written by bersahaje on September 22nd 2010
Ho yeah! Memang terbaik semua pandangan pembaca RezaMohyinDotCom. Kamu orang telah membantu salah seorang pembaca blog ini. Memang tiada jawapan yang salah dan ke semua idea dan komen yang telah diberikan adalah terbaik dan aku sangat menghargainya. Baiklah, kita mulakan satu demi satu bagaimana perspektif aku pula berkaitan dengan research keywords untuk personal blog.
Yang pertama, secara kasar sahaja.
Kebiasaanya, untuk keywords jenis ini tidak melibatkan banyak tools. Hanya melihat pada perkembangan semasa isu-isu yang hangat. Tujuan utama keywords research ini adalah hanya untuk menarik traffic semata-mata tanpa ada tujuan SALE.
Apa yang biasa kita lakukan hanyalah dengan membaca dan mendengar berita yang panas sama ada bermusim atau tidak. Sebagai contoh entri ini Bayar Zakat Online: Teknik Mudah Dan Pantas. Entri ini ditulis untuk raya 2010 dan berkemugkinan besar mendapat traffic juga untuk raya tahun hadapan. Bukan kah ini adalah isu hangat jenis bermusim? Tidak rugi menulis entri sedemikian kerana traffic akan berduyun tiba setiap kali Aidilfitri akan tiba. Bermakna, keywords ini adalah baik untuk returning traffic di masa hadapan. (more…)
Posted in SEO
written by bersahaje on August 28th 2010
Untuk entri Learning curve: Boleh terangkan? aku telah meminta pendapat pembaca RezaMohyinDotCom mengenai gambaran lukisan di bawah.

Terima kasih kepada mereka yang sudi melontarkan pendapat untuk aku dan pembaca lain memahami sendiri erti gambar tersebut. Berikut aku senaraikan kembali apa kata mereka mengenai gambar tersebut.
Bahawasanya… Kejayaan itu adalah sesuatu proses.
Dan proses itu mempunyai dua perjalanan iaitu ‘perjalanan mudah’ dan ‘perjalanan sukar / mencabar’.
Malah kedua-dua perjalanan ini sering berkait antara satu sama lain. Ada yang dapat senang dahulu, ada yang sebaliknya.
Apa yang penting, jangan mengaku kalah. Kuatkan semangat, tajamkan fokus dan teruskan perjuangan! 
Aqif…www.aqifstrategi.com
(more…)
Posted in RezaMohyinDotCom
written by bersahaje on August 16th 2010

Siapa yang tidak mahu mempunyai pengunjung blog yang sentiasa melawat blog anda setiap hari meskipun mereka tahu anda adalah seorang blogger yang hanya menulis untuk mengisi masa lapang anda.
Dahulu saya sendiri begitu, mencari-cari pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pelawat setia yang sentiasa tidak sabar untuk menunggu entri-entri terbaru.
Saya tahu anda juga begitu tetapi dalam entri ini saya tidak akan mengajar anda bagaimana untuk mendapatkan pelawat setia.
Saya akan tunjukkan 3 sebab yang munasabah kenapa pengunjung blog anda tidak begitu ‘setia’ dengan anda. (more…)
Posted in Arena Blogging