Meta tags: Teknik berkesan menulisnya

Posted by boy_bersahaje on August 25th 2010

apa itu meta tags1 Meta tags: Teknik berkesan menulisnya

Nota penting: Entri ini mengandungi 733 patah perkataan. Bagi yang lemah semangat, aku tidak galakkan kamu orang membacanya icon smile Meta tags: Teknik berkesan menulisnya

Pada entri lepas; meta tags: Apa bila dan bagaimana?, aku telah menerangkan secara komprehensif mengenai meta tags. Walaupun begitu, entri tersebut bukanlah total penyelesaian kepada permasalahan dan persoalan kamu mengenai meta tags. Ada beberapa lagi perkara yang belum aku kongsikan.

Entri ini juga ditulis rentetan permintaan dari Madlut dan Luth textile dalam kotak komen untuk entri tersebut. I’allah, aku akan jelaskan secara terperinci,  ringkas dan padat untuk mengurangkan kebosanan kamu membaca tips dan tutorial ini. Tanpa berlengah lagi, jom kita sama-sama belajar, bagaimana untuk memilih dan mengolah keywords untuk diletakkan pada meta tags.

1) Meta title tags

Meta tags jenis ini yang akan terpapar pada browser web seperti gambar rajah di bawah:

meta tags home title Meta tags: Teknik berkesan menulisnya

Untuk menulis meta title tags ini, terdapat  2 jenis keywords pilihan yang boleh dimasukkan iaitu:

  1. Nama web kamu
  2. Keywords yang hendak di ranking kan

Seperti pada blog ini, aku meletakkan nama blog aku sebagai title. Sebabnya, aku memilih sesuatu yang unik. Untuk mereka yang berhajat untuk ranking kan blog dengan keywords, kamu orang boleh la meletakkan keywords tersebut pada meta title tags.

Ingat, pemilihan title yang baik adalah penentu kepada web kamu untuk di klik. Apakah cara atau guideline untuk menulis title pada web? Ini ada beberapa tips berdasarkan pada pengalaman dan juga pembacaan:

  1. Jangan kurang atau lebih antara 4-12 words. Ini bagi membolehkan crawler dan Search engine memahami isi web kamu dan tidak mengaggapnya sebagai spam. Web yang mempunyai title yang terlalu panjang boleh dicop sebagai spam.
  2. Keywords density yang terbaik untuk title ialah antara 20-35%. Tapi macam mana nak kira? Contohnya, keywords web kamu ialah bersahaje. Contoh title: “Perjuangan seorang blogger bersahaje“. Ada 1 keywords ‘bersahaje’ dalam ayat yang mengandungi 4 patah perkataan. Jadinya, keywords density dalam title tersebut ialah 25%. Masih lagi dalam range antara 20-35% kan?
  3. Utamakan keywords di permulaan title.
  4. Elakkan dari menulis title sehingga mengabaikan keywords. Tulislah dengan ringkas dan tepat untuk menggambarkan keseluruhan isi web. Seperti nama kita, pendek tapi cukup indah untuk menggambarkan diri sendiri icon smile Meta tags: Teknik berkesan menulisnya

Format untuk meta tags title ialah  <title>Tajuk web kamu</title>

2) Meta description tags

meta tags description Meta tags: Teknik berkesan menulisnya

Meta tags description terletak di bawah meta tags title. Kegunaanya ialah untuk menghuraikan secara ringkas mengenai sesebuah web.

Beberapa kriteria untuk menulis meta tags description ini. Berikut ialah kriterianya:

  1. Tulis la dengan maximum  antara 200-250 karekter sahaja.
  2. Dianggarkan lebih kurang 12 ke 24 patah perkataan.
  3. Digalakkan untuk meletakkan keywords di awal description tersebut.

Bagaimana untuk menulis sebuah decription yang baik untuk sesebuah web? Di bawah ini aku menulis berdasarkan pengalaman dan juga tunjuk nasihat dari pembacaan:

  1. Meneliti niche yang kita ingin sampaikan pada sesebuah web.
  2. Untuk niche general dan personal, cubalah untuk menulis description mengenai apa yang kamu sering tulis atau minat, seperti kehidupan seorang pelajar, tips bercinta, kisah motivasi ahli perniagaan, liku-liku kehidupan sebagai seorang mat burger dan sebagainya. Ingat! Penting untuk menulis description yang unik untuk menarik perhatian traffic.
  3. Description bukanlah faktor penentu pada rank web kamu, tetapi pastikan target keywords ada bersama-samanya untuk di highlight oleh search engine. Ini penting untuk meningkatkan kadar tinggi capaian klik ke web kamu.

Format untuk menulis meta description tags  ialah:-

<meta name=”description” content=”description web kamu”>

3) Meta keywords tags

Sudah tiba untuk yang terakhir, meta keywords tags. Sekali lagi hendak aku ingatkan bahawa, meta keywords tags juga bukanlah penentu utama kepada ranking web kamu. Ia hanyalah satu kredit. Tetapi, tidak salah jika kita ingin kan yang terbaik kan?

Bagaimana untuk menulis meta keywords tags ini? Last jom untuk kamu orang meneliti guide line dibawah:

  1. Letakkan keywords yang tiada pada title dan juga description.
  2. Elakkan dari meletak lebih daripada 15 keywords.
  3. Hanya letakkan sekali sahaja keywords tersebut dan elakkan dari diulnag-ulang. Sebagai contoh; personaliti bersahaje, gaya bersahaje…bersahaje. Bukankah kamu sudah mengulangi keywords bersahaje sebanyak 3 kali. Jadinya, elakkan dari buat begitu.
  4. Masukkan hanya keywords yang betul-betul berkaitan dengan niche atau cerita web kamu.

Jadi, adakah lengkap semua penerangan penting di atas berkaitan dengan meta tags? Apa yang boleh aku sarankan kepada kamu orang berkaitan dengan meta tags ini ialah:

  1. Jangan terlalu bazirkan masa dan tenaga mencipta, menulis, mencari idea untuk meta tags ini. Cukup lah sekadar 2-3 jam atau kurang untuk melengkapkanya.
  2. Pemilihan keywords yang bersesuaian dan yang terbaik untuk web kamu adalah bermula sebelum kamu membinanya.
  3. Gunakanlah tools untuk mencari keywords yang relevant dengan web kamu seperti google adwords keywords tool, 12 hari free trial Market Samurai atau Micro niche finder.

Format untuk menulis meta tags description ialah:-

<meta name=”keywords” content=”keywords1,keywords2,keywords3,…“>

Sekarang, apa pula pendapat kamu?

Apa cara kamu orang gunakan untuk mencari dan menulis meta tags pada web dan blog kamu? Tak salahkan berkongsi di sini bersama teman-teman yang lain?


p/s: tips ini juga diguna pakai untuk mengisi plugins All-in-one-seo atau platinum-seo

Posted in SEO

Comments

  • titan titan http://earncent.com/blog Posted on: August 25, 2010 at 10:08 am

    yap. benda ni penting gak. dalam SEO dan bab2 yang berkaitan dengan tag, backlink dan sewaktu dengannya memang kita kena tahu kalau nak dok kat muka surat pertama kat google.

    Silap gaya, bukan sahaja kat google. Kay yahoo dan msn pun boleh take over gak. Haha..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 25, 2010 at 3:54 pm

      haah. biasanya yahoo dengan bing lagi senang nk dominate. tp aku x kaji sangat selain google

  • Azuan Azuan http://www.azuanrazi.com/epilog-syurga-cinta-slot-akasia-tv3/ Posted on: August 25, 2010 at 11:01 am

    Bagus bro.. tp utk meta keyword.. aku kurang peduli sangat, sebab google dah tak pandang mana, tp utk search engine lain maybe berguna.. so, apa salahnya letak jugakan.. tp aku kadang2 ulang keyword yg sama tak lebih dr 5 kali, dan pelbagaikan variasi..

    Cuma yang title tag ngan description tu bagi aku ianya cukup penting..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 25, 2010 at 3:55 pm

      yup, cuma 2 je yang akan appear di search engine google. keywords tags google x pakai

  • zik zik http://zikrihusaini.com Posted on: August 25, 2010 at 11:10 am

    owh macam tuh..tak boleh letak banyak2 keyword kat metatag ek??

  • Eizil Eizil http://www.eizil.com Posted on: August 25, 2010 at 12:11 pm

    Ada satu yang dok bermain dalam fikiran aku sejak sekian lama, contoh kita nak guna keywords “boy budak baik”

    mana satu yang lagi okay erk?

    atau

    • Eizil Eizil http://www.eizil.com Posted on: August 25, 2010 at 12:13 pm

      tak kuar aa plaks… ingat dah tambah titik akan kuar gak… okay macam kat bawah ni, keyword mana lagi ok?

      content=”boy,budak,baik”
      atau
      content=”boy budak baik”

      • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 25, 2010 at 4:02 pm

        sebab tu kena consider betul-betul sama ada kita nk letakkan dia di title, decription atau pada keywords.

        tags keywords perlukan koma manakala title dan description x perlu.

        tags keywords ialah lebihan daripada title dan description. means, keywords yang terpenting akan diletakkan pada title dan description. manakala keywords tags ialah sampingan sahaja.

        untuk soalan di atas tu; boy budak baik, search engine akan membaca 1) boy budak baik 2)boy budak 3)boy baik 4) budak baik 5) baik boy 6)budak boy dan seterusnya… :) . Kalau ada lagi persoalan, ko tanye je lagi k. i’allah kita discuss same2 :)

        • Eizil Eizil http://www.eizil.com Posted on: August 25, 2010 at 9:36 pm

          okay, terima kasih… tapi katakan kita nak letak kat meta keywords kan, better letak koma ke atau biarkan yang macam first tu erk? kira title dan description dah selesai, cuma nak tulis bahagian keyword tu, kiranya sama ada kita tulis

          “boy budak baik” atau “boy,budak,baik” hasil dia tetap sama aaa erk?

          • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 25, 2010 at 9:38 pm

            letakkan koma :)

  • mijie mijie http://www.muhammadtarmizi.com Posted on: August 25, 2010 at 12:38 pm

    boy terima kasih artikel ini, aku dah buat balik aku dkt blog aku mengikut nasihat yang telah ko berikan….

    tengok hasilnya 2,3 hari pasni

  • naz naz http://www.nazaiman.com Posted on: August 25, 2010 at 2:33 pm

    lama xlepak sini. agak buzy kebelakangan ni. btw, nice tips boy! mmg tak di nafikan meta description penting bkn je utk naikkan ranking tapi mmberi lebih info ttg blog kita kpd visitor :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 25, 2010 at 4:04 pm

      yup, tu ygpaling penting. info for visitor. diorang rasa lebih kurang je dengan apa yang diorang cari, I’allah diorang akan klik

  • Dila.13 Dila.13 http://www.writer-4-hire.net Posted on: August 25, 2010 at 3:17 pm

    hmm.. sedang berfikir untuk ajukan soalan ‘killer’. macam mana pulak kalau keyword kita berdasarkan service yang kita buat? contohnye saya nak highlight freelance writing, hire a writer, translating and so on.. tapi perkataan freelance tu tak digalakkan untuk diulangkan? cemane ek?

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 25, 2010 at 4:09 pm

      uiihhh soalan killer ni. hehehehe…

      ok kak, untuk condition macam tu, biasanya akak akan letak pada keywords la kan.

      Search engine akan baca keywords tags dengan cara seperti ini:

      Frelance writer for hire <—–title akak
      means S.E akan baca dengan membuat coupling pada setiap words di atas dan hasilnya:

      Freelance for hire
      freelance writer
      freelance hire dan seterusnya.

      Jadinya, tidak timbul untuk kita mengulang-ulang setiap keywords. jelas tak kak?

      • Dila.13 Dila.13 http://www.writer-4-hire.net Posted on: August 25, 2010 at 5:09 pm

        Jelas, cikgu boy! terima kasih banyak-banyak atas penjelasan ni.. lega sikit hati kalau tak abes nak kena rombak balik keyword. huhuhu… kelas SEO meta tag seterusnya apa ye cikgu boy? :)

        • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 25, 2010 at 9:39 pm

          ahahahaha, lepas ni i’allah kita masuk bab seterusnya, on-page seo. lebih details sket lagi

  • azizan4444 azizan4444 http://azizankadir.com/ Posted on: August 25, 2010 at 7:13 pm

    terima kasih utk entri ni boy..sebelum ni aku x amik kisah sgt psl benda2 mcmni..tp sekarang nampak menarik dan harus dipelajari..hehe

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 25, 2010 at 9:40 pm

      same2 bro. aku share apa yang aku tau. x banyak tp boleh la membantu. atleast dapat sorg cam ko yg nk teruskan belajar, dah cukup buat aku senyum :)

  • adamfaiz adamfaiz http://adamfaiz.wordpress.com Posted on: August 25, 2010 at 11:16 pm

    Terima kasih untuk lesson ni…saya budak baru belajar

  • madlut madlut http://www.madlut.com Posted on: August 26, 2010 at 12:11 pm

    nice lah Boy!!…rupa-rupanya selama ini aku tersilap pada bahagian meta keyword itu. Aku masukkan keyword yang sama dengan berulang-ulang. Aku ingatkan, dengan berbuat demikian, blog kita akan lebih releven dengan keyword tersebut..aduhh..salah rupanya…

    thanks boy

  • MasterPakPandir MasterPakPandir http://www.masterpakpandir.wordpress.com Posted on: August 26, 2010 at 10:01 pm

    saya nak tnya laa..untuk letak kot html meta description tags kita cuma perlu copy kod tu pas tu paste kat bhgn edit html. macam tu je ke??

    saya dah cuba buat tapi tak boleh.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 26, 2010 at 10:03 pm

      Yup, sebenarnya macam tu je. Paste kan pada bahagian sebelum . kalau paste sebarangn memang tak boleh rasanya.

      Apa yang tak boleh ek?

  • MasterPakPandir MasterPakPandir http://www.masterpakpandir.wordpress.com Posted on: August 26, 2010 at 10:07 pm

    saya paste kod html tu kat bahagian bawah ni.

    Bila save templates terus ada ada keluar error.

  • MasterPakPandir MasterPakPandir http://www.masterpakpandir.wordpress.com Posted on: August 26, 2010 at 10:14 pm

    saya paste kod tu dibahagian bawah title

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 26, 2010 at 10:15 pm

      paste kan kat bahagian sebelum /head

      • MasterPakPandir MasterPakPandir http://www.masterpakpandir.wordpress.com Posted on: August 26, 2010 at 10:22 pm

        saya dah cuba buat tp keluar error macam ni.

        Your template could not be parsed as it is not well-formed. Please make sure all XML elements are closed properly.
        XML error message: Open quote is expected for attribute “{1}” associated with an element type “name”.

        apa nak buat??

        • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 26, 2010 at 10:24 pm

          hurmm saya x sure plak kalau bukan self hosted WP. tp boleh tolong email kan saya dalam notepad html code bog awak tu? email saya simple_life32[at]yahoo.com

  • A-Y-I-E A-Y-I-E http://blog-ayie.com Posted on: August 26, 2010 at 11:02 pm

    bro.. kalau guna blogspot (BS) kita kena letakkan di bahagian edit html semua benda ni. Kalau WP pula nak sumbat kat mana?

    Maaf sebab aku ni newbie wp :D Baru guna pada 5/8/2010

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 26, 2010 at 11:16 pm

      ayie, just cari appearance –>editor–>header.php.
      Lepas tu paste kan meta tags sebelum /head

      • A-Y-I-E A-Y-I-E http://blog-ayie.com Posted on: August 26, 2010 at 11:19 pm

        kalau kita guna meta kewords dari blog orang lain boleh ke??
        Sebelum ini,. aku ada masuk blog indon.. dia kata tak boleh.. sebabnya aku dah tak ingat la pulak :(

        • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 26, 2010 at 11:23 pm

          jangan. buat apa nak ambik orang punya sedangkan niche blog dan contents dia berbeza dari kita. jangan malas. take time 102 hours je nak siapkan. kalau ko baca betul2 siri on page seo kat blog ni, I’allah ko mesti dapat hasilkan meta tags yang berkualiti

  • suri suri http://cahayacinta.com Posted on: August 27, 2010 at 11:45 am

    hu..stakat ni blh lah faham sikit-sikit..

  • Kereta Terpakai Kereta Terpakai http://www.kereta-terpakai.my Posted on: August 28, 2010 at 3:12 pm

    wahh! bagus post kali ni.. bagi saya, meta tags adalah asas penting sebelum perjuangan SEO dimulakan. Thanks boy! =)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 08, 2010 at 3:32 pm

      sama2 :) . saya pun masih belajar lagi

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.