Keywords research: Bila dan di mana?

Posted by bersahaje on September 20th 2010

Pada Keywords Research: Apa ada padanya? Hadi Rofiee telah mengemukakan soalan mengenai; bila perlunya kita membuat rejim research keywords? Aku rasakan soalan ini adalah satu soalan yang sangat baik untuk mengelakkan kita; bloggers dan pencari makan tegar di internet daripada membazir wang dan masa dalam mencari keywords emas.

Baiklah, sebelum kita meneruskan perbincangan yang bersahaje ini, apa kata kita mulakan dari asas.

Pertama, apakah tujuan kita sebenarnya mengkaji kata kunci (keywords research)?

Sudah semestinya adalah untuk menarik traffik.

Banyak saja keywords yang boleh membawa traffik yang banyak, kenapa mesti sehingga begitu teliti mencari keywords emas? Sampai ada yang sanggup berhabisan wang dan juga masa.

kajian Keyword Keywords research: Bila dan di mana?

Mencari keywords yang rendah persaingan untuk mengurangkan kos dalam proses ranking web di SERP. Tak banyak keywords sebegini. Selain dari itu, keywords yang benar-benar berkualiti membawa masuk PEMBELI dan bukan PEMBACA  sahaja. Ini lah faktor penting yang mesti kita bezakan. Pencari maklumat atau info dan juga pembeli yang terdesak.

Berbalik pada soalan Hadi, adakah perlu keywords research untuk personal blog?

Dalam hal ini, aku mempunyai cara dan pendapat tersendiri. Tetapi sebelum itu, apa kata, kamu orang memberi dan melontarkan idea emas kamu orang untuk membantu aku dan Hadi. 10 idea adalah lebih baik dari 1 idea, bukan kah begitu?

Jadinya, aku akan menunggu respond dari kamu orang dan akan terbitkan entri hasil dari buah fikiran aku dan kamu orang. Uhhh so nice!

Jangan segan dan silu ya. Ingat dari kesilapan kita belajar. Tiada siapa yang salah dan tiada siapa yang akan memandang enteng dengan setiap idea unik dari kamu icon smile Keywords research: Bila dan di mana?

Posted in SEO

Comments

  • Eizil Eizil http://www.eizil.com Posted on: September 20, 2010 at 10:09 am

    Bagi aku, perlu dan tidak perlu,

    perlu untuk kita menjenamakan diri kita, kerana personal blog akan lebih kepada men”jual” diri kita sendiri.

    tidak perlu jika kita memang takder tujuan apa-apa buat personal blog kita, sekadar untuk melampiaskan perasaan kita di blog tersebut.

    -sekadar pendapat.

    • sofian sofian http://www.sofiancheisa.com/blog Posted on: September 20, 2010 at 11:14 am

      setuju :)

      tapi lebih kepada tidak perlu sebab personal blog adalah salah satu platform untuk penjenamaan diri sendiri.. lain pulak jadinya kalau ada motif lain di sebaliknya :)

      • Eizil Eizil http://www.eizil.com Posted on: September 20, 2010 at 11:20 am

        penjenamaan diri juga kadangkala ada industri yang kita ingin fokuskan, contohnya orang kenal sofian sebagai seorang yang berkaliber dalam industri A. sebab itu perlu ambil kira juga keyword research. :D

        -sekadar pendapat ;)

  • Shaffik Shaffik http://shaffik.com Posted on: September 20, 2010 at 10:22 am

    Aku tidak terlalu fokus untuk mencari satu keyword untuk blog aku. Apa yang penting, bila membuat entri, aku target beberapa keyword yang mempunyai persaingan rendah. Aku target keyword itu akan membawa trafik ke blog aku. Dah sudah beberapa keyword yang berjaya menempatkan dirinya di 1st page di google.

    Maksudnya, aku tak nak peningkan kepala untuk memfokus satu keyword semata-mata utuk menarik trafik. Itu yang aku pegang untuk semua blog aku. Yang penting Kandungan yang di terbitkan itu mempunyai keyword-keyword yang kurang persaingan.

    Hasilnya amat memberangsangkan sekarang,…apa yang penting aku akan terus memperkayakan kandungan untuk terus menempatkan diri di muka surat 1st Google.
    Lagi banyak keyword yang berada di 1st page google lagi besar potensinya untuk menarik traffik.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 21, 2010 at 11:39 am

      Memang cun idea ko fiq. More keywords, more traffic

  • zik zik http://zikrihusaini.com Posted on: September 20, 2010 at 10:27 am

    perlu , jika kita ada satu blog jer… maknanya itu satu2nya blog yang baru kita nak bermula dlm blogging nie..

    tak perlu kalau dah ada niche blog..so focus dekat niche blog tuh… yang personal tuh… kira ujikaji lah.. .. takpun kira ia jadi hebahan , atau sebagai santai… takda berat2 punya fikir..

    hehe tuhje pendapat aku…

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 22, 2010 at 12:48 pm

      Bagus idea zik. Personal sebagai uji kaji sebelum masuk ke peringkat international

  • dnobiz dnobiz http://dnobiz.com/persadabiz Posted on: September 20, 2010 at 10:55 am

    Uku belu cukup ilmu untuk bagi pendapat tapi yang aku tahu aku tak sabar untuk menunggu pandangan bro,

  • madlut madlut http://www.madlut.com Posted on: September 20, 2010 at 11:49 am

    perlu dalam keadaan tertentu..tak perlu untuk banyak keadaan…bergantung kepada entry..

    Jika entry ada udang di sebalik mee, hehe, buatlah
    kalau entry peribadi, cerita pasal diri sendir…mungkin tak perlu…

    pengalaman aku, keyword research nie melambatkan proses penulisan blog peribadi aku

  • mijie mijie http://www.muhammadtarmizi.com Posted on: September 20, 2010 at 2:31 pm

    perlu untun tujuan menarik trafik dengan niat yang baik, contoh niat baik ialah kita cuba menulis mengenai salah laku ataupun scam terhadap sesuatu program, jadi niat kita untuk menulis adalah untuk memberitahu pembaca mengenainya

    jadi disini kita akan bermain dengan keyword tersebut supaya ianya duduk di 1st page search engine seperti google supaya trafik datang dan orang yang mencarinya berjumpa dengan apa yg mereka nak

    dan yang paling penting ialah niat kita lah, kalau kita berniat baik maka baik jadinya, kalau dah niat kita semata2 nak trafik maka trafik sahaja kita dapat

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 22, 2010 at 12:51 pm

      Wow! ini lah ethics of blogging. Smabil menulis sambil memberi knowlede untuk membantu pembaca dari menjadi mangsa. Thanks bang. memang best idea ni

  • Hadi Rofiee Hadi Rofiee http://www.hadirofiee.com Posted on: September 20, 2010 at 3:37 pm

    Salam Boy.

    T/kasih byk2, tak sangka pula soalan aku yg lepas memberikan idea utk artikel ini. T/kasih juga kerana terpaparnya namaku di blog hebat ini.

    &..t/kasih juga utk semua rakan blogger yg sudi berkongsi pendapat. Hebat2 belaka. :-)

    Rasanya ada lagi pandangan drpd rakan2 blogger yang lain, jom kongsi sama2. ;-)

    T/kasih semua.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 22, 2010 at 12:56 pm

      hahaha…new entri dah released. check it out :)

  • boss boss http://www.hujanbatu.com Posted on: September 20, 2010 at 4:05 pm

    personal blog dan keyword research?

    soalan ini perlu dijawab kepada tuan punya blog apakah objektif sebenar blog itu ditubuhkan? adakah untuk monitize? adakah utk tarik traffik? adakah utk suka suki..

    bila soalan itu hadi boleh jawab, automatic soalan hadi itu juga terjawab, mudahkan. tapi pada pendapat saya dah namanya personal blog saya rasa keyword research itu tidak perlu, silap hari bulan blog personal tu nanti jadi blog harian metro pulak. Tulis dari hati ..lebih personal.. lebih kepuasan..

    Boss
    HujanBatu dot com

  • hirman hirman http://www.meminlo.com Posted on: September 20, 2010 at 5:53 pm

    Personel blog perlu juga kajian keyword sebab

    1. Pelawat akan membaca entri yang lepas-lepas kalau keyword yang ada pada post itu menarik.
    2. Personel blog maybe untuk kita suka2 menulis tapi rasanya kita menulis blog untuk orang lain membaca dan berkongsi perasaan kita

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 22, 2010 at 12:52 pm

      Aku setuju man dengan pendapat ko.

  • Ismail N Ismail N http://passionateaboutblogging.com/bm-new/ Posted on: September 20, 2010 at 8:25 pm

    Menarik entri kali ini utk rujukan semua. Terima kasih buat semua yg mengemukakan pandangan. Byk ilmu yg dapat dipelajari hari ini. Semua sifu2 pun ada kat sini. Tak tahu mahu tambah apa lagi…

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 22, 2010 at 12:53 pm

      xpe :) . pelan2 kayuh. lepas ni boleh la bg idea plak kan :)

  • x-po x-po http://mohdhafizuddin.com Posted on: September 21, 2010 at 6:47 pm

    blog yg pentingkan seo, memang kena buat keyword research dlu hehe

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 22, 2010 at 12:54 pm

      Hehehe, x perlu pentingkan seo pun xpe xpo. kalau nk traffic dari SERP, better buat sikit

  • syahrilhafiz syahrilhafiz http://syahrilhafiz.com/blog Posted on: September 21, 2010 at 10:30 pm

    menarik ni..tapi aku nak komen apa tak taw..
    baru belajar nak keyword ni..
    ha bro..
    macam mana pulak waktu aku check keyword hari tu dlm apa nama site tu..keyword check kot..
    dia kata keyword aku ni ada terlalu panjang, dan ada pendek pulak..tak faham..
    keyword ni sebenarnya macam mana eh..pendek panjang atau contoh
    “cara install software”
    panjang sangat erk..
    adoii..sori pening..hehe

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 22, 2010 at 12:55 pm

      keywords x kesah panjang atau pendek. yang penting, adakah keywords tersebut memberi traffic. Tidak ada kesalahan untuk keywords yang panjang :)

  • hirman hirman http://www.meminlo.com Posted on: September 22, 2010 at 2:01 pm

    Tetapi sekarang maybe semua yang menggunakan tool google keyword akan tepuk dahi kerana estimate traffic dari google bnyk hype.

    Boy,buat pulak r cara nak tentukan competitor sesuatu keyword.

  • nasfachocolate nasfachocolate http://nasfachocolate.blogspot.com Posted on: November 20, 2010 at 9:39 am

    camna nak cari key word kat google?pe web dia?

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.