Persoalan SEO & Backlinks: Ini Jawapanya
Posted by bersahaje on September 27th 2010Entri ini adalah kesinambungan untuk entri yang lepas. Walaupun sambutan tidak berapa menggalakkan, tapi cukup lah untuk kemampuan aku seorang yang akan menjawabnya. Terus terang aku katakan, ada juga beberapa soalan yang memerlukan untuk aku mengkaji dan meneliti dari sumber-sumber lain untuk menjawab soalan-soalan kamu orang dengan sebaiknya
. I like this kind of challenge.
SOALAN PERTAMA:
Antara software dengan manual submit untuk dapatkan backlink, mana lebih bagus?…sofiancheisa.com/blog
JAWAPAN:
Di awal penglibatan aku dalam dunia SEO dan backlinks, aku sangat skeptikal dengan auto generate backlinks. Sebabnya, kebanyakkan backlinks yang terhasil adalah berbentuk spam. Ini sangat merbahaya dari segi Google trust dan boleh menjatuhkan ranking sesebuah web.
Tetapi, pertemuan (dalam YM) aku dengan seorang uncle bernama John dari US yang kepakaranya adalah dalam pembinaan software backlinks, telah merubah perspektif aku tersebut. Beliau ada menyenaraikan beberapa software yang sangat baik dalam penghasilan backlinks seperti, xrumer, senuke, Backlinks Index Express, Demondbookmarking dan beberapa yang lain sebagai software yang terbaik untuk penghasilan backlinks.

Tetapi, baik atau tidak sesebuah software juga bergantung kepada setting pengguna. Sebagai contoh, setting dari segi ke mana backlinks itu dicampakkan, bagaimana contents atau anchor text itu dibina dan juga masa yang sesuai untuk menghantar backlinks tersebut.
Tetapi, pada pandangan peribadi aku, auto blog commenting sudah terang lagi bersuluh adalah sebuah software yang berbentuk spam dan mampu untuk menurunkan ranking sesebuah web. Jadinya, elakkan pembaziran dari membeli atau mengunakan servis sedemikian rupa.
Konklusi untuk soalan ini, auto backlinks masih wajar dan baik jika pandai menggunakanya.
SOALAN KEDUA:
Please deliberate this:
- links out to 7 other websites
- gets 1,329 pageviews per day
- earns an estimated $3.99 daily….Uncle Azhar
JAWAPAN:
Links out adalah sama dengan istilah OUTBOUND LINK (OBL). Di mana outbound links adalah link yang menghala keluar yang terdapat pada blog kita. Sebagai contoh blogroll pada blog kita yang menghala ke blog kawan-kawan yang lain.
Dalam hal ini, web tersebut mempunyai 7 OUTBOUND LINKS (OBL) di mana bagi saya ia adalah satu nilai yang rendah dan sangat baik. OUTBOUND LINK (OBL) adalah antara faktor utama untuk menaikkan ranking web dalam SERP. I’allah, saya akan huraikan untuk the next entri. Boleh kan uncle? Hehehehe

Pageviews adalah penting untuk menunjukan tahap keberkesanan dan betapa relevant nya contents kita dengan keywords. Sehari, lebih daripada 1000 pageviews adalah tahap yang boleh dibanggakan. Pageviews yang tinggi juga boleh meningkatkan conversion sale jika kita menjual sesuatu dalam web tersebut.
$3.99 earnings per day adalah jangkaan untuk adsense. Mungkin juga Adsense membayar $3.99 untuk setiap 1000 impression. Walau apa pun kebarangkalian nya, traffic 1000+ sehari adalah satu kredit untuk menjana pendapatan pasif daripada pengiklanan yang berbentuk pay per click atau per thousand impressions.
Apa yang boleh saya simpulkan di sini ialah, untuk meningkatkan kualiti sesebuah web, kurangkan jumlah OBL, tingkatkan pageviews dengan menggunakan teknik Crosslinker di samping menurunkan Bounce Rate.
SOALAN KE TIGA
Untuk soalan ketiga dan seterusnya yang telah diajukan oleh Dnobiz, Abang Mijie, Aiman dan Azroll, I’allah aku akan huraikan dalam sebuah sahaja lagi entri yang akan datang. Surely, kamu orang mesti tak sabar-sabar kan? Hehehe.
Tapi sebelum entri seterusnya diterbitkan, apa kata, kamu orang beri sedikit komentar berkaitan dengan jawapan-jawapan yang telah aku tulis. Mana tahu ada kekurangan dan kesalahan yang perlu ditegur. Silakan, pintu menegur dan mengomen sentiasa terbuka untuk kamu orang pembaca RezaMohyinDotCom
.
p/s: Untuk soalan seterusnya, lebih berkaitan dengan backlinks. Jadinya, kalau kamu orang tak nak ketinggalan atau terlupa membaca RezaMohyinDotCom, subscribe lah blog ini. Dengan masa dan cara penghantaran email yang telah di optimizekan, aku yakin sangat berbaloi menjadi antara orang pertama yang mendapat tahu tentang cerita terkini RezaMohyinDotCom
. Isilah email kamu di bawah sekarang juga.


owh sebab tuh pageviews penting dalam niche blog ..sebab ia bersangkut paut dan sentiasa berterusan untuk mencari sources yang diperlukan oleh visitor… aku main belasah je boy… patutla …
Yup, pageviews menunjukan relevancy sesebuah blog
Owhh xrumer masih boleh berguna erk, dulu dok usha2 pasal xrumer ni, banyak yang kata lerh menyebabkan spam. Mungkin sebab dorang tak pandai nak setting aa kot.
pssst… tak sempat nak hantar soalan aritu, sibuk sangat ngan benda lain, terlupa pasal entri kat sini
xrumer antara powerful software. tapi masalahnye tak ramai yang betul2 tau care gunakanya dengan terbaik
yang pertama tu aku setuju, memang manual adalah yang terbaik tetapi kalau software tu bagus dan bekerja seolah-oleh manual apa salahnya untuk menggunakannya
yang kedua tu pasal OBL tu, outbound link dalam post diambil kira juga ke boy?
Yup bang, OBL dalam post juga dikira =). Sebab itu yang terbaik adalah sembunyikan links dengan meletak ‘Read More’ pada post =)
maksudnya.obl hanya dikire pada main page ek boy? betul ke?
Hadoi Boy,
Kau ni suka sangat buat jantung aku tak keruan… Takpe pasal nak ilmu kau aku sangup tunggu next post, hapa pun semua post kau memang amat berguna pada orang baru cam aku,
Thank Boy
Hehehehe…sekejap je lagi entri baru akan menjelma =)
macam mana dgn backlink dari spam log?
ada tak kesan pada blog kita?
pasal OBL – baru tahu makin kecil makin baik…nak check OBL jap
Yup, kalau backlinks kita diletakkna pada spam blog, ranking blog pada SERP akan jatuh dengan dasat sekali. Selain dari spam blog, blogs porn dan adult juga akan mempengaruhi ranking blog kita =)
nice
lebih kurang sama dengan pendirian aku sebab rata-rata dari dok asik dengan marketing guna software, banyak yang bersepah jadi spam..tapi bila jumpa beberapa software yang betul bagus, kena buang gak tanggapan tu sebab dari guna benda tu jugaklah buatkan lebih banyak masa dijimatkan…
terima kasih untuk pandangan tuan boy
cantaek! same2 la kita =)
Hmm..penuh informasi dan kekadang teroverload walaupun baru baca 1 entri boy ni.
Berminat untuk menggunakan software untuk generate backlink, tapi adakah backlink sebegini “confimed” tak berkualiti?
Seperti dalam entri, tidak semua backlinks daripada software tidak berkualiti. Ia bergantung pada bagaimana kita menggunaknya dan juga pada jenis backlinks yang terhasil =)
Aku pun mcm tu, mula2 rasa yg buat backlink guna software mcm kurang berkesan jer.. tp sebenarnya aku silap.. mmg ada software seo yg bagus.. kelebihan software ni blh jimatkan masa utk buat SEO.. tp skrg aku masih guna manual, sebab belum mampu nak guna software.. member aku ada buat backlink kat site tumblr (dlm 50 site kot), siap tak sampai satu jam rasanya.. nampaknya nnti kene guna software jugalah.. hehe
memang best kalau ade software yang menolong kerja2 seo ni. masa jimat kesan pun hebat =))
Salam semua geng.
Untuk mendapat perhatian yang tinggi dari Pak Cik Google, sure mesti kurang OBL. Ini memang penting dan sudah terbukti di beberap niche blog aku.
Niche blog aku sering di lamar Advertiser sewaktu permulaanya….Berpuluh link di page pertama niche blog aku. Kalau di ikutkan sudah untuk berlipat kali ganda untungnya . Sebab itu ranking akan mudah turun jika tidak di sulami dengan entry yang banyak dan juga backlink di merata dunia.
Lebih tinggi OBL, memang tidak baik untuk ranking blog kita sebenarnya. Niche aku telah membuktikan PR akan jatuh jika kita terus membiarkan OBL tinggi dalam blog kita. Dan, ada sesetenagh advertiser terlalu menitikberatkan OBL. So berhati-hati,
Satu tip yang penting jika telah menjual Link kepada Advertiser. Tolong catat kesemua info link yang telah di beli. Mintak renew jika masanya sudah tamat. Buang link tersebut serta merta jika advertiser tak nak renew. SEBABNYA: rugi space dan meningkatkan lagi OBL di blog kita. .
Jangan sesuka hati kasi Blogroll atau exchange link pada orang lain khususnya di muka Home Page. Ianya akan menjejaskan reputasi blog itu sendiri. Dan semestinya Google tak sukakan akan hal ini.
Sorry Boy terpanjang sikit …..saja kongsi ilmu
T.kasih. Berguna sekali.
Salam Boy.
Macam2 pengetahuan baru yg baru diketahui. Tapi agak kurang faham kerana masih baru di dalam perkara ini.
Apa2 pun, menarik perkongsian ini. Saya perlu belajar lagi.
sama2
good job
penerangan yg menarik. ada part memang aku x tau lg
pageview tu sama dgn unique visitor ke?
x sama. sangat la berbeza =). I’allah for the next entri akan dijelaskan
berat jugak kepala otak aku nak paham.. blog ni byak guna teknik seo ke?
blog ni banyak juga yg gunakan teknik on-page seo
Bagis juga info ni.
Kebetulan pula aku tengah belajar tentang SEO.
Thanks bro =d
tak dak hal =)
topik ni membuatkan aku subcribe site ni..
tips yang sangat2 baik. baru tau makin kurang OBL makin bagus untuk blog
tepat sekali!
boy, klau ko rajin, aku request ko bukak diskusi bab Google punye ie yg sekarang dah byk berubah. Google keywords tool yg lama dah xde (legacy dah permanently remove), aku tgk statistik sesetgh keyword yang aku research jauh gile ngan stats dulu. klau skit takpe, ini beza jauh sgt!
Satu lagi yang paling sucks sekali Google instant baru, yang buat blog2 microniche aku hilang byk traffik, serius. semenjak dua ni dah tak sedap nak research keyword, walaupun pkai software.
Google selfish gile, bkn seo blogger je marah even adwords advertiser byk tak puas hati.
uhhhh…aku masih lagi study hal ni. ade beberapa blog aku yg hilang rank, tetapi ade juga blog yang masih kekal rank. belum mendapat lagi jawapan sepenuhnya
serius, tak pernah tahu pasal semua ni.. good info tuan tanah.. ilmu baru utk aku.. thanks..
sama-sama
ang penah try ka software2 yang brader john tu suggestkan..selama ni ang wat camana…manual submit ka
aku memang pernah tru 2 2 man. 2 2 hasil lebih kurang bergantung pada cara kita gunkan. yang penting jangan nampak spam
ye pasal outbound link tu, kalau kita buat satu page khas untuk letak link-link ni macam mana? Jadi dalam main page akan kurang outbound link. Bagus tak atau tak ada beza pun sebnarnya?
yup sangat bagus idea tu. dan memang ramai yang menggunaknya tektik itu untuk mengurangkan OBL pada main page. Tetapi perlu ingat, terlalu banyak OBL boleh di gelar sebagai link farm dan juga boleh menjejaskan ranking blog kita pada SERP
pergh, ada wat backlinks pakai software la plak. kena study lg pasal backlinks ni. aku kurang mahir, penat gak nak wat backlinks manual. tp manual lagi berkesankan boy.
2 2 ade kebaikan nya sa =)
oic, tp klu pakai software. software apa yg free? aku nak test. hehe, ko kat mana tu? dah balik jb ke?
bagusnyer kalu link tu terbina tanpa software.. asli gitu
=)
Rugilah aku byk tertinggal info kat blog ko ni..
sedang mengejar untuk dpt pageview 1K untuk blog manga aku.. memang ada betulnya ..
selalu nampak pakai blogspot je yang backlink software..
err terima kasih untuk ini..=)
Saya nak tanya, semua orang cakap google suka atau tak suka blog..
Google tu check pakai mata manusia atau pakai software? Camner mereka bleh decide suka ataua tak suka pada suatu website?
Terima kasih atas ilmu yg berguna. masih banyak yg perlu dipelajari utk naik rank blog saya.
skrg masih lagi buat backlink secara manual
salam tuan, nak tanya pasal backlink.kalau saya dah check deadlink dan dah dapat kesan, camna saya nak keluarkan atau hapus deadlink tersebut?
outbound link tu link keluar kan?so, kalau link keluar kita ke arah web yang popular seperti google, yahoo atau apa sahaja macam mana erk? ok ke?
Terima kasih atas perkongsian menarik ni….
Best baca entri ni!
Hei guys , Mungkin AS jauh lebih baik menempel dengan Suriah Bashar ?
Kene mempunyai tahap kesabaran tinggi untuk ber SEO ni..sekali dah jadi memag nikmat terasa