku memang suka akan pendapat yang unik dan kadang-kadang memang tidak terlintas dek akal. Jadi, perbincangan seperti ini adalah salah satu cara yang baik dalam meluaskan ilmu dan juga memahami skill masing-masing. Tiada siapa yang salah.
p/s: Bounce rate RezaMohyinDotCom kini sudah mencapai 4.55%


aku setuju gila komen BOSS. aku buat keyword research berdasarkan jenis entri yang aku buat. kalau aku rasa entri tu memang ada ilmu yang berguna even 4 tahun akan datang lagi, aku akan pastikan entri tu di optimize dgn SEO
Yup, kalau memang entri targetted traffic, memang baik kalau optimize kan.
Thakn bro, terima kasih atas ilmu percuma ni, tak sabar menungu yang seterusnya
Thanks dno for the support
.
eh eh.. aku sorang2 pandang ke arah lain la.. he he..
hehehe…rambut same itam, pendapat lain-lain
Boss ko memang selalu pandang ke lain…nasib baik selalu jalan ngan wife ko..hahahha
ternyata blog niche.. penulisan lebih serius…. thank u boy
X dak hal.
terima kasih boy, satu ulasan yang menarik
p/s: bounce rate 4.55% sangat hebat tu, aku nyer skrg ni 70% huhuhu
Thanks bang. Abg nye blog mesti boleh lagi kencang dari saya. Just focus pada entri yang buat orang betul-betul nak membaca hehehe
betul tu, dah usha dah cuma sekarang ni masa dan malas menjadi alasan, hehe
dengan soft training ni banyak membantu saya dlm memahami keywords. Lepas ini akan ada tempahan lagi utk backlinking dengan menggunakan keywords yang lebih bermakna buat saya.
Thanks uncle for your support. Susah nak cari orang berumur yang betul2 into dalam blogging ni
Blogging untuk hari tua Bro…….
Yup, setuju dengan penulisan ko boy, terima kasih atas perkongsian
bounce rate 4.55%, mantap sungguh…
masih dalam proses memperbaiki benda ni. Ada case study cam best tak pasal bounce rate ni?
Hahaha…apa kate ko buat case study pasal Bounce rate ni. Mesti ramai follow
kalau tunggu aku buat, lambat lagi aa kot nak dapat hasil, masih dalam proses mengkaji dan mengoptimasi… hehehe… kena tanya yang pakar macam ko boy…
ah boy…aku punya 40% lebih bounce rate… alamak…aku tak tahu nak kurangkan…
Zik, lebihkan post yang berbentuk tutorial or solution. Lebihkan pada cross linker ke entri2 yang lama. Relate kan satu entri dengan entri lain. I’allah akan turun cantik BR ko =)
terasa sunggu baru selesai kuliah..tapi still belum katam lagi heee..
Hehehehe…suri blur tang mana lagi? cakap je, I’allah saya akan buat lagi entri untuk solve problem tu =)
Mantap entry bro.. lg mantap tu bounce rate kecil jer.. bagi aku lah, keyword research utk personal blog ni kadang2 perlu, kadang2 tak perlu.. bergantung byk faktor..
tp kalau utk niche blog, mmg perlu sangatlah keyword research..
Yezza..macam blog ni. ada yang perlu ada yang tak. Aku tau, ko memang sangat power wan =)
Tp blog ni on page nya mmg bagus.. interlinking pun bagus sngt..
ko mmg pakar bro.. aku biasa2 jer..
Terbakar darah bila melihat Bounce rate tu…Takper aku ada target yang lain dulu untuk di kejarkan…Ermmmm..nice entri..Keep it up..
Fik, ko lagi menahu dalam hal ini. Cume masa ko je yang terbatas
mantap gile..
ouch kiranya kalau blog aku tu tak ble dikategorykan macam personal dah le..keke
bukan cite hal peribadi/personal pun…
Macam blog ko tu, bagi aku la, still personal. Ko share kan experienced dan juga pendapat ko. Kalau betul2 blog niche, kita akan lebih target pada market luar malaysia dan niche yang sangat tertumpu.
oh macam tu..ok2 dah faham..
thank bro…=)
p/s tak universal lagi…usaha lebih..oh yeah!!! haha
Wah.. perkongsian yg sangat memberi pengetahuan baru.
Terima kasih semua.
Ya di, harap ko betul2 berpuas hati dengan semua pendapat bernas bloggers yg lain =). Syok kan camni?
Yup, ada kepuasan ny tersendiri. T/kasih byk Boy. Moga mendapat balasan setimpalnya.
p.s: bincang ramai2, memang best. dapat ramai kenalan.
mantop2 la..hehe…syiok aku melekat kat blog nih, at least banyak benda aku bleh refresh balik teknik secara manual instead of using software
ps:jangan plak tetiba ko buat ebook nak jual cerita pasal semua isi nih…hehe..n one more, harap2 blog nih akan lama la macam jurnalSEM.com dulu tuh…
aku tau salah satu sebab mengapa Br blog ni power..
sebabnya ialah bukan saja artikel menarik, tapi komen pembaca dalam blog ni pun buat aku nak baca semua komen yang ada hehehe
tkiu atas pendedahan 2 episod ilmu ni.. hehe.. harap2 dapat la manfaatkan ilmu.. kekadang baca je pastu masuk otak kanan kuar otak kiri.. haihs.. sabau je la…
tq bro